Assalammualaikum w.b.t
Resepi Pencuci Mulut Dengan Kelapa laut | Waktu berbuka sedapnya kalau dapat makan pencuci mulut yang sejuk lagi menyaman kan. Antara pencuci mulut yang boleh dibuat adalah agar-agar Kelapa Laut. Mrsyanie nak kongsikan dengan korang resepi agar-agar Kelapa Laut dari TC BOY. Kenapa TC BOY menjadi pilihan? Kerana paling penting ianya halal dan dijaga kualitinya.
Resepi Agar-agar Kelapa Laut TC BOY
Memang sedap dapat makan agar-agar yang sejuk dan sedap. Tambahan lepas terawih, fuh sambil makan depan TV. hihi.. Mudah je caranya dan bahan pun tak perlu banyak. Jom kita try Resepi agar-agar Kelapa Laut TC BOY.
Bahan-bahan:
1 tin Kelapa Laut dalam sirap TC BOY
1 pekĀ agar-agar tali
1 cawan gula
1 cawan whipping cream atau boleh gunakan susu cair
1000 ml air
Cara-caranya:
- Basuh agar-agar tali dan dimasak dengan air sehingga larut.
- Masukkan 1 cawan gula dan larutkan (api sederhana)
- Setelah larut masukkan 1 cawan whipping cream dan dikacau sehingga sebati.
- Masukkan air dan isi Kelapa Laut TC BOY.
- Kacau hingga mendidih dan masukkan dalam dulang untuk disejukkan.
- Biar disejukkan dalam peti sejuk sehingga agak kenyal agar-agar dan siap untuk dihidangkan.
Mudah sangat kan, kalau nak sedap lagi korang boleh letak pewarna bagi lebih ceria dan daun pandan sewaktu cairkan agar-agar supaya lebih wangi. Korang boleh tengok cara-cara dalam video pantas dibawah.
Mrsyanie buat warna plain sahaja dan persiapan untuk menyediakan agar-agar Kelapa Laut TC BOY kejap sangat lebih kurang 10 minit. Cuma nak kenyalkan (bekukan) sahaj makan masa sedikit. Lepas kerja pun korang boleh sediakan, yelah kalau kat bazar korang tak dapat agak kan rasanya. Buat sendiri korang boleh tahu berapa manis dan lemak korang nak.
Kenapa Mrsyanie masukkan whipping cream? Ini kerana whipping cream dapat melemakkan lagi agar-agar supaya lebih umm makan selepas berbuka tau. hihi Selamat Mencuba.
Untuk maklumat lanjut:
warghhh..terbaca pula post ni waktu pagi-pagi macam ni..hmm..hmm..sedap..sedap..nak suruh wife buat la..malam ni boleh makan..hehehe
Sedapnya ! Nanti boleh cuba resepi ni š
lapar tengok gambar ni…terus perut bunyi2..hihi
menarik ni..sebab dia daripada kelapa