Masih Bekerja ?

Assalammualaikum w.b.t

Masih Bekerja kah? |  Mrsyanie antara yang masih bekerja dikala ramai yang dah pulang ke kampung. huwaa… bukan tak nak cuti tapi cuti tak mencukupi untuk sampai ke hujung tahun. Jadi terpaksa Mrsyanie korbankan segalanya. cewah.. Itu lah sebelum ini cuti tak ingat kan dah kena bekerja. Tapi seronok jugak bekerja dikala orang lain tiada walaupun sunyi sepi.

refurl

Bagaimana dengan persiapan raya korang? Tahun ini persiapan raya Mrsyanie agak simple dan tak macam tahun lepas dengan warna tema. hihi.. Tahun lepas jenuh nak cari baju sedondon dengan warna tema yang kami nak tau yelah nak dapat warna yang sama itu sangat lah susah kecuali memang dah jual secara set sedondon. Tahun ini sangat tak dijangka bila beli baju dapat jugak warna sedondon. Bila balik rumah eh sama pulak warna iaitu warna hitam, itu lah warna paling mudah rasanya. Apa pun rasa sedih bila Ramadhan kian pergi, entah tahun depan kita akan berjumpa atau tidak. Semoga akhir Ramadhan kali ini kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Till Next Entry ye!!!
See also  MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*