Assalammualaikum w.b.t
Rasai Ikan Patin Tempoyak Asli Dari Pahang | Sedap rupanya dapat menikimati rasa Ikan Patin Tempoyak asli dari Pahang tapi bukan Mrsyanie pergi Pahang, kat Ampang Selangor pun dah boleh dapat. Mrsyanie bukan pengemar ikan apatah lagi dengan Ikan Patin kan. Baru-baru ini Mrsyanie dapat jemputan ke Istana Bambu Restoran untuk merasai menu terbaru mereka iaitu Ikan Patin Tempoyak, Pais, dan Ayam Kampung.
Istana Bambu Restoran
Dapat sahaja jemputan dari Istana Bambu Mrsyanie terus tanya Mrlaling, nak ke pergi ke jemputan merasai menu terbaru Istana Bambu tu? Mrlaling pun bukan pengemar Ikan Patin tapi disebabkan terdapat juga menu Ikan Pari Asam Pedas Mrlaling terus kata OK jom pergi. Dia kalau Asam Pedas itu memang suka tambahan pula kami dah pernah merasai masakkan Istana Bambu, memang sedap kalau sajian masakan kampung di Istana Bambu. Nah baca SINI. Rugi lah kalau kami tak pergi.
Sebelum ini Istana Bambu memang akan menyajikan menu Ikan Patin Tempoyak dan Ikan Pari Asam Pedas tetapi hanya pada bulan Ramadhan sahaja tapi kini bukan Ramadhan pun korang boleh rasainya. Ianya adalah menu terbaru bagi sajian SET LUNCH yang akan disajikan pada pelanggan setiap hari. Terdapat 4 jenis set Lunch yang pada mulanya, kini Istana Bambu telah menambah lagi 1 set iaitu Set Ikan Patin Tempoyak khas buat penggemar Ikan Patin Tempoyak. Harga bagi set Lunch hanya RM17.00 sahaja termasuk Nasi putih, Ulam-ulaman, Air dan buah-buahan. Set lunch yang lengkap dan murah hanya di Istana Bambu.
Mrsyanie kalau datang Istana Bambu mesti rasa tenang walaupun ianya terletak di bandar dan lokasi utama kesesakkan jalan raya kerana suasana dan konsep yang ditekankan disini sangat klasik tau. Sesuai dengan nama yang diberikan iaitu Istana Bambu.
Akhirnya Mrsyanie dapat jugak merasai Ikan Patin Tempoyak yang memang sedap. Nikmat dapat makan Ikan dengan nasi putih panas-panas dan ulam + sambal belacan. Sedap dan tak perlu dah lauk lain rasanya. hihi
![]() |
IKAN PATIN TEMPOYAK (ALA CART: RM 15 – RM18 +) |
Tapi rugilah kalau Mrsyanie tak rasa lauk lain yang disajikan, tengoklah tamak Mrsyanie nak makan lagi tu. hihi Tapi lauk lain Mrsyanie buat makan lauk saja (meratah lauk ni), memang sedap dan pertama kali dapat makan Pais (tambah malu lagi bila baru tau namanya Pais haha). Memang sedap isi Ikan Patin yang disalut Tempoyak dan dibakar, nyum nyum.. |
PAIS RM 20.00 + |
![]() |
IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS RM15.00 + |
![]() |
DAGING SALAI LEMAK CILI API RM15.00 + |
![]() |
AYAM KAMPUNG |
![]() |
RAKAN BLOGGER |
![]() |
ULAM-ULAMAN |
Tak terkata sedapnya, licin.. Bagi Mrsyanie Istana Bambu merupakan satu lokasi restoran yang menyajikan masakan asli / kampung yang memang sedap. Istana Bambu juga menyediakan perkhdimatan Pakej Perkahwinan Melayu, dari segi menu masakan dan setiap perhiasan sangat klasik untuk dijadikan perkahwinan Melayu Asli.
Sama ke rasanya Ikan Patin di Pahang? Itu korang sendiri kena datang untuk merasainya, dan Mrsyanie yakin siapa pengemar Ikan Patin Tempoyak Pahang memang tak akan rugi makan Istana Bambu. Malah disini juga terdapat Sambal Hitam Pahang yang sangat terkenal tu, dengan berharga RM8.00 sebekas tau.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Istana Bambu Restaurant
Alamat: Lot 841-842 Jalan Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.
(waze: Istana Bambu Restaurant)
(GPS Location : 3.175203,101.758000 (Latitude,Longitude))
No Tel : 03-42514717
03-42524718
012-2497142
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (12pm-3pm & 6.00pm-10.30pm)
Sabtu-Ahad (12pm-11.30pm)
Sabtu-Ahad (12pm-11.30pm)
Email : info@istanabambu.com
Website : Istana Bambu Restoran
Till Next Entry ye!!!
memang sedap..nanti nak datang lagi
memang sedap tu yg set nak p lagi tu