
Resepi Paling Mudah Dan Memikat Selera Anak-anak | Ayam Goreng Lemon Sunquick antara resepi paling mudah dan senang untuk disediakan dan paling penting ianya juga dapat memikat selera anak-anak kerana aroma gabungan rasa lemon dan sunquick manis.
Nak buat resepi ini paling penting ada ayam, ada lemon dan sunquick, ha gerenti jadi punya. Boleh dijadikan sebagai sos untuk mencicah atau boleh digaulkan sekali dengan ayam goreng.
Resepi Ayam Goreng Lemon Sunquick
Menu ini antara menu yang paling digemari oleh anak-anak kerana ianya tak pedas, tambahan pula gabungan rasa lemon dan sunquick yang manis dan masam menjadi pembuka selera buat mereka. Ianya menu paling sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting boleh dimakan begitu sahaja (meratah) atau dimakan dengan nasi putih panas-panas. Memang terangkat lah selera dan bertambah makannya.

Bahan-bahan Utama Ayam Goreng
- Ayam (dipotong kecil dan dibasuh bersih)
- Tepung Goreng Ayam Bestari
Adunan Tepung Ayam Goreng Homemade
Untuk salutan ayam goreng korang boleh juga gunakan adunan buat sendiri dengan campuran dari bahan:
- 4 sudu tepung gandum (ini bergantung pada kuantiti ayam)
- Secubit Soda bikarbonat (Jangan lebih ye sebab nanti akan rasa pahit)
- Garam secukup rasa
- 1-2 biji Telur
Sebelum itu korang perlu gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan untuk rasa pedas perlu tambah serbuk cili dan digaul rata pada ayam.
Bahan-bahan Sos Lemon Sunquick
- Bawang Putih
- Buah Lemon
- Beberapa sudu Sunquick
- Tepung Jagung (sedikit dan dibancuh dengan air-untuk bagi kuah pekat)
Bahan yang diperlukan untuk resepi kali ini memang sikit je yang penting bahan utama ayam, lemon dan sunquick perlu ada.


Cara Penyediaan Ayam Goreng
Bagi mendapatkan ayam goreng yang ranggup, tipsnya korang perlu gaul dengan tepung tadi dengan sedikit air kemudian gaul semula dengan tepung kering pula tapi lepas Mamayanie buat experiment sendiri. Tak perlu susah-susah nak banyak kali gaul.
Caranya:
- Toskan ayam yang telah dibasuh bersih (pastikan tos dengan baik ye-boleh lah ada sedikit je air)
- Kemudian gaul kering ayam dengan tepung bestari tu.
- Dah gaul boleh terus digoreng dalam minyak yang panas sebelum diperlahankan apinya.
Tips bagi sedap lagi: Perap ayam yang telah digaul dengan tepung selama 1 jama keatas bagi rasanya diserap kedalam ayam.
Cara Penyediaan Sos Lemon Sunquick
- Tumis bawang putih yang dicincang halus
- Masukkan perahan lemon dan sedikit air
- Kemudian masuk dalam 1-2 susu besar sunquick
- Gaulkan dan masuk air bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang diperlukan.
Bagi nak rasa lebih aroma lemon boleh masukkan kulit lemon yang telah disagat. Korang perlu seimbangkan rasaperahan air lemon dengan sunquick, jangan terlebih sunquick nanti kurang rasa lemon. Nak lagi manis, boleh letak madu untuk rasa lebih sedap.

Baca: Ayam Masak Halia
Kelebihan Buah Lemon Untuk Kanak-kanak
Lemon juag merupakan salah satu buah-buahan yang bagus untuk kanak-kanak. Buah lemon mempunyai beberapa kelebihan penting bagi kesihatan kanak-kanak:
- Sumber Vitamin C: Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu memperkuat sistem imun anak-anak dan melindungi daripada jangkitan.
- Pencernaan yang Baik: Air lemon boleh membantu merangsang pencernaan, mengurangkan kembung, dan mempromosikan pergerakan usus yang sihat.
- Antioksidan: Kandungan antioksidan dalam lemon membantu melawan radikal bebas dan menjaga sel-sel badan anak-anak daripada kerosakan.
- Menggalakkan Hidrasi: Minuman air lemon dapat memberi variasi pada air putih dan menggalakkan anak-anak untuk minum lebih banyak air.
- Peningkatan Rasa Makanan: Sedikit jus lemon boleh memberi cita rasa yang menarik kepada hidangan, mendorong anak-anak untuk mencuba makanan baru.
- Kulit yang Sihat: Lemon membantu dalam menjaga kulit yang sihat dan mengatasi masalah kulit seperti gatal-gatal.
- Penguat Tulang: Kandungan vitamin C dan mineral dalam lemon membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
- Mengurangkan Ketidakselesaan Kerongkong: Campuran air hangat dengan madu dan lemon dapat membantu meredakan kerongkong yang sakit.
- Peningkatan Kesejahteraan Umum: Aroma lemon yang segar dapat membantu meningkatkan suasana hati dan mengurangkan stres.
- Mengajar Kepada Amalan Makan Sihat: Memasukkan buah lemon dalam diet anak-anak mengajar mereka untuk menghargai makanan yang berkhasiat untuk kesihatan.
Namun, penting untuk memberi lemon dalam jumlah yang sederhana dan memastikan anak-anak tidak mempunyai alahan terhadapnya. Sebaiknya rundingkan dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum membuat perubahan signifikan dalam diet kanak-kanak.
Resepi ayam goreng lemon dengan Sunquick adalah pilihan lazat dan sihat untuk kanak-kanak. Dengan perpaduan rasa ayam yang garing dan aroma lemon yang segar, resepi ini memberikan kepuasan kepada lidah muda sambil menyediakan vitamin C penting. Marinasi ayam dengan Sunquick lemon menambahkan cita rasa unik dan menggoda selera anak-anak untuk menyukai hidangan seimbang ini. Selamat Mencuba.
yanieyusuf.com
Menarik ayam sunquick boleh cuba nanti