AL’ ARD Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Sesuai Untuk Bayi

AL’ ARD Olive Oil Premium Organic Extra Virgin | Olive Oil atau dalam bahasanya iaitu Minyak Zaitun, yang dikenali ramai tentang khasiatnya. Jika kita pergi ke pasaraya terlalu banyak keluaran minyak zaitun yang berada dipasaran tapi adakah ianya minyak zaitun tulen atau 100% tulen Olive Oil tanpa sebarang campuran?

Bila terlalu banyak Olive Oil yang berada dipasaran kadang-kadang buat Mamayanie terfikir adakah ianya 100% tulen. Sekarang terlalu banyak penipuan produk yang mengatakan ianya tulen tapi rupanya ada campuran bahan lain. Risau pulak nak beli Olive Oil yang berada dipasaran untuk kegunaan bayi Adikfh.

AL' ARD Olive Oil Premium Organic Extra Virgin

AL’ ARD Olive Oil Sesuai Untuk Pemakanan Bayi 6 bulan Keatas

Baru-baru ini sahabat Mamayanie Ben Ashaari ada kongsikan tentang satu jenama yang dijamin keluarannya 100% asli Olive Oil tanpa sebarang campuran tau. Tambahan pula ianya adalah keluaran dari tanah Palestine.

Mamayanie memang mencari Olive Oil yang asli, extra virgin dan organik untuk dijadikan minyak masakan untuk Adikfh, yelah baru nak masuk 8 bulan kita tidak boleh ada campuran bahan perasa yang lain. Jadi minyak untuk memasak terbaik untuk bayi adalah Olive Oil extra virgin yang mana korang boleh dapatkan daripada keluaran AL’ ARD Olive Oil.

BACA: Jnt Johor

minyak zaitun Premium Organic Extra Virgin
AL' ARD Olive Oil

Apakah Fungsi Minyak Untuk Bayi?

Mesti korang tertanya kan boleh ke makanan bayi 6 bulan keatas ditambah dengan minyak?

See also  Mama Gelaran Paling Indah Dalam Hidup

Korang kena tahu terlebih dahulu apa fungsi minyak dalam pemakanan. Fungsi minyak dalam pemakanan adalah sebagai sumber lemak yang memberi kalori untuk keperluan badan. Semua orang memerlukan lemak baik termasuklah bayi. Tapi yang membezakannya adalah kuantiti yang diperlukan bagi setiap orang termasuk bayi.

Kuantiti bagi bayi 6 bulan keatas adalah hanya sesudu kecil atau beberapa titis dalam makanan untuk 2 hingga 3 kali makan sehari.

Khasiat AL’ ARD Olive Oil Extra Virgin Untuk Bayi

Dalam proses perkembangan dan pembesaran anak-anak, pemilihan makanan yang sihat dan baik sangat penting. Tambahan buat bayi berusia 6 bulan keatas yang baru mula untuk menerima makanan selain dari susu ibu atau susu formula. Banyak khasiat Olive Oil ini untuk semua peringkat usia, antara khasiat untuk bayi adalah:

  • Membantu Perkembangan Bayi
  • Mengandungi vitamin A, C, D dan E yang cukup bermanfaat
  • Mengandungi lemak semulajadi (omega-3, omega-6)
  • Membantu memelihara kulit bayi
  • Membantu pertumbuhan rambut bayi
  • Membantu menguatkan sistem imun
  • Membantu menguatkan tulang

Kuantiti Minyak Zaitun Untuk Pemakanan Bayi Mengikut Usia

  • Bayi 6 bulan – 8 bulan : 1 sudu kecil sahaja (sudu teh) atau beberapa titisan minyak untuk 2-3 kali makan
  • Bayi 9 bulan – 11 bulan : 1 1/2 sudu kecil (sudu teh)
  • Bayi 1 tahun – 3 tahun : 1 sudu kecil (sudu teh) – ini kerana dalam pemakanan lain telah mengandungi lemak atau minyak yang lain.

Jika Ibu-ibu telah menambah lemak dari sumber lain, jadi kurangkan atau tidak perlu penambahan minyak lagi untuk pemakanan bayi korang. Ini merupakan cadangan kuantiti yang disyorkan dalam buku bayi.

Resepi Bubur Nasi Ayam, Labu dan Minyak Zaitun

Mamayanie kongsikan cara penyediaan makanan untuk Adikfh dengan menggunakan minyak zaitun. Macam Mamayanie dah siapkan pure labu dan bubur nasi ayam terlebih dahulu dan dibekukan.

Bahan-bahan:

  • Beras yang dibasuh bersih
  • Isi ayam yang dipotong kecil
  • Labu yang dipotong dadu
  • Minyak Zaitun extra virgin Al’ Ard
See also  Sup Tulang Ketuk Geylang Kopitiam

Cara-cara penyediaannya:

Masak bubur nasi dengan ayam terlebih dahulu;

  • Masukkan beras, air yang mencukupi untuk masak bubur dan ayam.
  • Masak sehingga nasi menjadi bubur dan ayam akan mudah dihancurkan.

Untuk labu pula;

  • kukus labu sehingga lembut,
  • kemudian lenyek atau dikisar sehingga halus.
  • Masukkan kedalam bekas kecil untuk simpanan.

Cara penyedian untuk makan:

Nasi bubur ayam dan labu yang telah dibekukan boleh dikukus terlebih dahulu bagi lembut. Kemudian campurkan nasi ayam, labu dan setitis minyak zaitun extra virgin Al’Ard kedalam bekas makanan bayi. Gaulkan sehingga sebati dan sedia untuk dimakan.

AL’ ARD Olive Oil Premium Organic Extra Virgin

Minyak zaitun atau Olive Oil merupakan lemak yang diperolehi dari perahan buah zaitun. AL’ARD Olive Oil Premium Organic adalah keluaran permium dari buah zaitun yang ditanam ditanah Palestine dengan kaedah biodiversiti yang tinggi dan mengikut piawai pertanian organik serta diiktiraf.

minyak zaitun Premium Organic Extra Virgin

Kelebihan AL’ ARD Olive Oil Premium Organic Extra Virgin

  • Fisrt Harvest: Tuaian hari pertama
  • Ianya dipetik dan diproses pada hari yang sama
  • Ditanam dan hasil dari ladang Nablus, Tebing Barat, Palestin
  • Minyak yang diperolehi dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri
  • Mempunyai kandungan acidity rendah dan kurang <0.5% yang sangat bagus
  • Mengandungi khasiat Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi berbanding pokok Zaitun Muda
  • Buah Zaitun dari pokok tua yang melebihi 500 tahun hasil tanaman petani Palestine
  • Hasil minyak zaitun ini dipilih dari Buah Hijau terbaik
  • Diiktiraf organik dan fairtrade, extra virgin & cold pressed

Khasiat Olive Oil Untuk Kesihatan

Olive oil ini banyak khasiatnya selain bagus untuk perkembangan bayi, ia juga mengandungi omega-3, omega-6, vitamin A, D, E, K yang mana bagus untuk :

  • Mencegah Stroke
  • Menurunkan risiko terkena penyakit Jantung
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mengurangkan risiko terkena Diabetes
  • Membantu mengawal Kanser Payudara
  • Membantu menguatkan tulang
  • Kuatkan Sistem Imun
  • Membantu awet muda
  • Tinggi antioksidan
See also  Singapore Day Trip Part 2 | Menarik Mercu Tanda Singapore

Bagaimana Nak Tahu Olive Oil Asli

Untuk pengetahuan korang, AL’ ARD Premium Organic Extra Virgin Olive merupakan keluaran AL’ ARD yang mendapat pengiktirafan organik daripada EU ORGANIC dan JAS ORGANIC (Japanese Agriculture Standard). Malah ianya adalah hasil dari ladang kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.

Malah syarikat pengeluar AL’ ARD Palestinian Agri Products di Nablus, Tebing Barat Palestine juga memiliki pengiktirafan ISO-22000, FAIRTRADE & HALAL Palestine.

Selain itu, AL’ ARD Olive Oil juga telah menjalani beberapa ujian makmal dan mempunyai 3 sijil CoA, iaitu:

  • Certificate Of Analysis dari Kementerian Pertanian Paletine
  • Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta sijil CoO
  • Certificate of Origin dari Palestinian Ministry if National Economy.
AL' ARD Olive Oil

Nak paling mudah korang perlu tahu cara bagaimana sesebuah syarikat membuat pembungkusan bagi minyak zaitun, ini paling mudah untuk tahu. Ada sesetengah syarikat yang ambil sikap sambil lewa tentang proses ini.

Minyak zaitun dalam botol kaca gelap: Minyak zaitun yang berada dalam botol kaca cerah atau botol plastik akan terdedah kepada cahya Ultra Ungu atau UV yang dihasilkan oleh cahaya matahari atau cahaya lampu dipasaraya yang boleh menyebabkan proses oxidation.

Jadi paling mudah adalah tahu bahawa pembungkusan dengan botol kaca gelab adalah bagus dan diyakini seperti pembungkusan AL’ARD Olive Oil.

Mamayanie sendiri baru tahu yang pembungkusan Olive Oil yang betul pun sangat penting ye untuk menjaga kualitinya. Malah bahaya tau jika cara pembuangkusan yang salah kepada pengguna.

Untuk maklumat lanjut

Sekarang korang dah tak perlu susah-susah mencari Olive Oil yang berada dipasaraya tu, sebab korang boleh dapatkan oil yang berkualiti di https://alard.my/produk/ jew.

AL’ ARD Malaysia

Website: https://alard.my/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

10 Comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Sayuran Dan Buah-buahan Bagus Untuk Bayi 6 Bulan
  2. Minyak Zaitun Organic Alard Peluang Jihad Ekonomi Palestin - YanieYusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*