[Review KITSUI]: Stemcell MixBerries Merawat Secara Semulajadi

Assalamualaikum w.b.t

Gabungan 8 Buah Beri |  Wanita tidak asing lagi dikaitkan dengan mencuba produk kecantikan, yelah apa sahaja yang terbaik untuk kulit wajah khususnya, mesti wanita akan mencubanya termasuklah Mrsyanie hihi Tak sah kalau tak cuba kan tapi Mrsyanie sebenarnya takut untuk menggunakan sebarangan produk terutamanya kalau bab nak minum atau makan. Baru-baru ini Mrsyanie diperkenalkan dengan satu produk yang menggunakan teknologi Jepun yang mengabungkan 8 jenis buah beri dengan khasiat yang terbaik untuk kulit dan ianya adalah produk yang diyakini selamat serta dihasilkan dari bahan semulajadi, iaitu produk dari keluaran KITSUI, Stemcell MixBerries.

KITSUI Stemcell MixBerries Merawat Secara Semulajadi
KITSUI Stemcell MixBerries Merawat Secara Semulajadi

KITSUI Stemcell MixBerries Merawat Secara Semulajadi

Mrsyanie dah mula pakai kanta mata (contact lens) hampir sepenuh masa bila diluar jadi antara yang ketara sangat masalah kulit wajah Mrsyanie adalah lingkaran bawah mata (eye back). Jadi mula lah mencari produk yang bersesuaian. Sebelum Mrsyanie ambil sebarang produk, Mrsyanie lebih suka mengkaji dahulu dari segi bahan yang digunakan, maklumbalas pengguna tegar produk dan perlu tahu kelebihan yang ada dalam produk. Nak cantik korang kena lah rajin mengkaji tau, jangan main ambil jew ikut orang hihi.

Untuk masalah Mrsyanie ini, produk yang membantu menyelesaikannya adalah KITSUI Stemcell MixBerries. Mrsyanie tertarik dengannya kerana KITSUI Stemcell MixBerries merawat secara semulajadi, produk yang diyakini dan ramai yang memberi maklumbalas yang positif.

Malah ianya juga telah mendapat pengiktirafan Asia Pacific Super Health Brand. KITSUI Stemcell MixBerries bukan sahaja membantu mengurangkan lingkaran mata hitam, ia juga membantu dalam menyelesaikan masalah kulit kusam, berjeragat, sunburn, dan kulit kering.

See also  Kitsui Bellos Fibre Membantu Atasi Masalah Sembelit

Mesti korang nak tahu bahan yang digunakan dalam KITSUI Stemcell MixBerries kan, ianya mempunyai gabungan 8 buah beri untuk menjadikan kulit sihat dan cantik dalam masa 14 hari. Bahan-bahan yang digunakan dari combinasi teknologi Jepun stem cells buah-buahan seperti collagen stemcell dan gabungan 8 buah beri iaitu:

  • Acaiberry :

    Boleh Melewatkan Ketuaan, mengurangkan kehausan bawah kulit di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit,

  • Blueberry :

    Mengurangkan pigmentasi, jeragat, bintik hitam, mengurangkan lingkaran gelab bawah mata, dan memperbaiki testur kulit.

  • Raspberry :

    Mengandungi antioksidan dan vitamin yang sangat baik untuk membantu kulit menjadi lebih halus dan cerah, memberi kesan anti-penuaan, melawan radikal bebas.

  • Elderberry :

    Mencantikkan dan mencerahkan kulit, anti-penuaan, kaya Antioksidan dan vitamin C.

  • Cranberry : 

    Anti peradangan, mencegah penyakit kanker, membantu penurunan berat badan, menguatkan tulang dan menjaga sistem pencernaan dalam tubuh.

  • Blackcurrant :

    menjaga sel-sel kekebalan tubuh,  antioksidan yang akan melawan radikal bebas, mencegah penyakit flu dan infeksi virus, serta melindungi sel darah putih

  • Red grape :

    anti-bakterial,  anti-virus yang kuat yang dapat melindungi tubuh dari infeksi, melindungi kulit dari sinar UV, mencegah penuaan, meratakan warna kulit

  • Strawberry :

    Mengurangkan jerawat, jeragat, menjaga kesihatan mata, menghaluskan kulit dan dapat mencegah terjadinya radang dan alergi.

Kelebihan KITSUI STEMCELL MIXBERRIES

  • Anti Oxidant semula jadi
  • Mencegah pengaruh buruk sinar UV matahari pada kulit
  • Pemakaian jangka panjang (> 6 bln) menunjukkan kulit wajah terlihat lebih muda
  • Mengatasi pembentukan garis-garis halus wajah
  • Menghilangkan kerutan, kantung mata dan lingkaran hitam di bawah mata
  • Menjadikan kulit tidak kering, dan lembab
  • Mengatasi masalah kedutan halus
  • Mengatasi masalah kulit kering

Cara Penggunaan KITSUI STEMCELL MIXBERRIES

  1. Letakkan 150 ml air suam
  2. Masukkan 1 sachet KITSUI STEMCELL MIXBERRIES
  3. Kacau atau goncang hingga larut
  4. Boleh terus minum.
See also  Kitsui Whitie Snow, Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman. Usus sihat kulit cantik !

Alhamdulillah selepas hampir 1 minggu penggunaan yang konsisten, lingkaran bawah mata Mrsyanie makin pudar gelabnya. Kesan sesuatu produk bergantung kepada individu dan cara amalan korang samada konsisten atau pun tidak, jadi korang jangan lah buat perbandingan dengan orang lain. Bagi Mrsyanie produk KITSUI Stemcell MixBerries sangat sesuai untuk kulit Mrsyanie.

Harga pun tidak mahal sangat hanya RM 38.80 sahaja dan korang boleh beli dimana-mana cawangan Guardian, Watson dan Lazada pembelian secara online.

Berita Baik!

Khas untuk pelanggan setia dan bakal pelanggan KITSUI sedang jalankan satu promosi hebat untuk korang. KITSUI nak bagi 1 kotak PERCUMA pada korang tau dengan pembelian 6 kotak produk KITSUI di laman web KITSUI. Tak perlu nak susah payah keluar untuk ke kedai hihi, buat online jew sekarang. Apa lagi layari website KITSUI sekarang!

 

 

Untuk maklumat lanjut:

KITSUI Malaysia

Website: Kitsui
Facebook: Kitsuimy
Instagram: Kitsuimalaysia 

 

Till Next Entry ye!!!

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*