
Assalammualaikum w.b.t
Rezeki Penghujung Tahun 2020 | Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Tokti) dan Ain Edruce dah buat pengumuman diorang berbadan dua dah, alhamdulillah dan tahniah. Mamayanie pun terasa nak tumpang aura diorang jugak lah buat pengumunan haha Tapi bukan lah berbadan dua. Diorang artis buat terus kepada umum melalui media sosial, tapi sebabkan Mamayanie seorang blogger, kita buat pengumuman dekat dalam blog je lah ye. Hahaha Nanti sunyi pulak diari online kita ini. Bila lagi korang nak terjah blog Mamayanie kan. haha

Rezeki Penghujung Tahun 2020
Tiada kata-kata lebih indah daripada perkataan Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala kuniaannya. Ianya berat untuk memutuskan tetapi dipermudahkan oleh Allah SWT tanpa kita sedar. Ceewah bermadah pulak tapi inilah hakikatnya. Pada 1 Disember 2020, jam 11.30 pagi satu ikatan perkahwinan disatukan oleh kadi di Pejabat Agama Slim River Perak. Berwalikan wakiah oleh Pakcik Mamayanie kepada kadi disini.
Mungkin bagi sesetengah orang tertanya-tanya statusnya kan, alhamdulillah Mamayanie kini bergelar seorang isteri kembali dengan harapan doa yang baik-baik dari korang semua. Terima kasih kepada Mak, keluarga Mamayanie, IbuAbah, keluarga mertua, sahabat, dan semua yang banyak membantu Mamayanie. Kenapa Mamayanie kata ianya rezeki?
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)
Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)
Terjawab segala Teka-teki
Siapakah gerangan yang menjadi Imamku? Alhamdulillah korang tengok gambar dibawah jelah ye. Apa jua persoalan yang bermain dalam fikiran korang, satu je Mamayanie mintak, doakan yang baik-baik untuk hubungan ini dan keluarga kami.



Sedikit perkongsian :
Busana nikah: Syima (adik)
Makeup: Full makeup dari Obsess Cosmetics
Kasut: Sinnico V
Gambar & Video: Kakak ipar & Mak yang ambilkan haha

Doakan dan aamin kan buat kami sekeluarga, terima kasih:
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ
Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin
Artinya :”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَفَّأَ إِنْسَانًا إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اَللَّهُ لَكَ , وَبَارَكَ عَلَيْكَ , وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر
Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi Saw bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda, “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.”
Till Next Entry ye!!!
Alhamdulilah. jodoh x kemana kan.. pisah macamna pun klu dh jodoh akan bersma. tumpang bahagia
Allahu… Syukur Alhamdulillah
Yanie Yanie… Hugs! Kak Nina tumpang happy! Selamat Pengantin Baru ❤️❤️ moga terusan kekal sna berbahagia. Ciptakan kenangan terindah banyak ² yaaaa
Alhamdulillah tahniah kak yanieee
Alhamdullilah. Tahniah yanie, husben & baby fh.. Kalau dah jodoh, x ke mana.. Betul tekaan akak.. Hehe…
alhamdulillah. tahniah yanie..semoga ikatan bahagia sampai syurga
Alhamdulillah tahniah yanie.
Alhamdulilah tahniah yanie di atas pekahwinan ni semoga bekekalan ke akhir jannah
Alhamdulillah.. tahniah Yanie. Semoga bahagia hingga ke jannah
Tahniah yea.. memang jodoh itu rahsia Allah.. Alhamdulillah
Im happy for you dik…dugaan buat kalian berpisah dan kini bersatu kembali..tahniah…selamat pengantin baru…pling happy tgok si bujang tu..
Alhamdulillah.
Tahniah yannie. Setiap apa yg berlaku semua ada hikmah dan telah tertulis untuk kita. Rezeki disatukan semula. Semoga kekal bahagia hingga syurga.
Alhamdulillah…tumpang happy…Tahniah yanie…Semoga dipermudahkan semua urusan dan sentiasa berbahagia bersama suami dan anak² Amin….
jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html
Alhamdulillah.. Kembali bertaut.. Betullah.. Jodoh itu rahsia Allah kan… Hugs… Tahniah ❤️