
Selamat hari Kebangsaan yang Ke-66 buat Malaysia | Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan yang ke 66 dengan Tema Hari Merdeka 2023 penuh bermakna. Sambutan ambang kemerdekaan Malaysia yang ke-66 pada tahun 2023 adalah satu penghayatan yang mendalam bagi rakyat Malaysia.
BACA: Gunung Banang
Hari Merdeka 2023 Malaysia
Setelah melewati pelbagai cabaran dan perubahan, Malaysia terus mengukir sejarah sebagai sebuah negara merdeka yang berbilang etnik dan budaya. Perayaan ini bukan sahaja memperingati perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam merealisasikan kemerdekaan, tetapi juga menjadi tonggak penting untuk merenung pencapaian serta melangkah ke hadapan dengan tekad baru dalam membangun negara yang lebih progresif dan inklusif.
Tema dan logo Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan menjadi satu simbol serta elemen pentong dalam sambutan setiap tahun.

Tema Hari Merdeka 2023 Malaysia yang ke-66
Tahun 2023 Malaysia yang kini pesat membangun telah melancarkan tema Hari Merdeka 2023 iaitu Malaysia MADANI: ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.
‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’, tema ini dipilih berdasarkan TEKAD pemimpun bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.
HARAPAN malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagi kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ikhsan.
Logo Rasmi Hari Merdeka 2023
Gambar logo Malaysia Madani dijadikan sebagai logo rasmi pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berterasakan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.

Setiap warna pada logo mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun 2023.
Maksud Simbol Logo
Jalur: Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang berdasar ideologi Malaysia.
Bulan Sabit: Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Bintang: Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Bulatan: Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Maksud Warna-warna Pada Logo
- Warna Kuning: Warna pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dinaungi oleh Raja Berperlembagaan.
- Warna Merah: Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.
- Warna Biru: Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
- Warna Putih: Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara yang mempunyai bangsa yang merdeka.
- Warna Hitam: Keyakinan rakyat terhadap kemajuan kehidupan dalam citra Malaysia yang unik.
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan 2023
Perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 pada tahun 2023 membangkitkan semangat kebangsaan melalui sejarah gemilang negara. Melalui perjuangan dan komitmen, Malaysia terus maju sebagai negara berbilang etnik dan budaya, menonjolkan pencapaian ekonomi dan sosial.
Sambutan ini memperingati kesatuan rakyat dan warisan pahlawan, sambil menggambarkan hasrat untuk masa depan yang lebih cemerlang melalui inovasi dan kebersamaan. Sambutan kali ini akan diadakan di:
- Hari Kebangsaan tahun 2023 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2023
- Hari Malaysia akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2023

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 pada tahun 2023, marilah kita terus merangka lembaran baharu dalam sejarah negara. Dengan semangat kebersamaan dan tekad untuk memajukan Malaysia, kita menghadapi cabaran masa depan dengan keyakinan. Melalui perpaduan dan usaha gigih, generasi ini meneruskan perjuangan para pendahulu demi kemakmuran dan keamanan.
Mari kita terus memupuk semangat patriotisme, menjunjung warisan kebudayaan, serta melangkah ke hadapan dengan harapan dan cita-cita yang lebih tinggi demi Malaysia yang terus gemilang.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-66, Malaysia!
Salam merdeka!