Assalammualaikum w.b.t
Bangi Golf Resort (BGR) 2017 | Bila nak dekat puasa jew pasti banyak restoran atau cafe yang buat preview hidangan yang akan disajikan sempena bulan puasa yang akan kita sambut dalam 2 bulan lagi. Bagus sebenarnya buat awal tak ada bertindih waktu majlis tau. hihi.. Setiap tahun Bangi Golf Resort atau lebih dikenali sebagai BGR tidak pernah terlepas untuk mengadakan majlis preview buffet ramadhan. Tetapi tahun ini BGR memberikan keistimewaan dan kelainan dalam menu yang bakal disajikan sempena Bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Pilihan Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort
Minggu lepas Mrsyanie bekesempatan untuk turut serta dalam majlis preview pilihan buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort. Kali ni Mrsyanie bukan dapat jemputan terus dari BGR tau tetapi atas jemputan rakan blogger KBBA9 iaitu blogger yang super havoc, blogger Rawzzey. Kalau join Razzey memang tak pernah tak mengecewakan terutama bab bergambar hihi.. Jurugambar yang hebat dan serius puas hati dengan gambar nya..
Tiba sahaja jam 6.30 petang baru boleh buat pendaftaran kehadiran, sebelum kami disajikan dengan hidangan utama. Pihak BGR menyajikan hidangan sampingan yang memang sedap dan paling best adalah Roast Beef Crostini dan airnya. Nasib baik ini hidangan sampingan sementara menunggu hidangan utama disajikan. Kalau tak mau kenyang dengan Roast Beef Crostini jew. hihi

BGR 2017 Penuh Dengan Keistimewaan
Setiap tahun BGR akan menawarkan buffet Ramadhan yang menarik dan tahun ini penuh dengan keistimewaan tau. Siap ada menu dari Raja Buah iaitu Durian. Fuh memang kegemaran Mrsyanie tau Durian ni, kalau dapat satu bakul pun boleh licin Mrsyanie kerjakan. Berebut tau waktu nak ambil buah Durian sebab memang menjadi kegilaan ramai. Selain itu pelbagai lagi menu yang bakal disajikan dari kategori menu utama, lauk pauk, menu sampingan dan pencuci mulut.
Hidangan Pencuci Mulut
Pelbagai jenis kuih ada tau, ni baru sedikit je gambar yang Mrsyanie kongsikan. Ikutkan nak je kongsi setiap satu pencuci mulut yang disajikan tapi nanti habis pulak kuota blog Mrsyanie kan..hihi Jangan tengok semasa perut kosong tau, nanti korang terliur pulak. Nak dapat rasa kena tunggu waktu bulan puasa, ada 2 bulan lagi hihi..

Hidangan Utama
Pilihan Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort memberikan kelainan dan hampir 100 lebih sajian yang akan dihidangkan sewaktu bulan puasa 2017. Awal sekali yang Mrsyanie target adalah Satay. Memang dah jadi kegemaran kalau datang BGR mesti serbu Satay dulu.. Panas-panas diorang sajikan tau, ada Satay Ayam dan Satay Daging. Banyak sangat hidangan sampai tak tahu nak pilih mana, jom layan gambar yang sempat Mrsyanie kongsikan hihi
Ruang Durian Diserbu
Siapa yang tak suka raja buah ni kan, Durian menjadi salah satu kegilaan ramai sewaktu majlis preview buffet Ramadhan. Memang pakat menanti jew bila pihak BGR akan umumkan sesi merasa raja buah ni. Alhamdulillah Mrsyanie dapat buah yang manis dan dapat pulak Durian kucing tidur tu.. hihi Apa tu korang cari sendiri tau, seumpama jew ayat tu..hihi..
Banyak sanagt menu sampai tak tahu nak makan apa. Jadi korang boleh lah target untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort sewaktu bulan puasa yang akan datang. Nak tahu info lebih lanjut korang boleh layari website Bangi Golf Resort atau layari blog Rawzey. Nanti Mrsyanie sertakan link ye..
Pakej Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort:
- Deawasa: RM58.00
- Kanak-kanak: RM28.00
teruja tengok pelbagai jenis makanan…warna wani gituuuu….belum ada kesmpatan pergi mencuba makanan kat BGR….one day insyaAllah
wah !! bestnye tengok banyak makanan.. yang sakit pun terus sihat.. hahaha~
wahh, hidangannya memang nampak menarik sangat yanie! harga pun ok la, untuk hidangan yang menarik macam tu