Assalammualaikum w.b.t
Aust. Braised Lamb Shank | Tak sah kalu tak ada cerita pasal foor review kan hihi.. Kali ini berlainan sedikit sebab Mrsynaie bukan food hunter di restoran biasa tetapi ianya adalah lokasi didalam salah satu Theme Park Malaysia yang sangat terkenal.
Aust. Braised Lamb Shank
Kenapa dengan Aust. Braised Lamb Shank? Itu adalah salah satu menu yang menjadi permintaan ramai disini. Restoran ini terletak didalam Legoland Theme Park Malaysia, yang terletak di Johor. Di Legoland Malaysia terdapat beberapa restoran atau cafe yang disediakn bagi kemudahan pengunjung untuk berehat dan tambahan tenaga setelah penat bermain.
Antara Restoran/cafe yang terdapat Legoland Malaysia adalah:
- Pizza Mania
- The Café
- King’s Grill
- Market Restaurant
- Asian Deli
- Burger Junction
- Snack Bar
- Kebab Hut
- Castle Fried Chicken
Market Restaurant
Restoran yang menjadi food hunter Mrsyanie adalah Market Restaurant yang terletak dalam kawasan Theme Park Legoland. Ianya bersebelahan dengan game Driving School. Kalau korang masuk Theme Park pintu utama ianya terletak dibelah kanan. Jom kita tengok menu yang menarik disini:
Di Market Restaurant terdapat beberapa slot pilihan makanan dan minuman yang disediakan. Terdiri daridapa makanan Asian, makanan kanak-kanak (kids meal), Western, dan sudut minuman. Konsep disini adalah bayar dan ambil makanan yang dipesan. Korang tak perlu nak beratur panjang tunggu makanan pastu bawa makan ke kaunter untuk pembayaran. Disini memudahkan pembelian pelanggan yang datang.
Selain itu, jika makanan masih belum siap korang tak perlu untuk tunggu disitu kerana mereka menggunakan satu alat menunggu. Para pelayan akan bagi korang alat tersebut, dan korang boleh tunggu diruang makan (meja makan), bila makanan sudah siap ia akan menyala untuk memberitahu makanan korang dah siap. Dibawah inilah alat yang digunakan.
Kita tengok pula menu yang Mrsyanie order bersama rakan blogger yang lain:
Aust. Braised Lamb Shank antara menu wajib yang kami cuba. Teruja tengok Aust. Braised Lamb Shank nya dan rasanya sangat sedap. Terbaik!! Bila tengok Aust. Braised Lamb Shank mesti teringat Mrlaling sebab dia suka sangat makan kambing tau. Feveret Mrlaling ni.
![]() |
Aust. Braised Lamb Shank |
![]() |
Roasted Chicken |
![]() |
Roasted Chicken |
![]() |
Biryani Rice Kids Set bersama 1 botol Ribena + 1 dessert |
![]() |
Pasta Carbonara |
![]() |
Ice Kacang + Ice Cream |
Ruang makan yang disediakan sangat mesra pelanggan. Ianya juga sesuai untuk ahli keluarga untuk berehat disini. Kawasan yang luas, berhawa dingin dan juga disediakan mainan LEGO untuk anak-anak bermain.
Makanan yang disediakan sangat sedap dan memang ikut citarasa tekak Mrsyanie tau. Tambahan pula kuantiti yang disediakan banyak berbaloi dengan harga. Mrsyanie siap ambil Nasi Biryani kids set tau, sebab kuantiti untuk makanan dewasa sangat banyak. Jadinya Mrsyanie ambil yang kids meal punya. hihi Memang sedap dan terbaik!!! Datang Legoland Malaysia korang kena mencuba menu yang ada di Market Restaurant ye.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:
LEGOLAND Malaysia
Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia,
Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya
Telefon: +607 597 8888
Email: info@legoland.my
Website: www.legoland.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my
Boleh jugak klik entry dibawah:
Aust. Braised lambd Shank tu macam kecik jer… macam sikit jer… macam tak cukup jer….
huhuuu..kurus tapi kuat makan