Assalammualaikum w.b.t
Kemeriahan Photoshoot KBBA9 Gegarkan Matic Kuala Lumpur | Photoshoot KBBA9 berlangsung dengan penuh kemeriahan dari pelbagai jenis ragam blogger. Lama dah teringin nak ber’photoshoot’ bersama keluarga KBBA9, itu pun ada yang tak dapat hadirkan diri atas kekangan hal masing-masing. Tetapi photoshoot tetap berlangsung dengan penuh kemeriahan. Tema photoshoot kali ini adalah sempena Hari Raya yang bakal umat Islam sambut dan seluruh rakyat Malaysia, jadi ini kira pre-raya punya photoshoot gitu.
Kemeriahan Photoshoot KBBA9 Gegarkan Matic Kuala Lumpur
Ini baru suku je hadir, kalau semua yang hadir pasti riuh rendah dan tak terkawal gelak ketawanya. Memang perangai semua terasa sebaya muda je tau, dan aktiviti bertambah meriah lagi dengan kehadiran para penaja. Dari lokasi, jurugambar, makeup, baju raya, shawl, pin hijab, banner & prop dan makan tengahari pun ada tau.


Tengoklah gambar-gambar kami beraksi memang havoc dan tak kira umur sera pangkat dah ni tau. Mrsyanie pun terasa muda jelita bila bersama diorang. Walaupun dah masuk 3 siri ni tapi hati mau rasa muda lagi ni..hihi Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Ben Ashaari selaku penaung kelab dan juga pr yang memang sporting Kak Ana. Juga tak terhingga kepada semua penaja yang telah menjayakan lagi aktiviti KBBA9 ini.
Penaja Lokasi: Matic Kuala Lumpur.
Memang habis riuh rendah kami buat di Matic, bila ada aktiviti seperti ini baru Mrsyanie tahu bahawa Matic juga menyediakan pelbagai aktiviti buat pengunjung. Macam minggu lepas siap ada jualan dan persembahan tarian dari kaum di Sabah dan Sarawak. Semestinya disini menyediakan khidmat perlancongan bagi seluruh Malaysia, banyak maklumat dan bantuan akan diberikan kepada para pengunjung untuk mengetahui lagi lokasi menarik di Malaysia.
Website: http://www.matic.gov.my/
Penaja Makeup: Rita Rahman & Artistic Team
Kata photoshootkan mesti lah wajib menyerikan wajah dengan ketebalan makeup. hihi.. MUA Mrsyanie pada hari tersebut adalah MUA Mojie. Memang Mrsyanie sangat suka dengan hasil solekan dia, simple dan yang penting teknik shading menampakkan kekurusan wajah. cewah.. Mrsyanie syorkan pada korang yang nak makeup untuk perkahwinan atau sebagainya, ambil lah Mojie tau sebab solekan dia memang sangat puas hati. Turut mebantu makeup Mrsyanie adalah MUA Wanie_touch.
Instagram: Iamizuansani
Facebook: Izuan Sani
Penaja Shawl: Bhaju Deea Boutique
Selesai sahaja makeup pastinya mesti bergaya dengan pakaian yang cantik dan mengikut tema. Mrsyanie pilih untuk bawa pakaian sendiri berbaju moden dan digayakan dengan skirt hitam. Alamak tudung pula jadi masalah sebab Mrsyanie tak ada pulak koleksi shawl yang boleh dimasukkan dengan warna baju, tak akan nak pakai shawl warna hitam kurang meriah lah nanti. Nasib baik dapat tajaan tudung dari Bhaju Deea Boutique yang sangat sesuai dengan baju Mrsyanie. Lagi besnya bila shawl yang diberikan adalah instant,mudah sangat dengan hanya sarung dan pin kan. Lagi naik serilah Mrsyanie kan, tak caya tengok gambar dibawah. Lain kan dari kebiasaan sangat sesuai makeup dan shawl yang diberi.
Website : www.deeaboutique.com
Penaja Pin Hijab: Vonaish
Vonaish merupakan penaja pin hijab sempena photoshoot KBBA9 yang lepas. Dengan pin hijab yang diberikan bertambah lengkap persiapan Mrsyanie untuk tampil lebih anggun dan berkeyakinan. Yelah dah gayakan shawl instant dari Bhaju Deea kemudian pin kan sahaja supaya lebih kukuh dan terletak cantik. Pin hijab yang disediakan pun dengan pelbagai jenis design korang boleh pilih mana yang berkenan dihati.
Instagram: https://www.instagram.com/vonaish
Penaja Jurugambar: Lala Husna & Dino Alham’d
Hiasan diri dah lengkap apa lagi kasi shoot gambar lah pulak hihi Terima kasih jurugambar yang penat lelah dalam memberikan hasil yang snagat cantik dengan kerenah hampir 30 orang blogger dalam satu masa. Hasilnya memang puas hati dan terasa diri seperti model tau. Kualiti dan posisi yang diambil memang sangat menarik dan terbaik. Perkhidmatan jurugambar yang tiptop dan disyorkan.
Facebook : Lala Husna
Instagram : @lalalandhusna
Contact : 017-2922447
Photographer: Dino Alham’d
Facebook : Dino Alham’d
Penaja Props : Dalizgrafix
Korang boleh lihat gambar diatas blogger bergambar bersama props yang dihasilkan oleh Dalizgrafix. Memang terbaik kerana mereka boleh menyediakan setiap props mengikut kehendak kita dan kualiti propsnya sangat bagus. Materialnya keras dan kukuh sangat teliti kerja yang dilakukan. Mrsyanie nak tempah kad nama dengan Dalizgrafix lepas ni, ha bukan sahaja props malah pelbagai produk dapat dihasilkan tau seperti banner, business card dan sebagainya. Harga pula memang berpatutan, nantikan kad nama Mrsyanie yang terbaru tau. hihi
Instagram : @dalizgrafix
Penaja Makanan: Cafe Cerita Kambing
Penat dengan berposing bagai, tak sedar yang sampai tenghari kami disitu dari awal pagi tau. Nasib ada Nasi Ayam Masak Merah dan Nasi Kambing Beriyani tau. Pilihan Mrsyanie Ayam Masak Merah, sedap sampai tak terkata menikmati juadah yang disediakan tau. Nak bagitahu ini Cafe Cerita Kambing turut menyediakan perkhdimatan berbuka puasa tau.
No Telefon Cafe Cerita Kambing: 019-281 6308 / 012-281 3848
Facebook: Cafe Cerita Kambing
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Tak sabar nak pergi cuci gambar-gambar yang diberikan. Terasa nak raya je ni, agaknya ada lagi tak photoshoot lain pulak hihi.. Sekali lagi terima kasih kepada smeua yang menjayakan program photoshoot KBBA9 2016. Boleh tidur dengan lena melihat hasil gambar dan telatah semua blogger .. Rindu dengan diorang..hihi…
Wahhhh seronoknyaaa. Tgok bloggers bersatu mcm ni seronok betul. majulah blogger untuk negara hehe
X sempat nak selfie dgn yanie huhu
Lawanya yanie..lawanya semua!
lawa2 hensem2 geng kbba.. 😉 tahniah semua 😀