Assalammualaikum w.b.t
Kelas Belajar Buat Blog | Banyak sebenar yang Mrsyanie baru pelajari tentang blog terutamanya bila kita bertukar kepada wordpress. Mulanya Mrsyanie berblog dengan menggunakan blogspot tanpa pikirkan unique visitor (UV), page view (PV) dan statistik blog kita. Mrsyanie terpikir ada ke orang baca blog kita? atau kita hanya syok sendiri menulis dengan riangnya? hihi.. Disinilah UV dan PV penting untuk melihat sejauh mana blog kita dibaca oleh pembaca dan tak ada lah rasa kita syok sendiri. Walaupun tak setinggi atau sehebat blogger lain tapi kita tahu ada juga yang sudi membaca setiap entry yang dipublishkan.

Kelas Belajar Buat Blog WordPress Bersama MYSCreative
Mrsyanie tak puas hati kenapa blog Mrsyanie agak kurang mendapat sambutan. Banyak rujukan yang mrsyanie buat samaada carian online mahupun bertanya kepada blogger lain. Tapi masih jugak buntu memikirkan bagaimana nak naikkan carian entry Mrsyanie di page utama carian google dan akhirnya diperkenalkan oleh rakan blogger untuk turut serta dalam Kelas Belajar Buat Blog WordPress Bersama MYSCreative. Bertuah Mrsyanie kerana berada dalam komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari kerana team MYSCreative juga merupakan ahli komuniti. Lagi memudahkan untuk Mrsyanie melangkah lebih jauh dalam dunia ilmuan blog.
Lama juga Mrsyanie nak dapatkan tarikh yang bersesuai dan banyak halangan untuk Mrsyanie hadiri kelas tetapi akhirnya Mrsyanie dapat jugak sertai kelas bersama team MYSCreative yang merupakan pakar dalam dunia alam maya. Orang kata lah kan jika korang dah niat untuk menuntut ilmu sejauh mana pun kita kena pergi jangan lah dipersiakan peluang yang diberikan tau.
Sertai Kelas Belajar Buat Blog Untuk Meningkatkan Mempelajari ilmu blog
Ahad lepas adalah hari yang dinantikan oleh Mrsyanie. Yelah sebelum ini banyak sangat halangan jadi bila dah sampai hari yang dijanjikan sangat teruja. Seperti biasa Mrsyanie gerak dari Tanjung Malim seawal pagi dengan ditemani oleh Mrlaling dan adik. Adik ikut sebab nak hantar dia balik asrama je pun hihi.. Lagi bersemangat nak belajar bila awal pagi Mrlaling bangun dan bersiap untuk menemani isteri tersayang dia ..cia..ciaa.. Kelas bermula am 9.00 pagi jadi kena lah awal sampai. Yanie nak bagi tahu satu tips untuk mendapat keberkatan pelajari ilmu antaranya datanglah awal sebelum waktu kelas bermula supaya dalam keadaan bersediakan menerima ilmu baru.
Kelas Belajar Buat Blog WordPress Bersama MYSCreative telah diadakan di Old Town White Coffee Bangsar. Turut serta dalam kelas adalah 2 orang lagi blogger iaitu Umminani.com dan Cikza.com. Mesti korang tertanya siapa tenaga pengajar yang akan menyampaikan ilmu blog ni kan? Tenaga pengajar yang mengajar terdiri daripada 2 orang pakar dan mereka juga merupakan blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia alam maya. Yang pertama adalah pakar dalam SEO iaitu Sohoque merupakan penulis blog Sohoque.com dan Explorasa.com. Paling menarik abam Sohoque juga adalah finalis dalam Saleduck Food Blogger Award tau bagi blog Explorasa. Korang jangan lupa undi tau, undian masih dibuka. Tenaga pengajar kedua adalah Hafiz Rahim yang merupakan pakar dalam teknikal wordpress. Buka semua orang tahu untuk mempelajari cara mengendalikan blog dengan aplikasi wordpress tau. Mrsyanie memang zero tentang wordpress tapi disebabkan ilmu dan ingin berjaya dalam dunia alam maya kena lah melangkah mempelajari sesuatu yang baru.
Kelas SEO & WordPress
Paling utama bila korang bergelar seorang blogger kena tahu apa itu SEO selain perkara asas blog. Apa itu SEO? SEO adalah singkatan bagi Search engine optimization. Jenuh nak sebut kan, senang sebut je SEO bukan CEO tu tau.hihi.. Dalam Kelas Belajar Buat Blog WordPress Bersama MYSCreative ini lah Mrsyanie diajar bagaimana nak terapkan cara penulis mengikut SEO dan bagaimana google nak letakkan entry kita di page yang pertama. Tapi korang kena ingat bila belajar mesti diamalkan dan dipraktik dalam setiap entry tau.
Mrsyanie mengambil langkah untuk menukar dari blogspot ke wordpress. Lama lah jugak berfikir adakah betul tindakan yang Mrsyanie ambil ni, bila dapat pendedahan dari pakar baru Mrsyanie yakin bahawa wordpress juga boleh membawa Mrsyanie lebih jauh. Bila dah guna Mrsyanie rasa ianya lebih mudah untuk kita meningkatkan statistik pembaca kita dengan menggunakan wordpress. Jangan salah faham pulak ye, blogspot juga mampu menaikkan seseorang blogger cum Mrsyanie inginkan sesuatu yang lebih.
Matlamat Dalam Dunia Alam Maya
Ada je yang kata kenapa perlu menghadiri kelas untuk belajar blog? Bila difikirkan Mrsyanie bukan lah sepenuh masa blogger tetapi sampai bila kita nak berada ditahap lama. Bila kita mula berblog, kita perlukan matlamat atau hala tuju blog kita. Bukan kata sebagai blog syok sendiri je tapi Mrsyanie inginkan sesuatu yang baru dan ada peningkatan dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Disini membuatkan Mrsyanie rasa banyak perlu pelajari dan bagaimana untuk kita mencapat matlamat yang diimpikan.

Dalam kelas Mrsyanie diberi banyak pendedahan tentang dunia maya. Wah sampai Mrsyanie rasa tiada yang mustahil untuk mencapai matlamat dalam dunia maya ni. Bukan kata belajar macam mana nak naikkan statistik sahaja malah dalam dunia maya ini juga boleh menjana pendapatan. Ini siapa pun tak nak menolak kan tapi korang kena hadir sendiri ke kelas belajar buat blog wordpress bersama MYSCreative tau.
Korang mesti dah pernah dengar pepatah menuntut ilmu biarlah sampai ke China kan. Mrsyanie punya perpatah pula pergilah kelas untuk mempelajari ilmu blog meski pun korang blogger separuh masa. cewahh hihi.. Lagi satu ini lah entry pertama Mrsyanie tau lepas pergi ke kelas belajar buat blog wordpress bersama MYSCreative. Doakan ye moga ilmu yang Mrsyanie belajar ini akan diamalkan dan moga impian Mrsyanie tercapai. Apa impian nya nantilah bila dah tercapai Mrsyanie akan ceritakan dalam blog ye..
Untuk maklumat lanjut:
Website: https://myscreative.com/
Sertai Kelas Belajar Buat Blog WordPress sekarang!!
wish u all the best besties. jom sama2 kita usaha keras memantapkan blog
terima kasih umminani.. nanti kita buat link bersama..hihi
Fuuuh… Dah nampak ilmu diamalkan tu. Cuma ada la sedikit sbyk yang lerlu diperkemaskan. Skill ni akan datang bila dah makin lama praktis.
Kipidap mrsyanie
yeahh insya-Allah akn sentiasa perbaiki dalam penulisan..terima kasih Abg Hoq
Semoga apa yang diajr boleh dipraktikkan, gudluck yaniey.. 🙂
terima kasih cikza..