Assalammualaikum w.b.t

Memahami Apa Itu Zakat Wang Simpanan? | Pernah tak korang terfikir bahawa wang simpanan juga perlu dizakatkan. Mamayanie sendiri baru tahu mengenai zakat ini, sebenarnya mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.   Mamayanie nak kongsikan dengan korang semua mengenai zakat wang simpanan, dimana ianya juga perlu dititikberatkan oleh kita sekiranya wang simpanan kita melebihi atau cukup syarat untuk dizakatkan. Macam mana kita nak tahu wang simpanan kita perlu dizakat?

Zakat Wang Simpanan

Sebelum itu, korang kena tahu bahawa wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli. Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak atau Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab. Nilai nisab bagi tahun 2020 sebanyak RM18510.72.

Cara Pengiraan Zakat Wang Simpanan dengan mudah

Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Cara Pengiraan Zakat Wang Simpanan

  • Simpanan Tetap

Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

  • Simpanan Biasa

Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.

  • Simpanan Dalam Satu Akaun

Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

  • Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.

  • Zakat Hutang

Zakat ke atas hutang tiada nas yang jelas dan menjadi ikhtilaf dikalangan fuqaha. Perbezaan pandangan fuqaha ini adalah berasaskan samada zakat perlu dibayar ke atas wang yang dijangka terima ataupun tidak.

Oleh itu, Majma Fiqh Islami OIC memutuskan :

  • Pemberi hutang adalah wajib membayar zakat setiap tahun, jika penghutang itu mampu membayar (pada tarikh haul pemberi hutang)
  • Jika penghutang itu tidak mampu / menangguhkan bayaran balik hutang, maka zakat wajib dibayar oleh pemberi hutang setahun selepas penerimaan / bayaran balik hutang tersebut.

Hutang yang boleh ditolak daripada harta wajib zakat adalah hutang yang perlu dibayar segera. Hutang yang pembayarannya bertangguh tidak mengurangkan zakat ke atas harta yang dimiliki tempoh semasa. Oleh itu hutang yang perlu dibayar pada tempoh datang daripada hasil atau harta akan datang tidak boleh ditolak.

Cara Pengiraan Zakat Wang Simpanan dengan mudah

Nampak ringkas tapi ini adalah hakikat mengenai zakat wang simpanan, ingat tau setiap apa yang ditetapkan pasti ada hikmahnya. Mamayanie sendiri baru tahu bahawa wang simpanan jua perlu dizakatkan mengikut syarat yang ditetapkan. Paing penting kita tahu cara pengiraan zakat wang simpanan, tapi kalau korang masih ragu-ragu nak buat pengiraan macam mana korang boleh terus ke laman sesawang Lembaga Zakat Selangor mengenai cara pengiraan zakat wang simpanan.

Cara Pengiraan Zakat Wang Simpanan dengan mudah

Jika korang masih lagi ragu-ragu mengenai pengiraan zakat wang simpanan korang atau ada kemusykilan untuk ditanyakan, korang boleh terus ke Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pihak LZS akan membantu korang dalam pengiraan dan apa jua pertanyaan mengenai zakat. Jadi korang jangan susah hati mengenai pengurusan zakat ye.

Untuk maklumat lanjut:

Website: www.zakatselangor.com.my

Facebook: Zakat Selangor

Instagram: zakatselangor

Twitter: Zakat Selangor

Youtube: Zakat Selangor TV

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *