Assalamualaikum w.b.t | Kelebihan Essential Oil Ylang Ylang Young Living | Ylang Ylang merupakan sejenis bunga yang nama lainnya adalah Cananga odorata . Ianya sangat terkenal dengan bau aroma yang manis dan romantis bagi pengemar wangian bunga-bunga.
Young Living kini memudahkan pengemar wangian bunga untuk memiliki bauan bunga Ylang Ylang yang tulen dan tanpa bahan tambahan yang merbahayakan. Mamayanie pertama kali bau minyak pati Ylang Ylang tak berapa minat sangat, tapi bila dah diffusedkan. Alahai sedap sangat bau dia, terasa nyaman dan indah rasa seperti di taman bunga, gitu.. Serius bau bunga ini akan memberi kita kesegaran dan rasa tenang.
Essential Oil Ylang Ylang Young Living
Minyak pati (essential oil) Ylang Ylang berasal daripada bunga berbentuk bintang dari pokok Cananga odorata tropika yang berasal dari hutan hujan tropika yang subur di pulau-pulau di Pasifik Selatan dan Asia. Pokok ini boleh membesar sehingga 40 kaki tinggi dan berasal dari keluarga Annonaceae.
Untuk penghasilan minyak pati Ylang Ylang, Young Living memerlukan sekitar 120 kilo bahan mentah untuk mendapatkan 1 kilo minyak. Banyak sangat kan bunga yang diperlukan untuk menghasilkan minyak pati 100% yang semulajadi tanpa ada bahan tambahan lain yang merbahayakan.
Jangan risau Young Living ada ladang bunga Ylang Ylang di Madagascar, Ecuador.
Minyak pati Ylang Ylang mempunyai aroma bunga yang romantis yang boleh mewujudkan persekitaran yang menenangkan apabila disebarkan. Ia juga menjadi tambahan yang bagus kepada produk penjagaan kulit kerana sifat pelembabnya.
Maklumat & info : Young Living
Kelebihan Essential Oil Ylang Ylang Young Living
Bila kata asal dari bunga, pasti ianya mempunyai banyak kelebihan dan bau yang sangat menyenangkan.
Ciri & Faedah
- Mempunyai aroma bunga yang menyenangkan
- Membantu mewujudkan persekitaran yang menenangkan ala spa
- Meningkatkan rasa romantis bersama pasangan
- Menyuburkan rambut dan kulit kepala
- Membantu memberikan kulit yang sihat
- Dapat membantu melembapkan kulit (boleh ditambah kedalam krim muka / losyen jugak)
- Membantu tekanan darah normal
Korang juga boleh buat mandi tau, ala2 mandi bunga Ylang Ylang. Apa yang Mamayanie buat, titiskan beberapa drop minyak pati Ylang Ylang kedalam tab mandi. Tapi pastikan tidak terkena bahagian mata.
Cara-cara penggunaan
Secara fizikal luaran & bauan:
- Gosok Ylang Ylang pada pergelangan tangan dan leher anda untuk meninggalkan wangian bunga yang menenangkan yang boleh anda nikmati sepanjang hari.
- Tambahkannya pada losyen anda atau minyak pembawa bukan komedogenik untuk menikmati sifat pelembabnya.
- Campurkan 1-3 titis dengan minyak kelapa untuk rawatan rambut penyaman dalam yang akan meninggalkan rambut berbau manis dan berbunga.
- Tambahkannya pada mandian air panas untuk mencipta suasana santai untuk membantu anda berehat selepas hari yang panjang.
Jika untuk diffused:
Dropkan 5-8 titis untuk kekalkan suasana yang nyaman dan kemanisan dengan bau aroma bunga bagi rumah mahupun bilik tidur.
Harga & Kuantiti
- Harga pasaran : RM 248.50
- Harga ahli: RM 189.00
- Kuantitil: 15ml /botol
Pembelian & info : linktr.ee/yleoyanie
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply