Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bagi Anda Yang Bekerja Dari Rumah

Assalammualaikum w.b.t

Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bekerja di Rumah | Terimalah kenyataan yang jarang lah orang boleh bekerja dari 8 .00pagi hingga 5.00 petang tanpa henti. Mau tekanan jiwa rasanya. Terutama sekali di kalangan penulis blog memang kena ambil mood dan berfikir dengan baik. Kebanyakkan kerja berblog ini Msryanie akan lakukan di rumah. Tapi pasti ada gangguan bila kita bekerja dirumah seperti bunyi TV yang dipasang dengan kuat, anak-anak menjerit dan sebagainya. Tidak lupa juga gangguan dari media sosial, bila mula nak menaip pasti nak layan whatsapp, facebook dan sebagainya. Ada tak yang pernah rasa macam Mrsyanie rasa hihi.. Tidak kira sama ada korang menjalankan perniagaan sendiri dari rumah, sedang menyiapkan dokumen cukai atau sekadar menulis e-mel, korang perlu menyediakan ruang kerja yang khusus. Jika korang mempunyai ruang kerja yang baik, mental juga akan lebih bersedia untuk menjadi lebih produktif.

01

Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bagi Anda Yang Bekerja Dari Rumah

1 ) Meja kerja yang kemas

Walaupun ramai yang mengatakan meja yang berselerak itu tanda fikiran yang kreatif. Tetapi meja yang berselerak sebenarnya tidak bagus untuk produktiviti kerana ia menyukarkan anda untuk mencari barang. Saya suka asingkan barang-barang saya dan simpan mengikut kategori masing-masing. Contohnya, alat tulis disimpan di satu bahagian, buku pula disimpan di rak asing dan meja kerja saya akan lebih kemas. Dan teknik ini bukan untuk meja kerja anda sahaja. Pastikan desktop komputer anda sentiasa dalam keadaan teratur untuk kekal produktif. Jangan penuhkan desktop anda dengan terlalu banyak ikon.

See also  Petua Berkesan Buang Angin Dalam Badan Dengan GerFlux !

Work_area01

Gambar: Homebox

2) Dapatkan kerusi yang selesa dan postur duduk yang baik.

Jika anda banyak meluangkan masa di meja kerja, anda harus melabur untuk membeli kerusi yang baik. Pastikan ketinggian tempat duduk, tempat letak tangan dan kadar bersandar boleh dilaraskan. Lutut dan siku anda harus berada dalam keadaan 90 darjah dan bahu anda berada dalam keadaan rileks. Kemudian, laraskan meja anda supaya bahagian atas skrin anda berada di paras yang sama dengan mata anda. Dan yang paling penting, pastikan anda bangun dan berjalan setiap 30 minit.

Gussom Studio

Gambar dari: Gussom Studio

3) Dapatkan pencahayaan yang cukup

Anda akan cepat rasa mengantuk dan mata akan jadi penat jika anda bekerja dalam suasana yang suram atau ruang yang tidak cukup terang. Menurut pereka dalaman, ada enam (6) jenis pencahayaan untuk rumah anda. Sama ada anda bekerja di depan komputer atau membaca buku, anda perlu pencahayaan yang cukup dari lampu tugas (lampu tugas akan memberikan pencahayaan khusus dan dihalakan ke arah kawasan kerja anda). Jika boleh, pastikan cahaya matahari boleh masuk ke ruang kerja anda. Jika tidak, beli sebuah lampu meja. Kini lampu meja jenis LED lebih popular kerana tidak mempunyai banyak kerlipan dan lebih jimat tenaga.

219631_KJTo7Y4CUdwxuONgiKUBbLoqj

Gambar: Hatch Design

4) Dapatkan ilham

Anda tidak akan dapat menyelesaikan kerja jika anda tidak mempunyai motivasi. Jadi pereka dalaman dan pilih aksesori yang sesuai untuk tambah keceriaan di kawasan kerja anda, seperti meletakkan kusyen di kerusi anda atau karya seni anda di dinding.

Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bekerja di Rumah
Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bekerja di Rumah

Gambar dari: Hatch Design

Ini adalah peluang anda untuk mencipta ruang kerja yang mencerminkan personaliti anda. Jadi pastikan ruang tersebut selesa memandangkan anda akan banyak meluangkan masa di situ. Untuk membantu anda kekal fokus, letakkan gambar keluarga di atas meja kerja, pokok kecil dalam pasu atau akuarium kecil berhampiran anda. Bunyi air mengalir boleh bantu anda untuk tumpukan perhatian.

See also  Masakan Warisan Johor Kini Diketengahkan | Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Dinding anda juga tak semestinya perlu berwarna putih. Dinding berwarna biru atau hijau boleh meningkatkan konsentrasi anda. Cat dinding mengikut warna kesukaan anda juga boleh buat anda rasa lebih bersemangat untuk kerja. Atau berikan inspirasi kepada diri anda dengan meletakkan bingkai gambar atau paparan menarik yang mencerminkan personaliti anda.

Cara-cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bekerja di Rumah : RecomN.com Pakar Pereka

Perlu bantuan untuk menyediakan pejabat di rumah anda?

Senarai di atas adalah beberapa perkara mudah yang anda boleh lakukan sendiri untuk menyediakan ruang kerja yang produktif dan ideal. Walau bagaimanapun, jika anda mambuat ruang pejabat di rumah anda dengan lebih baik, dapatkan khidmat pereka dalaman untuk bantu anda. Pereka dalaman akan memberi cadangan warna tema yang paling baik untuk meningkatkan produktiviti. Mereka juga akan bantu anda untuk mendapatkan kontraktor pengubahsuaian yang boleh bina pejabat di rumah anda.

Dan jika anda tidak pasti di mana nak cari pereka dalaman di Malaysia, anda boleh layari RecomN.com. Masukkan butiran mengenai projek penambahbaikan rumah anda, dan pihak RecomN akan dapatkan beberapa pereka dalaman yang terbaik untuk hubungi anda. RecomN mempunya beratus pereka dalaman yang profesional untuk anda pilih!

Untuk maklumat lanjut:

RecomN.com

Website: http://www.recomn.com/

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

8 Comments

  1. Kerusi yg menyokong postur & pencahayaan yang baik tu mmg penting, terutama kalau kerja yg memerlukan kita duduk setempat je dlm masa yg lama. Kalau tak kena gaya, boleh sebabkan penyakit bila usia dah bertambah nanti

  2. Lama ye tak terjah blog yanie…sekali dah bertukar domain ye perghhhhh hebatlah…point pertama sekali tu akak dah fail…meja kena kemas hahahaha ok2 balik ni akak kemas meja ye hehehe ephyra bersepah sana sini kiki

  3. Salam 🙂 Terminal Syawal
    Jiwa ditadbir dengan zikir-lantas fikir bergema akhir.
    Meyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
    Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Illahi.
    Rasa hidup beramal redup-lantas rancak munajat hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*