Klana Beach Resort Port Dickson Menawarkan Sajian Ramadan Berkonsepkan Tarbus Buffet Dinner

Assalamualaikum w.b.t | Sajian Berkonsepkan Makanan Arabian Menjadi Pilihan Utama | Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep ‘Tarbus Buffet Dinner’ yang julung kalinya diadakan sempena buffet Ramadan tahun 2023. Istimewa Ramadan tahun ini, sesuatu kelainan telah dibawa oleh Klana Beach Resort Port Dickson untuk para pengunjung nanti.

Baru-baru ini Mamayanie jalan jauh sikit untuk turut serta ke Majlis Previu Buffet Ramadan yang dianjurkan oleh Klana Beach Resort Port Dickson. Konsep yang sangat menarik memberikan ianya satu keunikan sajian buat para pengunjung.

Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

Sajian Utama Kibas Golek & Sup Kibas Menjadi Pilihan

Kebiasaan kita akan mencari Kambing golek sewaktu buffet Ramadan kan, tapi ini lah dia keistimewaan Klana Beach Resort yang menawarkan sajian lain dari yang lain iaitu menu Kibas. Anatara sajian berasaskan Kibas adalah Kibas Golek & Sup Kibas. Ianya merupakan signature resort yang setiap tahun menjadi pilihan ramai. Bagi mereka yang tidak pernah atau mencari kelainan untuk merasai keenakan Kibas, ambillah peluang ini untuk merasai sesuatu yang berbeza sewaktu bulan Ramadan nanti. Kibas ini lain tau dari Kambing, rasa aura Arabian nya memang kaw.

Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus
Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

Selain itu, menu yang menjadi tarikan juga adalah seperti Lamb Khabsa Rice, Tandoori Chicken Rice, Lamb with Briyani Rice dan Chicken Mandy Rice. Ianya merupakan sajian yang bakal disajikan sepanjang bulan Ramadan dan dihidangkan secara bergilir-gilir setiap hari. Tidaklah menu yang sama je kan, korang boleh rasai nasi yang berbeza-beza setiap hari.

Menu Negeri Sembilan Tidak Dilupai

Tahun ini juga pihak resort masih mengekalkan Selera Nismilan Corner yang mana ianyan mengetengahkan menu-menu masakan Negeri Sembilan. Menu yang menjadi pilihan adalah Teluk Itik cili api bersama pucuk bi dan terung pipit, Puyuh goreng berlado, Keli Salai air asam dan Nangka muda masak lemak ikan masin.

See also  Mat Periuk Ipoh Perak

Tengah menaip ini pun Mamayanie rasa terliur tau, teringat balik akan rasa kesedapan setiap sajian. Paling Mamayanie suka dan ianya pertama kali merasainya adalah Rendang Daging bersama daun maman & Sambal kering Ikan Bilis pucuk ubi. Korang boleh makan macam itu sahaja tanpa nasi pun sedap tau. Sambal kering Ikan Bilis pucuk ubi itu rasanya ranggup dan tak rasa pahit pucuk ubi ye.

Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

Korang jangan lah risau, nasi putih disediakan tau. Malah korang boleh merasai sajian masakan kampung jugak ye. Ada disediakan sajian Melayu seperti Ayam masak Serai Thai, Daging masak hitam, Ikan Talapia masak lemak nenas, dan tidak lupa ulam-ulaman serta sambal-sambal seperti Sambal Belacan.

Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus
Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

Buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson juga menawarkan masakan panas, dimana tahun ini ia menawarkan 8 putaran menu untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung dan bagi memastikan pengujung dapat menikmati pilihan masakan panas yang berbeza setiap kali kehadiran mereka.

Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

Sajian Untuk Kanak-kanak

Ini kalau korang datang wajib rasa Kuey Teow Goreng yang dimasak secara panas-panas. Memang sedap dan tak terlalu pedas untuk anak-anak makan. Abangfh makan Kuey Teow Goreng ini sampai habis tau sebab dia jenis kurang sikit tapi boleh makan sampai habis. Abangfh kata sedap!. Kalau Mamayanie memang suka lah sebab Kuey Teow Goreng feveret makanan.

Bagi kanak-kanak, resort turut menyediakan satu stall atau corner khas bagi menyediakan rotation menu yang berbeza untuk anak-anak. Antaranya Spaghetti Meatball, Spaghetti Chicken Carbonara, Spaghetti Aglio Olio dan Spaghetti Seafood Chowder. Tak lupa juga, stall Ice Cream Homemade ye untuk anak-anak oleh chef resort.

Tak ketinggalan bubur, pemanis mulut dan kuih-muih tempatan juga turut disediakan. Ada pelbagai jenis kuih muih yang boleh korang rasai. Sesuai sangat untuk makan selepas korang adakan solat Terawih atau mulakan untuk berbuka puasa.

See also  Buffet Ramadhan Steamboat sambil Panggang Arang
Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus
Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

Kelebihan Berbuka Puasa di Klana Beach Resort

  • Sajian menu yang menarik (pelbagai pilihan ada)
  • Ruang solat disediakan (Surau)
  • Solat Terawih berjemaah dipimpin oleh Iman
  • Parking yang luas
  • Perkhidmatan bilik hotel yang selesa
  • Berdekatan dengan Pantai Port Dickson
  • Pemandangan pantai & laut yang cantik (lebih privasi)
  • Harga buffet yang berpatutan
Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus

PAKEJ BUFFET RAMADAN – TARBUS BUFFET DINNER

  • Dewasa : RM68
  • Kanak-kanak 4-12 tahun : RM30
  • Warga Emas / OKU : RM30

Selain dari tawaran buffet Ramadan, Klana Beach Resort menawarkan beberapa pakej untuk yang menginap di resort bersama buffet Ramadan.

PAKEJ BUKA PUASA & PENGINAPAN

  • RM158 / untuk seorang.
  • Penambahan orang RM80 (dewasa) & RM50 kanak-kanak)
  • Penginapan 2 hari 1 malam
  • Berbuka puasa (makan malam)
  • Sahur (makan pagi)

PAKEJ SEMINAR, BUKA PUASA & PENGINAPAN

  • Bermula RM138 (minimum 20 pax)
  • Penginapan 2 hari 1 malam
  • Berbuka puasa (makan malam)
  • Sahur (makan pagi)
  • Pengunaan bilik mesyuarat & dewan seminar
  • Kudapan Malam

Untuk sebarang tempahan korang boleh terus whatsapp:

http://www.wasap.my/60166619030/Tarbus

http://www.wasap.my/60166619050/Tarbus

Untuk maklumat lanjut:

Klana Beach Resort Port Dickson

Telefon: +606 6487888

Website: www.klanabeachresortpd.com.my

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Trackback / Pingback

  1. Klana Beach Resort Port Dickson Pilihan Percutian Cuti Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*