Resepi Burnt Cheesecake Paling Mudah Dengan 5Bahan

Assalammualaikum w.b.t

Burnt Cheesecake Guna Blender & Air Fryer | Kalau korang pergi ke cafe atau kedai kek, harga sepotong Burnt Cheesecake ni lebih kurang RM7- RM9 sepotong kan, kalau anak ramai dah berebut nak rasa. Tapi kalau korang buat sendiri boleh dapat satu biji kek dan gerenti anak-anak pun puas makan. Rupanya nak buat Burnt Cheesecake tak susah pun dengan Resepi Burnt Cheesecake mudah sangat nak buat. Dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja serta tak perlu nak ada mixer, hanya gunakan blender sahaja. Semudah sediakan, blend dan bakar!

Resepi Burnt Cheesecake mudah dengan 5 bahan
Resepi Burnt Cheesecake mudah dengan 5 bahan
Resepi Burnt Cheesecake mudah dengan 5 bahan

Resepi Burnt Cheesecake Mudah

Sebelum iti korang perlu sediakan 5 bahan utama, blender dan air fryer sebagai pembakar. Jika korang tak ada air fryer, korang boleh gunakan oven. Tiada masalah sebab kedua-duanya berfungsi untuk membakar sahaja.

Bahan-bahan:

  • Cream cheese
  • Gula 5 sudu besar (ini ala-ala manis buah sesedap jew)
  • 3/4 biji telur (gred B ok dah, kalu gred C boleh guna 4 biji)
  • Whipping cream (sepatutnya dalam 125ml jew, tapi Mamayanie guna 1kotak terus seperti dalam gambar)
  • 2 sudu besar tepung gandum (membukitkan sket)
Resepi Burnt Cheesecake mudah dengan 5 bahan
Korang perasan tak kain Norwex itu? ha mana yang berminat nak dapatkan kain Norwex boleh wasap Mamayanie tau

Alatan yang diperlukan:

  • Blender
  • Air fryer / oven
  • Kertas baking
  • Loyang

Cara-cara penyediaannya:

Cara penyediaan untuk buat Burnt Cheesecake sangat mudah.

  • Masukkan kesemua 5 bahan kedalam blender, kemudian blend kan dalam 5minit sehingga semua halus terutamanya gula tadi.
  • Sediakan bekas loyang yang dialaskan dengan kertas baking.
  • Masukkan bahan yang telah di blend kedalam loyang tadi.
  • Bakar dalam air fryer selama 50 minit denagn suhu 170C
Resepi Burnt Cheesecake mudah dengan 5 bahan

Untuk bakar, bagi air fryer yang Mamayanie gunakan jenama Russell Taylors saiz kecil. Jadi suhu maximum yang disediakan selama 30 minit sahaja. Jadi selepas 30 minit Mamayanie akan cek dulu Burnt Cheesecake dengan sudu garfu atau lidi untuk tahu samada dalam masak atau belum (cucuk je tengah-tengah kek). Jika belum masak lagi bakar lagi 20 minit dengan suhu yang sama.

See also  TheKoppi Rasa Sebenar Kopi Organik

Bila dah masak korang biarkan sejuk dan boleh dihias ikut citarasa korang. Senang sangat kan, Mamayanie ingatkan susah nak buat Burnt Cheesecake. Bila dengan resepi Burnt Cheesecake mudah jew rupanya dan paling penting puas makan dengan kos yang tak terlalu mahal. Selamat mencuba!

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Trackback / Pingback

  1. Resepi Basque Burnt Cheesecake

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*