• HOME
  • ABOUT ME
  • REVIEW
    • HOTEL
    • BEAUTY
      • MEN PRODUCT
      • WOMEN PRODUCT
    • EVENT’S
    • PRODUCT
    • FILEM
  • TRAVEL
    • TIPS TRAVEL
    • MALAYSIA
      • KEDAH
      • PULAU PINANG
      • PERAK
      • SELANGOR
      • KUALA LUMPUR
      • PAHANG
      • NEGERI SEMBILAN
      • MELAKA
      • JOHOR
      • SABAH
      • SARAWAK
    • THAILAND
      • Hatyai
      • Krabi
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
      • Bali
      • Bandung – Jakarta
    • VIETNAM
    • CHINA
    • HONG KONG
    • MACAU
    • SOUTH KOREA
  • FOOD
    • RESEPI
    • FOOD: KUALA LUMPUR
    • FOOD: SELANGOR
    • FOOD: PERAK
    • FOOD: KEDAH
    • FOOD: PAHANG
  • FAMILY
  • MEDIA
  • KBBA9 BLOGLIST
  • DISCLAIMER
YanieYusuf
FOOD, FOOD: KUALA LUMPUR, REVIEW 6

Santai Menikmati Hidangan di Owlery Cafe

By yanieyus · On July 22, 2016

Assalammualaikum w.b.t

Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang menawarkan lebih 30 sajian yang terdiri daripada menu utama dan sampingan. Mrsyanie suka sangat kalau dapat pergi mana-mana cafe yang penuh dengan dekorasi yang cantik dan unik. Sambil makan itu boleh berangan nak hias macam kat cafe di rumah tau tapi tak jadi jugak nak dekorasi cantik-cantik kat rumah, berangan je lebih haha..Konsep kafe burung hantu menjadikan Owlery Cafe lebih nampak unik, santai dan ianya lebih kepada konsep family cafe (kafe keluarga).

Kafe Burung hantu Owlery Cafe

Owlery Cafe

30 Sajian di Owlery Cafe 

Kafe ini yang terletak di Ampang bersebelahan dengan BMO boutique dan 7Eleven Ampang. Nak mudah lagi korang waze sahaja Owlery Cafe Taman Dagang Avenue, mesti jumpa punya. Nak senang lagi naik LRT pun boleh turun dekat station Ampang. Menarik disini adalah menu yang disajikan adalah lebih 30 sajian tau, ada yang berunsurkan barat dan masakan melayu. Jadi pelbagai pilihan korang boleh buat, yelah bila datang satu keluarga atau ramai-ramai dengan kawan citarasa pilihan pasti berbeza. Ada yang nak makan nasi lah ada yang nak diet makan sayur je dan macam-macam, jadi inilah pilihan cafe yang sangat sesuai.

 Owlery Cafe yanie 1

Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang

Konsep Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang menjadikan ianya lebih santai dan menarik dalam setiap dekoarasi kafe.

Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind

Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind

Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind

Tengok dekorasi Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang dari luar pun dah teruja tau, apatah lagi dekorasi didalam. Disediakan 2 ruang samada korang nak duduk dengan berhawa dingin atau korang boleh santai di luar dengan udara persekitaran. Lihat pulak sajian yang disediakan memang membuat Mrsyanie lapar jew tau.

Sajian Utama

AUSSIE RIB EYE STEAK

AUSSIE RIB EYE STEAK

PASTA

PELBAGAI JENIS SPAGHETTI

PRIME STARTER

PRIME STARTER

EGG FLORENTINE

EGG FLORENTINE

OWLERY FISH & CHIP 2

OWLERY FISH & CHIP

OWL PILLOW

OWL PILLOW

CHICKEN SUPREME BURGER

CHICKEN SUPREME BURGER

BEEFY MADNESS BURGER

BEEFY MADNESS BURGER

CRISPY CRAB BURGER

CRISPY CRAB BURGER

Macaroni and cheese

MACARONI CHEESE

SALAD

ASIAN SMOKED CHICKEN WITH MANGO SALAD, CAESAR SALAD SMOKE SALMON, OWL GARDEN SALAD

Makan Asian jugak disediakan seperti nasi goreng dan noodle yang lain di Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang. Menu asian ni memang menjadi pilihan Mrlaling tau, kena jugak masuk nasi dalam perut walaupun sekali sehari. Mrsyanie dah dapat menu barat memang jadi pilihan lah, lena tidur nanti hihi.. Kalau korang nak tahu antara keunikkan menu disini lagi adalah diorang ketengahkan hidangan ikan rebut goreng digandingkan pula dengan nasi goreng, telur mata dan keropok. Memang cukup lengkap hidangan yang mengenyangkan untuk semua peringkat umur.

OWLERY SAMBAL FRIED RICE

OWLERY SAMBAL FRIED RICE

STEAM MACKAREL FRIED RICE

STEAM MACKAREL FRIED RICE

CRISPY CRAB EGG NOODLE

CRISPY CRAB EGG NOODLE

owlery cafe TIGER PRAWN FRIED NOODLE

TIGER PRAWN FRIED NOODLE

STRAWBERRY CHOCOLATE

STRAWBERRY CHOCOLATE

3

 Untuk air yang Mrsyanie kata tak ada straw tu bukan sebab Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang tak sediakan tetapi cara minumnya memang tanpa straw tau kerana rasa keunikkannya terletak dikeliling bibir gelas itu sendiri. Memang korang kena datang sendiri untuk menikmatinya dan nak datang santai (lepak-lepak) petang pun boleh kerana disediakan menu sampingan. Lepas kerja itu boleh lah singgah Ampang sementara jalan sesak nak pulang ke rumah, makan siap-siap di Owlery cafe balik boleh rehat tau.

Sajian Sampingan

 

EIFFEL TOAST

EIFFEL TOAST

SOUP OF THE DAY

SOUP OF THE DAY

IMG20160626214848

CRUNCHY SEAFOOD

CRUNCHY SEAFOOD

OWL & ROLL

OWL & ROLL

Ruang Kanak-kanak Bermain

Kalau korang yang bawa anak-anak kecil jangan risau kerana disini jua menyediakan sudut permainan kanak-kanak. Jadi ibubapa tak perlu risau, anak-anak  sibuk main korang dah boleh makan dengan tenang tapi ingat sekali sekala itu lihat-lihat lah anak-anak yang sedang bermain ye. Ruangan anak-anak bermain berada di dalam cafe jadi tak risau sangat. Yeah mesra keluarga (friendly family cafe) tau!

Ruang Kanak-kanak

Konsep mesra kanak-kanak juga disediakan di Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind Ampang

2

Tak terkata banyak menu yang disediakan disini, rasa nak masukkan semua gambar tau tapi kang korang tak teruja pulak hihi Jadi bagi sket-sket (tapi banyak je sebenarnya hihi) untuk korang cuci mata dan tergoda. Sangat puas hati dan kenyang tau, memang kena dengan citarasa tekak Mrsyanie dan Mrlaling. Harga pula tak terlalu mahal kerana seimbang dengan kuantiti yang disediakan. Kiranya korang boleh makan 1 hidang kongsi 2 orang tau. Mrsyanie paling suka dengan hidangan spaghetti yang disediakan disini tambahan pula dengan pelbagai jenis masakannya. Super nyum nyum!! Tak sabar Mrsyanie nak datang semula ke Owlery Cafe tau. Mungkin ada yang pelik sanggup juga Mrsyanie tempuh jalan di Kuala Lumpur semata-mata nak cari makan di Owlery Cafe hihi Yelah kalau dah masakan pun sedap dan harga berpatutan siapa yang tak mahu kan. Lagipun rumah kakak Mrsyanie dekat Keramat jew hihi.. Owlery Cafe beroperasi setiap hari kecuali Isnin dan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 12.00 pagi.

 

Untuk maklumat lanjut:

Owlery Cafe Dine & Grind

Alamat: No G-6 Jalan Dagang B/3A Taman Dagang Avenue, Ampang.

(waze: Owlery Cafe Ampang)

No Tel: 03-4287 9639

Facebook: Owlerycafe

Instagram: @owlerycafe

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Share this:

  • Facebook
  • Google
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Print

Related

Hipster cafeKafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & GrindKafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind AmpangOwlery CafeOwlery Cafe AmpangSantai Kafe Burung Hantu Owlery Cafe Dine & Grind
Share Tweet

yanieyus

You Might Also Like

  • REVIEW

    Jualan Barangan Raya Festival Ramadan PUTRAJAYA 2018

  • BEAUTY

    DASHING SPORT Khusus Buat Lelaki Aktif

  • FAMILY

    Detail Scan Kandungan Di Rampai Puteri Medical Centre

6 Comments

  • Blogger2u says: July 22, 2016 at 9:16 am

    sedap2 kan makanan kat situ… part dekorasi tu mmg best… nmpak ala2 english pon ada gak…

    Reply
  • Pinky Momma says: July 22, 2016 at 9:29 am

    alaaaaaaaaaaaaa lapar la tengok balik gbr ni..jom repeat jommm..

    Reply
  • kayrul says: July 22, 2016 at 10:54 am

    dah 3 kali makan kat situ…memang puas hati menu2 tu…yg bestnya sedap dan santai je

    Reply
  • Chekgu Azrine says: July 22, 2016 at 11:36 am

    Tak sabar sebenarnya nk ajak gangw cikgu dtg makan sini..tggu hbs raya

    Reply
  • Fadhlan saahari says: July 22, 2016 at 11:46 am

    Yeah..tq yanie.. see u again

    Reply
  • Ida says: July 24, 2016 at 9:20 pm

    Bibir kita ade garamm weiiii hahaha sedapkan!!

    Reply
  • Leave a reply Cancel reply

    This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

    Data Internet Only RM28 !!

    Visondata pocket WiFi

    INGIN PERCUTIAN BAJET? JOM KLIK

    Kelab-Blogger-Ben-Ashaari-800x800

    JANA PENDAPATAN !

    • MALAYSIA
    • THAILAND
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
    • CHINA
    • HONG KONG
      • MACAU
    • SOUTH KOREA
    • VIETNAM

    Subscribe & Follow

    Follow @hayaniyusuf
    Follow on Instagram

    Recent Comments

    • Adblock Android on Jualan Barangan Raya Festival Ramadan PUTRAJAYA 2018
    • Jamika Jelks on Singapore Day Trip Part 5 | Jejak Lokasi Melayu Di Singapore
    • Sapsibubapa on Jualan Barangan Raya Festival Ramadan PUTRAJAYA 2018
    • Lynda Che Lah on Detail Scan Kandungan Di Rampai Puteri Medical Centre
    • mas saari on Jualan Barangan Raya Festival Ramadan PUTRAJAYA 2018

    AABC

    POCKET WiFi PILIHAN

    Visondata pocket WiFi

    © 2013 Solo Pine Designs, Inc. All rights reserved.