Pencuci Muka Tanah Liat (Clay) Azyma Care Atasi Masalah Kulit Jerawat!

Assalamualaikum w.b.t | Pencuci Muka Tanah Liat – Azyma Care | Pemilihan pencuci muka yang sesuai denagn kulit wajah seseorang merupakan faktor paling utama untuk penjagaan kulit wajah. Ini kerana pencuci muka adalah agen yang bertindak sebagai pembersih kulit wajah untuk kita mengekalkan kelembapan dan kebersihan kulit wajah. Pencuci muka Clay AzymaCare sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit yang mempunyai masalah seperti eczema dan jerawat.

Pencuci muka Clay AzymaCare sesuai untuk semua jenis kulit

Pencuci Muka Clay AzymaCare

Sebelum ini Mamayanie pernah kongsikan mengenai sabun mandian badan (body wash) yang berunsurkan tanah liat dari jenama Azyma Care jugak. Ianya sangat memberi kesan yang baik khususnya bila lepas Mamayanie bersenam, hilang segala bau badan, hilang rasa gatal disebabkan peluh dan ianya memberi kesegaran pada kulit badan.

Terbaru AzymaCare kini mengeluarkan pulak salah satu produk yang paling best, ianitu pencuci muka (CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL) yang berasaskan dari tanah liat atau dalam bahasa Inggeris nya Clay. Seperti yang korang tahu, tanah liat sebenarnya sangat bagus untuk kulit.

Pencuci muka Clay AzymaCare sesuai untuk semua jenis kulit
Pencuci muka Clay AzymaCare sesuai untuk semua jenis kulit

Kelebihan Tanah Liat Untuk Penjagaan Kulit Wajah:

  • MEMBERSIHKAN LIANG MUKA JAUH KE DALAM KULIT: Tanah liat memiliki khasiat menyerap yang baik untuk menyerap kekotoran, bakteria / racun pada permukaan kulit, membuang sel-sel kulit mati dan memberi nutrisi pada kulit dengan mineral.
  • MENYAHTOKSIKAN KOTORAN DI KULIT : Tanah liat juga berfungsi sebagai agen menyahtoksik yang sangat baik.
  • MENGURANGKAN MINYAK PADA PERMUKAAN KULIT : Sangat baik dalam menyerap minyak yang berlebihan di dalam kulit dan di permukaannya.
  • MERAWAT JERAWAT : Tanah liat bagus sebagai rawatan semulajadi, ia boleh membantu mengurangkan kulit berminyak, detox kulit, membersihkan liang pori dan mengurangkan jerawat.
  • MELEGAKAN IRITASI PADA KULIT : Ianya dapat mengurangkan kesan ruam kulit, tindak balas alahan, gigitan serangga dan sebarang iritasi pada kulit.
See also  D'Sudut Coffee Tanjung Malim Cafe Pilihan Untuk Menu Sarapan Yang Berbeza

Clay Soap – Free Purifying Gel AzymaCare

Pencuci muka clay ini bukan sahaja berasaakan tanah liat tetapi ianya juga mengandungi campuran bahan bagus untuk kulit iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis.

Kelebihan Royal Jelly

  • susu yang mana hasilkan oleh para koleni lebah madu sebagai makanan untuk ratu lebah ini kaya dengan nutrisi untuk menyokong tumbesaran & kesihatan ratu lebah. Ianya juga membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.

Kelebihan Bee Propolis

  • ianya merupakan agen yang membaiki, mengukuhkan dan mengisi rekahan pada sarang lebah. Untuk kulit ianya berfungsi sebagai anti-bakteria bagi melindungi jangkitan. Malah ianya mempunyai ciri anti-oksida bagi melindungi kulit wajah.

Malah ianya juga sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti masalah jerawat dan eczema. Ini kerana ianya :

  • TIADA PARABENS
  • TIADA SLES
  • TIADA SLS

Ianya juga selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari pakar kulit.

Bagi pendapatan Mamayanie, ianya sangat bagus untuk kulit wajah. Paling penting ianya tak mengeringkan kulit selepas pengunaan malah ianya memberi kelembapan yang sekata terutamanya bahagian t-zone. Baru-baru ini Mamayanie ada masalah jerawat yang tiba-tiba naik disebabkan hormon, jadi dengan menggunakan pencuci muka Clay AzymaCare ini. Ianya membantu mengecutkan dan mengurangkan pertumbuhan jerawat yang tidak menentu.

Untuk maklumat lanjut:

Azyma Care

Website: www.azymacare.com

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*