Assalammualaikum w.b.t
Bukit Bendera Penang | Rasanya Mrsyanie lama sangat dah tak pergi Bukit Bendera, rasanya kali terakhir waktu kecil tapi tak ingat apa pun tentang Bukit Bendera. Lupa dah tapi kali ini teringin sangat nak jejak kaki ke Bukit Bendera Penang. Percutian keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang kali ini bersama dengan keluarga mertua. Kiranya ada 3 pasangan iaitu Ayah Mak Mertua, Mrsyanie Mrlaling dan turut serta adik ipar bersama suaminya. Percutian ini lebih kepada percutian bajet ke Pulau Pinang. Memang fokus untuk ke Bukit Bendera sahaja kerana beberapa faktor lain.

Percutian Keluarga Ke Bukit Bendera Pulau Pinang
Asalnya kami ada kenduri di Kedah, jadi alang-alang dah sampai ke utara ami ambil peluang untuk terus bercuti ke Penang. Sebelum itu Mrsyanie dah siapkan perancagan untuk ke Bukit Bendera, yelah nak tahu jugak kemudahan yang disediakan disana bersesuaian atau tidak kerana Mak Mertua Mrsyanie menggunakan kerusi roda. Jadi paling utama Mrsyanie kena tahu samada kemudahan disana mesra pelanggan atau tidak.
Mrsyanie terus google mencari nombor telefon pihak Penang Hill. Dan diberitahu bahawa kemudahan yang disediakan memang bersesuaian dan mereka utama pelanggan yang kurang upaya terlebih dahulu. Jadi lega Mrsyanie dengar dan terus planning dengan adik ipar untuk menginap di Pualau Pinang. Adik ipar urusan bab hotel kerana dia pernah menginap hotel disana, jadi Mrsyanie bagi dia uruskan. Nanti Mrsyanie cerita bab hotel tau, memang sangat sesuai untuk percutian bajet keluarga.

Sebelum iti untuk parking kereta korang boleh park di bangunan parking kereta bertingkat yang telah disediakan. Bersebelahan sahaja dengan Bukit Bendera. Tak mahal hanya hanya RM1.00/jam dan kemudahan lift disediakan. Tapi datang awal tau, sewaktu Mrsyanie datang pun dah banyak kereta parking. Nak parking luar pun boleh tapi menurut pakcik guard disitu korang kena letak kad kupon parking (alah macam parking bandaraya biasa tu) tapi area situ katanya tiada yang jual kad kupon parking.
Sewaktu kami sampai pengunjung dah mula ramai tapi tidak lah lama untuk kami menunggu untuk naik keretapi. Mrlaing bawa Mak mertua Mrsyanie melalui jalan khas untuk yang berkerusi roda tetapi kami dah maklumkan pada staff keretapi untuk naik sekali. Eermm teruja sangat sebab nak naik Bukit Bendera yeahh..!



Diatas bukit agak nyaman dan berangin cuacanya. Tenang sahaja bila dapat melihat pemandangan yang indah. Korang juga melihat pemandangan menggunakan binokular statik dengan bayaran RM1.00 untuk 2minit. Ianya terletak di ”Hill Spot View 2”.

Bukit Bendera, Bukit Cinta
Bukit Bendera juga boleh dikatakan bukit cinta tau kerana disini banyak simbol yang pihak Penang Hill terapkan berunsurkan CINTA atau LOVE. Ada sahaja simbol love setiap lokasi di atas Bukit Bendera. Sesuai juga untuk mereka yang inginkan kelainan dalam percutian honeymoon tau. Ada yang korang kena bayara untuk bergambar seperti gambar dibawah. Untuk melaluinya dikenakan bayaran masuk RM15.00 untuk dewasa, RM10.00 kanak-kanak dan jika berkumpulan melebihi 10 orang dikenakan bayaran RM10.00 seorang. Laluannya panjang sampai kebawah tau, dan ada juga rumah-rumah kecil yang agak menarik tetapi Mrsyanie tak berkesempatan untuk turut serta.
Love Padlock
Bertambahan menarik bila ada Astaka Bukit Bendera atau lebih dikenali dengan Love Padlock. Tak perlu ke Korea tau nak kuncikan cinta, dekat Bukit Bendera je pun dah ada. Tapi padlock yang dijualkan agak mahal jugak, tak jadi nak beli kata trip bajet kan. Korang mana yang nak kuncikan nama korang bawa siap-siap padlock dari rumah ye hihi..

Selain itu pelbagai lagi kemudahan yang disediakan. Antaranya:
- Lock point
- Cafe – 4 cafe yang disediakan
- Astaka Bukit Bendera : Ada food courd dan Love padlock
- The Owl Museum
- Henna Art & Spa
- Bangunan warisan sejarah




Jadual operasi Keretapi Bukit Bendera Pulau Pinang
- Setiap hari: 6.30 pagi – 11.00 malam (Keretapi terakhir dari stesen puncak)
Harga Tiket Keretapi Bukit Bendera Pulau Pinang

best kan jalan2 kat sini..kite pun penah dah sampai bukit bendera tu..hehe
Last Cik Nad ke bkt bendera tahun 2011 kalau tak silap..sekarang dah makin best yer..baca entry ni baru tau dah mcm2 ada kat bkt bendera sekarang..ok la next time balik kampong boleh bawak anak2 jenjalan bkt bendera..bukan jauh, belakang rumah mak kita jer ni..hehee
Mmg selalu ke Penang tapi belum berkesempatan lg utk naik ke Bukit Bendera…maklumlah selalu pergi ngan anak2 nak cari parking lg kalau jauh kang anak2 malas nak berjalan,mungkin lain kali kena dtg awal2 kot,hmm
seronok habis jalan-jalan kat situ. Za dah kesana and buh nma kat padlock, dah tinggal kenangan dah.
Dah lama betul tak naik bukit bendera..
Last sekali naik masa tahun 1980an… Tahun 2010 pernah sampai ke sini…
Masa nak naik tu beratur panjang sangat… Terus tak jadi, sampailah sekarang…
Bukit Bendera dah lawa sekrang berbanding tahun 2008
last pergi 2014
lama tak pi penang. Insyaallah nanti nak pi juga lah
Wah bestnya.. Bila lah Cikla nk sampai sini… Hihi… Good sharing …
Salam 🙂 Terminal Syawal
Jiwa ditadbir dengan zikir-lantas fikir bergema akhir.
Meyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Illahi.
Rasa hidup beramal redup-lantas rancak munajat hidup.