Kedai Emas Hajjah Halijah Kangar Perlis, Emas Lebih Murah!

Assalamualaikum w.b.t | Kedai Emas Hajjah Halijah : Emas Dan Wanita Tak Dapat Dipisahkan | Hampir semua wanita pasti akan suka dengan emas, cuba korang bagi pilihan nak emas ke atau kereta baru? Kebanyakkn semestinya mereka akan pilih emas, termasuklah Mamayanie ye. Emas ini ibarat pelengkap aksesori buat wanita dan yang paling utama ianya boleh dijadikan sebagai aset mudah cair. Bijak tak? dapat 2 dalam 1 setiap pilihan kami. hihi

Kedai Emas Hajjah Halijah
Unik kan. Menarik sangat, simple dan moden rekabentuk dia.

Kenapa Emas Pelaburan Aset Mudah Cair?

Apa itu aset mudah cair? Ianya adalah aset mudah alih, senang cakap aset yang mudah untuk korang tukar kepada wang ringgit. Dalam keadaan sekarang bagi Mamayanie korang perlukan aset yang mudah cair. Jika ada kecemasan aset mudah cair ini yang akan membantu korang tukarkan kepada wang ringgit dengan mudah.

Kenapa tak simpan wang ringgit je? Untuk Mamayanie emas ini adalah pelaburan jangka masa pendek dan panjang. Harga emas jarang untuk turun secara mendadak tapi dia akan sentiasa naik. Sambil kita pakai untuk aksesori diri, boleh jadi sebagai pelaburan masa depan kita.

Keuntungan pun korang akan dapat berganda dari tahun ke tahun tau. Ianya pelaburan yang jarang merugikan pelabur kerana harga emas akan sentiasa naik.

Kedai Emas Hajjah Halijah Perlis
Kedai Emas Hajjah Halijah Perlis

Kedai Emas Hajjah Halijah Perlis (KEHH)

Macam Mamayanie jenis suka emas yang nampak simple dan moden. Biasanya kalau rekabentuk moden ini harga kadar upah akan mahal tapi Mamayanie jumpa satu kedai yang tawarkan kadar upah emas yang murah iaitu Kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH) yang terletak di tengah pekan Kangar Perlis. Katanya mudah nak cari dan senang parking, boleh lah orang Utara ke kedai terus tengok koleksi menarik.

See also  Ayam Goreng Sos Tiram Resepi Paling Senang dan Sesuai Untuk Anak-anak

Ianya juga merupakan kedai emas di Kangar Perlis yang termurah dan mempunyai rekebentuk terkini serta moden. Korang boleh tengok macam-macam jenis rekabentuk yang menarik dengan harga murah.

Macam mana Mamayanie boleh tahu kedai ini? Kawan Mamayanie, Umminani , lah asyik kongsikan mengenai koleksi emas yang dia ada beli dari KEHH. Pantang ada koleksi terbaru mesti dia akan kongsikan, teruja lak tengok. Terfikir gak macam mana dia boleh sakan beli sedangkan harga emas pun boleh tahan. Lagi-lagi dekat Tanjung Malim ini, harga kekadang tak masuk akal disebabkan harga upahnya. Bila Mamayanie baca post dia baru tahu kos keseluruhan harga emas di KEHH lebih murah berbanding kedai lain.

Macam mana boleh harga lebih murah?

Harga emas dipasaran biasanya hampir sama tapi yang membezakan setiap kedai adalah dari segi kos upahnya. Korang nak rekabentuk simple moden, kebanyakkan memang harga upah agak tinggi. Tapi dekat Kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH) korang akan dapat harga upah lebih murah dengan potongan harga sehingga 50% tau. Ianya emas pilihan terkini yang lebih murah dan bersesuaian mengikut bajet.

Sebab itu buat Mamayanie teruja nak tambah koleksi emas. Lagi teruja bila dapat join group telegram Kedai Emas Hajjah Halijah, banyak sangat koleksi yang cantik dan rekabentuk moden. Rambang mata tengok tau.

Kedai Emas Hajjah Halijah
Kedai Emas Hajjah Halijah
Kedai Emas Hajjah Halijah

Tawaran Pembelian Atas Talian (Online)

Menarik kan, korang pernah dengar tak pasal pembelian emas atas talian? Dekat KEHH korang boleh jugak buat pembelian atas talian bagi yang duduk luar Perlis. Senang korang hanya perlu download aplikasi Kedai Emas Hajjah Halijah di playstore. Jangan risau KEHH dijamin boleh dipercayai.

Boleh dah kita buat kempen menambung emas, bak kata mereka bijak untuk simpanan masa hadapan. Korang kalau nak tanya apa sahaja mengenai emas dan pembelian boleh terus hubungi staff KEHH tau, mereka sangat peramah dan mudah untuk memberi penerangan pada korang.

See also  [Hotel Review] XCape Resort Sungai Lembing Pahang Berikan Kelainan

Untuk maklumat

Website : https://halijahjewels.com

Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah

Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb

Instagram : kedaiemashajjahhalijahsb

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*