Assalammualaikum w.b.t
Rumah Mertua VS Rumah Keluarga Sendiri | Siapa tahun ini raya di rumah mertua? yeah sama geng kita sep sket..hihi.. Mana lebih seronok raya rumah mertua atau rumah keluarga sendiri? Mesti ramai yang kata rumah sendiri kan tapi bagi Mrsynaie kedua-dua rumah tetap meriah dan seronok (jawapan selamat ni hihi). Tiada beza nya bagi Mrsyanie yang penting bila kita telah berjaya mengharungi dugaan dan menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Itu merupakan kemenangan yang terindah tambahan pula Mrsyanie tahun ini dapat berpuasa penuh walaupun dalam hati meraung kenapa bulannya tak kunjung tiba huhu..
Rumah Mertua VS Rumah Keluarga Sendiri
Beraya Di Rumah Mertua
Menarik beraya di rumah mertua kerana dekat kampung rumah suami ini ada tradisi iaitu takbir dimalam raya dari rumah ke rumah. Kiranya sehari sebelum raya dah siap masak untuk orang yang datang takbir malam itu. Menu kali ini adalah Lontong dan paling bestnya Lontong mertua mesti menjadi rebutan. Mau taknya kuah pekat berlemak dan bahan yang disediakan banyak antaranya ada sayur-sayuran, telur puyuh dan macam-macam lagi dalam kuah Lontong tau. Tak lengkap Lontong kalau tak ada sambal bilis tau, ini memang pembuka selera lah.

Selepas solat Isyak dan takbir raya di surau, jemaah surau (kebanyakkan kaum lelaki) akan bergerak dari rumah ke rumah di kampung. Seronok tau bila dapat dengar orang takbir raya dalam rumah dan disertakan dengan bacaan doa. Teringat zaman budak-budak dulu dekat kampung Mak Mrsyanie, lepas solat hari raya kami akan takbir dari satu rumah ke satu rumah sama macam dilakukan di kampung suami tapi kami buat lepas solat sunat Aidilfitri. Bila tadah tangan doa itu paling best sebab tuan rumah akan bagi duit raya, dulu duit syiling je dalam RM0.50, ada yang bag RM0.20 kira besar dah nilai tu. Balik je dari takbir rumah ke rumah, sibuk dok kira berapa duit raya dapat hihi.. Pengalaman raya paling indah sewaktu zaman kanak-kanak Mrsyanie.
Alhamdulillah setiap hari Raya mesti tak terlepas untuk bersama dalam menunaikan solat sunat Aidilfitri, peneman Mrsyanie kali ini adalah Abil, anak kakak ipar yang sulong. Kami duduk barisan kedua depan tau mungkin tahun ini ramai yang tak dapat turut serta menunaikan solat sunat raya khusus bagi wanita ye. Lelaki memang penuh satu masjid sekali dengan ruang luar lagi. Tahun ini juga pengalaman Mrsyanie ke rumah sedara dengan bertelekung hihi.. Malu gak tapi lantak ler, lepas solat sunat raya Ayah mertua ajak ke rumah sedara sebab ada takbir (rumah sedara dekat dengan masjid jadi kena singgah dulu). Dengan selambe nya Mrsyanie dan anak buah beraya dengan bertelekung. hihi Segan pun ada tapi time makan bedal jugak lah walaupun bertelekung hihi..
Lepas solat aktiviti wajib kami adalah bersalaman dan bermaafan, Mrsynaie yakin hampir semua aktiviti yang sama dan inilah masanya untuk kita sesama umat memaaf-maafan atas segala kesilapan yang sengaja mahupun tidak sengaja. Suasana beraya di kampung memang meriah dengan kunjungan dari kanak-kanak dan sedara mara. Rumah mertua memang menjadi rumah ”spot” untuk beraya, sekali datang ramai-ramai memang tak menang tangan tapi tahun ini Mrsyanie tak bekesempatan untuk berjumpa sedara belah suami yang lain sebab waktu diorang datang Mrsyanie dan Mrlaling keluar beraya.
Setiap tahun Mrsyanie akan beraya rumah mertua kakak, dekat je rumah mertua dia sebelah kampung je. Lepas tu baru Mrsyanie akan balik sekejap rumah keluarga Mrsyanie, ini lah untungnya bila keluarga dua-dua belah berdekatan. Tak payah tempuh jem dan boleh balik hari lagi hihi.. Raya kedua pula satu keluarga mertua beraya pula rumah saudara yang lain, memang pulun beraya lah kiranya tahun ini. Malam baru balik rumah keluarga Mrsyanie untuk bermalam.
ada sedia homestay tak..best tu,xder pengalaman org takbir dari rumah ke rumah lagi
sama la kita tahun ni turn rumah mertua. tetap meriah & best. kita sendiri yg cipta best ke tak tu. kalau asyik cakap tak best mmg tak best la
Samalah kita nampak gayanya..beraya di rumah mertua…hihihi
Kite raya 1st kat rumah mak kita.. Tp rasanya best lagi kalau raya 1st kat rumah mertua kita 😛
raya rumah mertua jugak tahun ni hehe