Assalamualaikum w.b.t

Mencari Peluang Pekerjaan ? | Saban hari kita dengar ada je yang kena buang kerja atau tiada sumber pendapatan. Mamayanie ada satu berita baik buat korang yang sangat memerlukan pekerjaan dan yang paling penting rajin serta bersungguh untuk bekerja. Malah ianya menawarkan satu latihan istimewa untuk korang yang berminat dalam bidang penjagaan atau caregiver.

iREHAB telah membuka peluang latihan dan pekerjaan sebagai caregiver atau penjaga terlatih kepada warga emas atau bekas pesakit strok bersama mereka. Pihak iREHAB ingin mengajak korang untuk bersama menjadi sebahagian pasukan mereka. Tidak kira bagi yang mempunyai pengalaman atau tidak mahupun tiada kelulusan mengenai bidang ini, iREHAB juga menawarkan latihan dalam penjagaan warga emas.

Peluang Latihan dan Pekerjaan Caregiver Bersama iREHAB

Kursus latihan ini adalah kursus pengasuh satu (1) hari yang akan terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome iREHAB. Mereka akan berikan latihan sehingga korang mahir untuk kendalikannya. Bayaran kelas adalah RM 70 dan setelah selesai korang akan diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka, kiranya korang akan terus dapat kerja bersama iREHAB.

Peluang Latihan dan Pekerjaan Caregiver Bersama iREHAB

Ini adalah satu peluang yang sangat bagus untuk korang yang masih mencari pekerjaan dikala musim kegawatan ekonomi ini. Bukan sahaja dapat pekerjaan, dapat kemahiran dan ianya juga satu ibadah buat korang, insya-Allah.

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi phak iREHAB di 017 988 0324 atau 012 9061690. Mereka akan membantu korang dan sebarang pertanyaan berkaitan juga boleh diajukan ye.

Untuk maklumat lanjut:

Website : https://irehab.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

Instagram : https://instagram.com/irehab.neurocare

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *