Musim Durian Perak 2023 Datang Lagi

Musim Durian | Buat pengemar buah king ni mesti akan ternanti-nanti kemunculannya dipasaran kan. hihi Buah Durian yang juga gelarannya adalah buah King merupakan buah yang menjadi raja segala buah. Buah yang ada masa dipasaran terlampau mahal dan ada masa ianya menjadi harga yang sangat berpatutan untuk dibeli.

Musim Durian kini kembali terutamanya di Perak kome. Kalau korang berjalan sepanjang jalan lama di Perak, pasti akan nampak penjual Durian banyak buka gerainya. Lalu sekitar kawasan kampung mesti akan nampak pokok-pokok Durian yang mempunyai banyak buah menanti masa untuk jatuh.

Musim Durian Perak 2023 Datang Lagi

Musim Durian di Perak

Durian sekarang ada pelbagai jenis durian, antaranya Durian Musang King yang harga tak boleh bawa bincang hihih, Durian IOI, dan sebagainya. Tapi Durian yang menjadi pilihan ramai adalah Durian Kampung.

Durian kampung ini antara kegilaan ramai orang kerana ada pelbagai jenis dari segi rasa, bentuk dan warna. Ianya adalah Durian dari baka asli Durian tanpa kacukan. Ada yang warna putih dan kuning, malah isi ada jenis yang nipis dan tebal.

Gambar yang bawah ini jenis Durian kampung yang isi putih tapitak terlalu nipis dan tebal. Buah yang baru nak belajar jatuh atau gugur rasanya bercampur tau. Ada manis, kelat dan ada yang lembut dan keras isinya. Sebab itu orang selalu kata buah buang buruk bila pokok itu mula berlajar jatuhkan buah Durian. Isitilah ini orang dulu-dulu lah bagikan, nanti bila pokok dah buang buah buruk barulah pokok tu akan gugurkan buah yang cantik isinya.

See also  Shopping Keperluan Raya Murah Secara Online
Musim Durian Perak 2023 Datang Lagi

Lokasi Di Perak Yang Terkenal Dengan Musim Durian

Ini antara lokasi di Perak yang akan menjadi pilihan apabila musim Durian di Perak tiba adalah:

  • Slim Village (Tanjung Malim – Slim River)
  • Kuala Kangsar
  • Kampung Gajah
  • Batu Kurau – Taiping

Kalau korang mencari buah Durian boleh lah berjalan-jalan sekitar kawasan yang diatas. Kebanyakkannya korang boleh lihat sepanjang jalan lama di Perak ini akan ada yang jual Durian cuma harga sahaja yang berbeza. Ada jugak Durian yang dari luar tapi kalau musim Durian memang menjadi pilihan orang ramai adalah Durian Kampung Perak.

Musim Durian Perak 2023 Datang Lagi

Kebun Atok Slim Village

Termasuklah kebun Atok Abangfh dan Adikfh iaitu Ayah Mertua Mamayanie, yang sekarang buahnya mula belajar jatuh. Kenangan paling Mamayanie tak boleh lupakan adalah sewaktu Mamayanie mula dapat tahu mengandung tapi masih nak makan Durian, Disahkan Hamil Sempat Lagi Makan Durian. Alhamdulillah panjang usia kandungan dan kini orang nya dah 5 tahun dan menjadi pengemar buah Durian, senang kita gelarkan #hantudurian hihi.

Ada satu pokok di kebun dahan yang rendah pun turut berbuah tau. Tengok setiap pokok Durian tu banyak betul buahnya. Tapi setiap hari memang kena jaga lah kebun bukan kata Kera je datang mengacau dengan jatuhkan buah yang belum masak, malah ada jugak yang kaki mencuri buah Durian ni. Sebab itu kebanyakkan orang yang ada kebun Durian bila musim Durian mesti akan ada yang jaga.

Selain aktiviti makan buah Durian, bestnya kebun Atok ada sungai kecil. Jadilah buat anak-cucu mandi santai-santai di kawasan kebun. Cuti sekolah yang lepas ini, sempatlah meluangkan masa kami di kebun Atok. Tapi dengan Adikfh kami tak boleh lama di kebun, sebab dia agak kurang selesa. Jadinya untuk hari kedua, Mamayanie siap buat persiapan untuk Adikfh ke kebun.

See also  Biskut Cornflakes Coklat Tanpa Bakar

Persiapan untuk bawa anak-anak ke kebun

Untuk persiapan Abangfh tak perlu banyak sebab dia pandai dah jaga diri dan boleh bebaskan dia bermain di kebun. Cuma apa yang perlu dibawa untuk Abangfh adalah pakaian tambahan untuk dia bermain air sungai.

Bagi persiapan Adikfh yang perlu banyak sikit barang, tapi keperluan yang dibawa ini boleh juga dipakai untuk Abangfh. Tambahan ini pertama kali bawa Adikfh ke kebun.

  • Pelekat ubat nyamuk kanak-kanak (ini semua boleh pakai sebab lekat je dekat baju)
  • Pakaian extra, napkin
  • Kipas (Mamaynie guna yang bateri tu, senang pasang je)
  • Powerbank (ini untuk kipas)
  • Bantal kecil (untuk adik baring)
  • Pelapik untuk baring
  • ubat-ubatan seperti cream gigitan nyamuk, minyak luka dan sebagainya
  • Susu, minuman & makanan (ini boleh lah korang berkelah sekali)
Musim Durian Perak 2023 Datang Lagi

Alhamdulillah rezeki buat keluarga Mertua ada kebun sendiri, dapatlah jugak Mamayanie tumpang makan sekali hihi Seronok tau dapat santai-santai di kebun sambil jaga pokok Durian tu boleh berehat nyaman dalam persekitaran hijau.

Rasa lapar nak makan buka terus buah Durian makan, tapi berjaga-jaga jugak. Jangan terlampau banyak makan ye, sebab istilah orang dulu-dulu kata nanti panas badan. Nanti Mamayanie kongsikan pulak petua kurangkan panas dalam badan selepas makan buah Durian.

*Untuk lebih banyak gambar dan video boleh ke Instagram @Yanieyusuf

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*