Sambal Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak

Resepi Tempoyak Masak | Sekaran tengah musim durian ini, wajib buat tempoyak. Bila dah banyak tempoyak apa lagi kita nak buat? Cubalah buat Sambal Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak. Banyak versi nak masak Tempoyak Masak ini tapi Mamayanie nak kongsikan resepi atau cara mudah untuk memasak Tempoyak Masak atau Kokek.

Sambal Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak

Tempoyak masak ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan tempoyak, iaitu durian yang telah difermentasi, sebagai bahan utama. Hidangan ini terkenal dengan aromanya yang unik dan sering dijadikan lauk pauk untuk dimakan bersama nasi putih panas tambah pula telur mata. Memang sedap dan bertambah nasi bila makan tau.

Selain mengekalkan keaslian rasa tradisional, tempoyak masak juga dianggap sebagai makanan yang memberi tenaga dan mempunyai nilai budaya tinggi dalam masyarakat Melayu. Tempoyak ini dimasak bersama bahan seperti cili, bawang, dan kadang kala petai, ikan bilis, udang atau daging untuk menghasilkan rasa yang kaya, pedas, dan sedikit masam.

Sambal Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak

Resepi Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak

Bahan-bahan utama

  • 2 sudu besar Tempoyak
  • Segenggam Ikan Bilis (ditumbuk kasar)
  • 1 batang Serai (diketuk)
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • Garam, Gula dan Perasa
  • Separuh cawan air

Bahan-bahan Kisar atau Ditumbuk Halus

  • 7-10 Cili api (nak kurang pedas boleh kurangkan cili api)
  • 1-2 Bawang besar
  • Kunyit hidup (jika tiada boleh guna kunyit serbuk)

Cara-cara Memasak

1. Panaskan minyak masak dan masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar. Goreng sehingga garing tapi jangan hangit tau.

See also  Syahirah Vitalis Eau De Cologne Beri Inspirasi

2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga cili api sekata masak.

3. Masukkan pula serai dan daun limau purut

4. Masuk separuh cawan air. Biarkan sehingga mendidih.

5. Air dah mendidih, boleh masukkan tempoyak bahan utama kita. Gaul sehingga sekata.

6. Kemudian boleh masukkan sedikit serbuk kunyit (kalau dah guna kunyit hidup tak perlu masukkan serbuk kunyit kecuali korang nak dapatkan warna kuning lebih menyerlah).

Kalau guna tempoyak baru yang manis tu pun sedap tapi korang perlu kurangkan kuantiti gula serta perlu masukkan asam keping untuk rasa masam yang seimbang ye. Macam Mamayanie gunakan tempoyak masam sebab itu yang ada dekat rumah hihi

7. Akhir sekali boleh tambahkan garam, gula dan perasa ikut citarasa korang. Mana yang kurang boleh ditambah. Jika tempoyak itu dah manis boleh kurangkan gula.

8. Gaul sehingga semua sekata dan masak. Jika ada petai boleh masukkan sekali.

Video Cara Masak Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak

Sambal Tempoyak Masak atau Kokek Tempoyak

Resepi yang menggunakan tempoyak sebagai bahan utama

Tempoyak sering digunakan sebagai bahan dalam pelbagai hidangan seperti gulai tempoyak ikan patin atau sambal tempoyak. Ia menjadikannya salah satu warisan kulinari yang sangat disukai di kalangan masyarakat di Malaysia. Berikut beberapa resepi yang menggunakan tempoyak sebagai bahan utama:

  1. Tempoyak Ikan Patin
    Ikan patin dimasak dalam kuah tempoyak yang pekat bersama cili, bawang, dan serai. Rasa tempoyak yang masam dan pedas menjadikan hidangan ini sangat sedap dimakan bersama nasi putih.
  2. Sambal Tempoyak
    Sambal yang dibuat daripada tempoyak, cili, bawang merah dan belacan, sesuai dijadikan pelengkap untuk nasi, lauk ikan goreng atau ulam-ulaman.
  3. Tempoyak Udang
    Udang dimasak bersama tempoyak, bawang putih, cili dan sedikit santan, menghasilkan rasa yang unik dan beraroma.
  4. Tempoyak Ayam
    Potongan ayam dimasak dalam kuah tempoyak yang dicampur dengan rempah ratus dan cili padi, memberikan rasa pedas dan masam yang menyelerakan.
  5. Gulai Tempoyak
    Gulai berasaskan tempoyak dengan ikan atau daging sebagai bahan utama, dimasak bersama santan, serai dan rempah ratus.
See also  Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Siapa yang suka tempoyak?? Menu mana lagi yang korang suka? cuba komen!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*