Yanie Rupanya Kembar?

Assalammualaikum w.b.t

Kembar Tapi Tak Sama | Mrsyanie terkejut bila orang kata Mrsyanie kembar. Haih bila pulak Mrsyanie ni ada kembar yelah sejak Mrsyanie hidup sepanjang 30 tahun ni tak tahu pulak ada kembar. Eh terbagi tahu pulak umur Mrsynaie, errm makin tua dah huhu.. Bila Mrsynaie tengok dan teliti tak ada pulak yang sama tapi mungkin kembar Mrsyanie sama dari segi kami suka gelak ketawa dan sentiasa positifkan diri dalam apa jua yang kami lalui.

Cikzadotcom Menjadi Pilihan Blogger Ceria dan Positif
Bersama Blogger Cikzadotcom

Cikzadotcom Menjadi Pilihan Blogger Ceria dan Positif | www.Cikza.Com

Cikza lah kembar Mrsyanie tapi kami bukan lah kembar tak seiras pun. Yelah dah baka kami pun lain-lain cuma kami dikatakan kembar kerana kami suka makan dan kami suka gelak ketawa. Inilah blogger yang sentiasa ceria dan siapa tahu apa yang dilalui mungkin orang akan terkejut. Tapi sifat dalam diri membuatkan dia sentiasa positif dan berfikiran lebih jauh. Orangnya berasal dari Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kajang. Dia seorang yang suka berdikari yelah anak sulung kan perlu ada sifat-sifat kepimpinan dan berdekari untuk menjadi contoh. Cikzadotcom menjadi pilihan blogger ceria dan positif membuatkan Mrsyanie lebih mesra untuk berkawan dengannya.

http://cikza.com/
Cikzadotcom Menjadi Pilihan Blogger Ceria dan Positif

Blogger Makan Menjadi Pilihan Cik.com

www.cikza.com merupakan blog yang menceritakan tentang Lifestyle, namun ianya lebih memfokuskan tentang apa sahaja yang berkaitan dengan makanan. Samada perkongsian tentang resepi, review restoran atau cafe dan pelbagai lagi info tentang makanan. Blog cikza juga turut berkongsi tentang pengalaman percutian dan review produk serta event jemputan. Mrsyanie suka dengan setiap resepi yang dikongsikan kerana mudah untuk kita memahaminya, tambhaan pula Mrsyanie ini bukan lah pakar dalam memasak. Dengan resepi yang dikongsikan dapatlah Mrsyanie masak untuk Mrlaling tau.

See also  iREHAB Pusat Rawatan Susulan Strok Dan Fisioterapi

Kalau korang nak tahu Mrsyanie paling suka dengan Resepi Udang Telor Asin (Salted Prawn) yang dikongsikan oleh Cikza.com tau. Memang sangat teruja bila tengok gambar yang dikongsikan mmemang terliur tau. Tambahan pula resepi yang dikongsikan mudah untuk Mrsyanie memahaminya. Mrsyanie ini suka dengan resepi yang lain dari yang lain tetapi mudah untuk disediakan. Hihihi.. Inilah kelebihan yang ada pada blog Cikza tau, perkongsian yang penuh ikhlas dalam memberi khususnya resepi.

Resepi Udang Telor Asin ( Salted Prawn ) Cikza.com
Resepi Udang Telor Asin ( Salted Prawn )

Cikzadotcom Bakal Usahawan

Tak sangka Mrsyanie rupanya Cikza juga merupakan seorang pegawai pemasaran online simpanan khas SSPN-i-Plus untuk anak-anak yang dilakukan secara sambilan. Bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SSPN-i-Plus boleh lah hubungi Cikza.

Mrsyanie sentiasa doakan semoga Cikza akan terus berjaya dalam apa jua yang Cikza ceburi dan teruskan dengan perkongsian review makanan yang sedap-sedap tau. Tapi jangan lupa ajak Mrsyanie kalau pergi review leh jadi partner makan hihi.. Satu lagi korang kalau nak review produk atau apa-apa sahaja berkaitan dengan perkhidmatan pengiklanan boleh email terus kepada Cikza.com.

Untuk maklumat lanjut:

Detail Cikza : Cik Haniza Mohmad
Email : admin@cikza.com / cikzacom@gmail.com
Blog : www.cikza.com
Facebook : www.facebook.com/cikza.mohmad
Instagram : www.instagram.com/cikzacom

 

Till Next Entry ye!!!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*