Biskut Ulat Untuk Hidangan Hari Raya ?

Assalammualaikum w.b.t

Biskut Raya Viral 2017 | Setiap tahun pasti ada sahaja biskut raya yang menjadi viral atau menjadi biskut tumpuan untuk Hari Raya Aidilfitri, tahun ini pun tak lepas jugak dari biskut viral. Kali ini biskutnya agak comel dan ada sesetengah yang agak geli dengan rupa bentuk biskut viral ni. Tapi ianya tetap menjadi pilihan kerana comel dan menjadi trend biskut raya sekarang. Terpikir jugak siapalah yang terlintas idea untuk buat biskut paling comel ni..hihi Apa-apa pun ianya tetap menarik dan menjadi satu kelainan.

Biskut Ulat Biskut Raya Viral dan Paling Kreatif 2017
Biskut Ulat Biskut Raya Viral dan Paling Kreatif 2017

 

Biskut Ulat Biskut Raya Viral dan Paling Kreatif 2017

Bila dilihat nampak comel tapi bila nak makan tu, ermm masih tak dapat nak bayangkan. hihi.. Biskut Ulat Biskut Raya Viral dan Paling Kreatif 2017 yang menjadi bualan ramai terutamanya dimedia sosial. Setiap resipinya menjadi perkongsian ramai sehingga beribu yang kongsi (share). Mrsyanie pun teruja tengok biskut ulat ni ada yang kata ulat bulu dan ada yang kata ulat ermm ehh tak pelah tak payah sebut. hihi

Menariknya siap dipelbagaikan warna tau, nak nampak real diorang gunakan warna hijau. Sangat comel dan bagi Mrsyanie ianya kreatif tapi ada juga yang rasa geli dengan bentuknya. Terpulang pada individu untuk menilainya dan Mrsyanie kongsikan resipi biskut ulat yang menjadi viral bagi tahun 2017 ini. Resipi ini Mrsyanie dapat dari perkongsian rakan senior sewaktu sekolah, Shurieya Abdull.

Biskut Ulat Viral 2017 (sumber gambar dari facebook)
Biskut Ulat Viral 2017 (sumber gambar dari facebook)

Resipi Biskut Ulat Bulu

Bahan- bahan

  • 1/2 cawann butter
  • 1/4 cawan susu pekat
  • Sedikit esen vanila
  • 1, 1/2 cawan tepung jagung
  • Coklat cip
See also  PLUS Jalin Kerjasama Dengan 10 Jenama Besar

Cara-caranya

  1. Sebatikan butter dan susu pekat.
  2. Masukkan esen vanila. Sebatikan.
  3. Masukkan tepung jagung.
  4. Uli sehingga sebati bagi doh tak lekat dekat tangan. (boleh adjust sendiri sukatan tepung).
  5. Gentel dan bentukkan macam ulat. Tak pakai acuan.
  6. Letak coklat cip seperti mata.
  7. Bakar suhu 150° selama 20 minit. Masak bergantung kepada jenis oven.

Bila dilihat dari segi bahan yang digunakan ianya seperti adunan biskut semperit susu tau. Dan Mrsyanei ada jugak tengok beberapa resipi biskut ulat yang lain dan ianya boleh dipelbagaikan dari adunan biskut yang lain. Contohnya dari adunan biskut Makmur, hanya bentukkan seperti biskut ulat bulu dan nak lagi sedap korang boleh letak kan badam sebagai intinya. Pasti lagi sedap kan, Selamat mencuba!

 

RESIPI LAIN: KLIK

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

6 Comments

  1. Ni lah resepi tngh duk cari2..susah sngt mnta resepi dngn org jadi kita skodeng goggle je lah kann dia x kedekut pun bg je..mesti try ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*