Resepi Ayam Masak Kicap 2023 | Ayam dan Kicap antara gabungan yang menjadi viral kerana kombinasinya yang unik dari segi rasa serta aroma yang memukau membuatkan ianya menjadi resepi pilihan ramai. Kelazatan yang memikat dan keindahan penyajian resepi ini telah membuatnya ia menjadi pilihan utama dalam setiap dapur dan menjadikannya juadah istimewa dalam setiap majlis.
Baru-baru ini Mamayanie tergoda jugak untuk membeli sambal paling viral abad ini iaitu Sambal Nyet Berapi yang merupakan produk keluaran influencer terkenal iaitu Khairul Aming. Sambal yang menjadi fenomena dengan jualan sehari mencecah 5000 botol terjual hanya melalui penjualan atas talian (online).
Mamayanie paling suka tengok setiap video yang dikongsikan oleh Khairul Aming tau dan terkini dia kongsikan video masak Ayam Kewpie campur sambal Nyet Berapi. Fuh memang terliur lah tengok, jadinya terbelilah jugak sebotol Sambal Nyet Berapi Khairul Aming hihi
Perkongsian resepi kali ini Mamayanie campurkan sekali sambal Nyet Khairul Aming untuk memikat lagi rasa dan ini lah dia terhasil Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Sambal Khairul Aming.
Baca: Kerang Masak Kam Heong
Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Sambal Khairul Aming
Ayam Kicap dan Sambal Khairul Aming pasti memukau kerana rasa manis kicap dengan gabungan pedas dari sambal Nyet Berapi Khairul Aming. Sebelum ini Mamayanie kongsikan resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Khairulaming Style memang menjadi lah kalau korang cuba. Kali ini pasti tidak mengecewakan korang jugak sebab kita guna sambal Nyet Berapi Khairul Aming.
Bahan-bahan yang diperlukan
- 1/2 ekor Ayam
- Serbuk Kunyit
- Bawang Merah
- Halia
- Cili Padi
- Daun Kari
- Sos Tiram
- Kicap Manis
- Sambal Nyet Berapi Khairul Aming
- Ubi Kentang, Lobak Merah (pilihan)
Cara Penyediaan Ayam Masak Kicap
Sebelum mulakan masak, jika ayam dalam peti beku pastikan korang defrost ayam terlebih dahulu untuk dapatkan tekstur ayam yang lembut.
- Gaulkan ayam dengan secukup serbuk kunyit (Mamayanie tak gaulkan ayam dengan garam kerana untuk elak daripada terlalu masin nanti),
- Panaskan minyak dan goreng ayam yang digaul dengan kunyit tadi separuh masak. Kemudian angkat dan ketepikan dulu,
- Kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar, cili padi, halia, daun kari dan ubi kentang,
- Agak garing boleh masukkan kicap manis dan 1 sudu besar sambat Nyet Berapi Khairul Aming (jika nak lagi pedas korang boleh lebihkan ye),
- Jika agak kering korang boleh masukkan sedikit air ye (jangan banyak), dan biarkan sehingga ubi kentang empuk,
- Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi dan gaul sehingga rata serta cukup masak.
Nak lebih aroma korang boleh lebihkan daun kari atau ganti dengan daun bawang. Kemudian tabur hirisan cili agar nampak lebih menarik bila dihidangkan. Resepi ini paling mudah dan cepat disediakan ye. Yang pasti makan dengan nasi panas beserta telur dadar pun sangat menyelerakan. Sajian ini cukup lengkap kerana Mamayanie dah gabungan ayam dan sayur.
Tips Untuk Lebih Sedap
Tips: Untuk lebih memikat rasa kuah ayam ini korang boleh lebihkan minyak sewaktu tumisan kerana ayam masak kicap lebih sedap bila kuahnya pekat berminyak. Selamat Mencuba.
yanieyusuf.com
Leave a Reply