Separuh Hartaku Hilang

Assalammualaikum w.b.t

Ianya Jatuh Bagai Hilang Cahaya |  Waduh bahasa seperti berpujangga lagi, lama dah Mrsyanie tak merepek dengan korang kan dalam blog. Selalu tengok pasal makanan sedap, lokasi travel yang menarik tapi kali ni kita kasi sket pasal jiwa raga kita plak lah..haha.. Ianya berlaku malam tadi, gatal tangan ni nak jugak lakukan proses pembersihan, dah lah lewat malam tapi nak jugak buat. Jadinya separuh harta hilang macam tu jew, sedih tau bila terkenang dari hasil titik peluh sendiri tau.

Separuh Harta Hilang Dari Hasil Titik Peluh Sendiri

Tapi betul orang kata jika bukan rezeki kita, usaha lah macam mana pun untuk dapatkannya pasti tak dapat. Separuh harta hilang dari hasil titik peluh sendiri tau, korang jangan salah paham ye. Ini sebenarnya harta yang hilang itu adalah  sebelah subang emas Mrsyanie yang jatuh dalam sinki. Silap jugak Mrsyanie tak nak tunggu siang, nak jugak buat tengah malam. Mrsyanie memang akan cuci subang sebulan sekali tetapi bulan lepas Mrsyanie lupa nak cuci. Bila teringat terus lah Mrsyanie nak cuci, dalam hati dah terdetik kata jatuh dalam sinki ni memang naya. Betul apa yang kita fikir dan terdetik sebenarnya merupakan satu doa. Ianya jatuh bagai hilang cahaya seri diwajah rasanya..huhuhu

Separuh Harta Hilang Dari Hasil Titik Peluh Sendiri
Separuh Harta Hilang Dari Hasil Titik Peluh Sendiri

Kejap tu jugak terus jatuh dalam lubang sinki, paip pulak dah digam pulak tu. Waktu jatuh tu terkedu dan rasa ehh baru terdetik. Berlaku sepantas kilat tau, dah nak siap pun cucinya. Sedih sangat sebab subang itu hasil dari duit gaji Mrsyanie sewaktu mula kerja. Tak tahu nak kata apa dah waktu jatuh hanya mampu jerit panggil Mrlaling jew. Jenuh usaha nak gak tengok ada lagi ke tak dalam lubang sinki tu, sebab waktu tu paip air pun terbuka sekali. Air mata? ermm tak payah kata apa, dah mengalir bagai hujan yang lebat tau.

See also  Pencuci Muka Tanah Liat (Clay) Azyma Care Atasi Masalah Kulit Jerawat!

Subang Emas Kesayangan

Baru hari tu Mrsyanie dapat loket emas tau, tapi dipulangkan pula dengan subang emas yang separuh. Mrsyanie dapat loket emas atas kejayaan Mrsyanie dalam jualan tertinggi Le’sanda Sweet Foundation. Tapi nak sedapkan hati Mrsyanie yang tengah menangis bagai nak ribut ni, kata insya-Allah pasti ada rezeki yang lebih besar menanti. Mungkin ada yang Mrsyanie terabaikan atau ada tersalah laku dan ianya sebagai ganti. Kita tak tahu kekadang hidup kita terlupa dengan orang sekeliling. Lagipun itu baru sket yang ditarik, bagaimana pula kalau besar pula dugaan yang ditarik.. Mintak dijauhi dari segala perkara yang tidak diingini.

Tunggulah mana tau dapat hadiah subang emas yang lebih cantikkan, kalau tak tunggu gaji kena beli lain. ohh subang emas ku..huhu

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

  1. Alahaiiiii tak de rezeki,kak sue dah tak pakai subang sekarang tak tau la lubang dah tertutup ke belum,dah la tak check ,last subang2 yg tinggal sebelah suma jual masa nak kawin wat tambah2 beli gelang heheheh kalau pakai gitu la asyik hilang sebelah tersangkut tuala la,hilang time tido la.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*