Assalammualaikum w.b.t
Beraya di Kampung Akhirnya | Setelah hampir 10 tahun Mrsyanie dan keluarga tak balik kampung beraya tahun ini kami dapat bersama beraya di dalam suasana kampung bersama keluarga besar belah Mak Mrsyanie. Selepas arwah nenek meninggal memang dah tak ada siapa duduk di kampung dan tahun lepas pakcik berhasrat untuk kembalikan rumah kampung (baiki semula rumah kampung). Dengan kerjasama pakcik makcik dan saudara mara, akhirnya dapat merasa kami balik beraya di kampung. Seronok sangat sebab ianya mengembalikan segala memori waktu zaman kecil-kecil Mrsyanie di kampung. Masih segar dalam ingatan Mrsyanie bila balik kampung mesti akan pergi mandi sungai depan rumah pastu kait buah manggis dan rambutan. Rindu sangat zaman kanak-kanak yang penuh dengan permainan alam bukan seperti sekarang hanya tumpu pada gajet dan alam maya.
Team Balik Kampung Beraya
Raya ketiga baru Mrsyanie dan keluarga pulang ke kampung, seperti tahun-tahun yang sebelum ini pun sama. Raya ketiga baru kami berkumpul ramai-ramai, ada yang dari Perak, Pahang dan kebanyakkan dari Kuala Lumpur. Selepas arwah nenek meninggal aktiviti keluarga mesti diadakan di pusat peranginan atau bergilir rumah pakcik makcik. Tahun ini suasana raya sangat berbeza tau, sangat seronok bila dapat balik kampung. Baru lah ada aura balik kampung tu kan..hihi.. Paling best bila inilah pertama kali Mrsyanie dapat bawa Mrlaling pulang ke kampung, banyak lah cerita nak disampaikan pada Mrlaling. Sampai Mrlaling boleh hafal lah kot cerita nya hahaha..
Inilah keluarga besar belah Mak Mrsyanie tapi belum cukup lengkap lagi. Ramai juga yang tak dapat balik ke kampung kerana ada hal masing-masing. Itu pun dah cukup meriah bila dapat berkumpul tambahan pula dapat beraya di kampung kan. Bagi peluang anak-anak warisan merasa sendiri beraya di kampung, dimana ia adalah rumah peninggalan keluarga besar kami. Dulu rumah ini tak ada ruang dibawah memang diatas sahaja tapi telah ditambah ruang dibawah bagi lebih selesa. Betul orang kata rumah kayu lama-lama sangat tahan tak macam rumah sekarang yang retak lah dan sebagainya. Kualiti tidak dijaga tetapi hanya memikirkan keuntungan semata.huhu..
Tak sah kalau tak ada aktiviti kan kalau jumpa ramai-ramai macam ni. Malam raya ke empat kami buat aktiviti cabutan bertuah, kalau tahun sebelumnya buat acara sukaneka tetapi tahun ini lebih kepada meraikan raya di kampung. Meriah juga bila ada aktiviti cabutan bertuah, bukan sebab nak hadiah sangat tapi seronok bila dapat dengar gelak tawa bersama-sama. Kenangan itu lebih penting bila dapat bersama. cewahh cia cia..
Walaupun ada yang dah jadi mak budak, bini orang tapi tetap rasa muda belia sama baya je hihi.. Bergambar memang tak dapat dilepaskan mana sahaja ada kamera disitu ada wajah-wajah kami. Dulu kami main, mandi dan tidur bersama sekarang dah dewasa dan matang tau semua. Rindu sangat!!

Ramainya sedara.. pasti meriah nie kan
haah tapi ni pun ramai lagi tak balik…
wow. best nyer sessi bergambo tu.
gembira. happening sgt nampak nyer, yanie…
rumah pun sgt cantik, i like it so much…