Resepi Burger Ala Prosperity by Khairul Aming (McMing)

Burger Ala Prosperity | Sekarang ini musim Burger Prosperity kembali tetapi nak beli rasa tak sunggup pulak. Sejujurnya Burger Prosperity ini antara burger simple kegemaran Mamayanie tau. Jadinya kita cuba lah buat sendiri dengan menggunakan resepi dari Khairul Aming. Resepi yang diberi nama Burger ala Prosperity McMing.

Resepi Burger Ala Prosperity

Katanya nak jual RM 1.90 tapi tak tahu bila akan dibuka kedainya haha ini melawak je ye korang. Mamayanie suka ikuti resepi Khairul Aming sebab mudah dan ianya memang menjadi tau. Resepi ini dikongsikan oleh Khairul Aming di platform media sosial nya yang telah menjadi rujukkan ramai orang.

Resepi Burger Ala Prosperity

Bahan-bahan utama yang diperlukan

Untuk bahan pun senang nak dapatkan tapi disebab ianya viral nak dapatkan daging oblong jenama Ramly sekarang punya lah susah. Haha Awal itu Mamayanie gunakan daging burger yang bulat tu, tapi akhirnya dapat jugak daging oblong.

  • Daging Oblong (Mamayanie gunakan jenama Ramly)
  • Roti Oblong
  • Bawang Holland (Dihiris)
  • Butter (untuk sapuan pada roti)

Pada korang yang tak suka dengan daging lembu, korang boleh juga gunakan ayam oblong. Ikut pada citarasa masing-masing. Mamayanie semestinya suka dengan daging sekiranya untuk Burger Prosperity sebab rasanya lagi padu. hihi

Penyediaan kuah Lada Hitam, bahan-bahannya

Kuah lada hitam ini lah yang membuatkan burger ini lebih unik. Ianya akan disalut pada daing oblong tadi. Untuk resepi kuah ini Mamayanie ada ubah sedikit mengikut bahan apa yang ada dirumah sahaja. Tak sempat nak cari cendawan untuk buat kuahnya. Mamayanie gunakan sos lada hitam segara.

  • Sos Lada Hitam (Mamayanie gunakan jenama Kimball sebab itu memang dah ada dirumah ye)
  • Butter (2 sudu)
  • Bawang Holland ( 1/2 atau 1 biji)
  • Tepung gandum (1/2 atau 1 sudu)
  • Sedikit Air
See also  Doubletree by Hilton Damai Laut Resort Menarik untuk Anak-anak

Ini bahan yang Mamayanie gunakan untuk buat kuah lada hitam bagi Resepi Burger Ala Prosperity kali ini. Mamayanie kongsikan juga bahan asal yang digunakan dalam resepi Khairul Aming.

  • 2 sudu butter
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • Cendawan shittake
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • Kicap manis (1 sudu atau agak-agak bagi warna gelab)
  • 1 kiub pati lembu
  • Lada hitam biji (tumbuhkan bagi lagi aroma lagi kuat)

Cara penyediaan Burger Ala Prosperity

  • Mulanya korang boleh sediakan kuah lada hitam terlebih dahulu
  • Masukkan butter dan bawang holland yang dipotong
  • Kemudian masukkan cendawan dan tumis sehingga kekuningan
  • Masukkan sos lada hitam segera dan sedikit air
  • Gaul hingga sebati kemudian masukkan tepung gandum untuk lebih pekat
  • Biarkan setika dan gaul sehingga sebati
  • Tutup apinya kemudian korang boleh kisarkan bahan yang ditumis tersebut
  • Selepas dah kisar masukkan semula dalam kuali/periuk untuk ditumis sekejap
  • Tambahkan lagi sos lada hitam untuk warna lebih gelab dan lebih pekat.
Resepi Burger Ala Prosperity

Dah siap korang boleh tutup api dan sediakan pula daging dan roti.

  1. Panaskan kuali, kemudian grill atau goreng daging oblong sehingga masak
  2. Celupkan di dalam sos lada hitam yang telah disediakan tadi
  3. Untuk roti sapukan butter sedikit pada roti yang telah dipotong kemudian panaskan di atas kuali sehingga kekuningan
  4. Susun roti dan letakkan daging oblong yang telah dicelupkan dalam sos lada hitam
  5. Akhirnya letakkan beberapa hirisan bawang holland.
Resepi Burger Ala Prosperity

Pelengkap Resepi Burger Ala Prosperity

Siap penyediaan untuk Burger Ala Prosperity. Nak lagi nampak set lengkap seperti di kedai. Korang boleh gorengkan curly fries yang segera. Lebih mudah dan sedap jugak. Nak lebih lengkap sediakan pulak air nya.

  • Air bikarbonat aiskrim soda
  • 1/2 botol Air oren Peel fresh (atau mana-mana jenama air oren segar)
  • Ais
See also  Pakej Ke Bali Indonesia Murah ?
Resepi Burger Ala Prosperity

Campurkan bahan diatas dan siap. Mamayanie tak letak air sebab lebih suka rasa pekatnya. Sebab air itu memang dah simpan dalam peti sejuk.

Puas hati dapat buat sendiri dan boleh ulang beberapa kali ye. Kuah lada hitam korang boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak buat Burger Ala Prosperity gunakan sahaja kuah yang telah disediakan itu dan hanya panaskan sahaja.

Daging oblong pulak korang boleh letak berapa banyak yang korang nak ikut citarasa sendiri. Jika nak tambah dengan cheese pun boleh.

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*