Assalammualaikum w.b.t
Tak Panas Ke Makan Durian Bulan Puasa? | Bila sebut durian je mesti dikaitkan dengan kesedapannya dan pasti dengan kepanasan. Tapi ada jugak yang makan durian tapi tak rasa panas, itu sebenarnya bergantung kepada ketahanan seseorang. Bagaimana nak hilangkan panas? Petua nenek moyang dulu untuk hilangkan panas minum air kosong dengan menggunakan kulit durian. Keberkesanannya masih lagi belum dapat tahu, mungkin ada betulnya siapa tahu. hihi
Tak Panas Ke Makan Durian Bulan Puasa?
Durian atau lebih mesra dilabel dengan ”raja buah” merupakan buah spesies pokok dalam genus Durio yang menghasilkan bau yang sangat kuat dan berduri. Durian memang menjadi kegemaran orang terutamanya di Asia Tenggara. Ada juga yang tidak boleh makan buah durian dan juga bau pun tak boleh kerana ia akan menyebabkan pening / pitam. Tapi pada yang masih belum rasa durian, cubalah rasa memang puas hati. Bulan puasa ni pun Mrsyanie sanggup makan buah durian tau. Panas atau tak ianya bergantung kepada diri masing-masing. Jika rasa takut panas, antara tips makan durian bulan puasa korang perbanyakkan minum air masak / kosong.
Satu lagi Tips makan durian bulan puasa, elak panas badan selepas makan durian adalah minum air menggunakan pangsa durian atau senang kata tempat letak durian dekat kulit tu. Korang letak air kosong dekat pangsa durian tu, dan minum menggunakan pangsa tu.
Durian ada pelbagai jenis bakanya. Ada Musang king, D24, durian kampung atau ada juga durian Pasai. Mrsyanie tak pernah dengar durian pasai tapi selepas berkahwin Mrsyanie didedahkan dengan durian pasai. Tapi durian pasai atau durian hutan ini susah nak jumpa kerana ianya terdapat dalam hutan. Durian pasai ini lain sedikit dari segi rasanya, struktur duri dan saiznya. Rasa durian pasai lebih kepada pahit manis dan baunya agak kurang enak. Tapi menjadi kegilaan sesetengah penggemar durian.
Tahun ini Mrsyanie dapat rasa durian pasai (rezeki hihi) tapi tak lah bau sangat dan rasanya tetap sedap (haih nama je durian semua sedap bagi Mrsyanie tau hihi). Memang satu kenikmatan bila dapat makan durian tambahan bila isi duriannya penuh lemak dan manis. Terima kasih jugak buat Mrlaling dan ayah mertua sebab gigih cari durian untuk menantu dia yang memang hantu durian ni hihi.
Till Next Entry ye!!!
Ya Allah, sedapnyaaa..”)