Assalammualaikum w.b.t | Penghantaran Lebih Cepat Memberi Impak Positif Dalam Industri Atas Talian | Wow siapa yang tak nak barang dengan cepat kan lepas pembelian. Kini dalam proses penghantaran yang lebih cepat, satu kerjasama PGMALL dan Grab Express diluaskan bagi menaiktaraf atau revolusi dalam proses penghantaran kepada pelanggan PGMALL.
PGMALL Platform E-Komersial Malaysia
Tak perlu diperkenalkan lagi satu-satunya platform tempatan e- dagang nombor satu Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 dan dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K). Mamayanie sendiri suka jugak shopping dalam platform PGMALL, ada barangan yang lebih murah dari yang lain tau.
Tahniah buat PGMall kerana telah disenaraikan di dalam top 3 bagi senarai platform E-commerce oleh Iprice insight report di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/. PGMALL juga telah disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. dan ianya platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk sebarang urusniaga.
Kerjasama PGMALL dan Grab Express
Sekarang ini ramai je yang shopping atas talian (online) kerana ianya lebih mudah dan senang. Lagi-lagi dimusim wabak yang melanda seluruh dunia ini, pilihan paling selamat untuk shopping adalah secara atas talian. Pilih, klik dan bayar, lepas itu tunggu barang yang kita beli sampai. Tapi salah satu kelemahan pembelian atas talian ini adalah proses penghantaran yang lewat, aduh kalau Mamayanie memang jenis tak sabar. Teruja nak dapat barang yang kita beli, lagi-lagi barang yang nak sangat kita guna kan.
Menyedari masalah proses penghantaran yang lewat, pihak PGMALL mengambil satu revolusi dalam proses penghantaran untuk memberi yang terbaik buat semua pelanggan yang shopping bersama PGMALL. Dengan kerjasama PGMALL dan Grab Express menambahkan lagi mutu kualiti dalam proses penghantaran mereka. PG Mall adalah platform e-dagang tempatan pertama yang bekerjasama dengan Grab express untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres. Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama meningkat terutamanya di bandar-bandar utama negara.
Untuk fasa pertama kolaborasi, penghantaran Grab Express akan disediakan untuk pembeli dan penjual di kawasan Lembah Klang dahulu. Dimana pembeli boleh membuat pesanan belian dan menghantar bungkusannya pada hari yang sama. Penghantaran Express ini akan diluaskan lagi di negeri-negeri lain secara berperingkat pada tahun 2022.
Promosi Istimewa Pelanggan PGMALL, Potongan Sebanyak RM12
Sempena pelancaran Kerjasama PGMALL dan Grab Express, ianya menawarkan potongan harga dalam proses penghantaran sebanyak RM12.00 (RM12 OFF delivery). Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan barangan dengan cepat di platform PGMALL. Boleh lah korang shopping dengan senang hati sebab dapat barang dengan cepat, best kan. Tak perlu nak tunggu lama.
Cepat dapatkan promosi potongan sebanyak RM12.00 ini. Korang boleh layari website PGMALL.my.
Untuk maklumat lanjut:
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply