Siapa Yang Uruskan Wasiat Harta Selepas Ketiadaan Kita?

Wasiat? Harta Peninggalan? Pada Siapa Kita Boleh Harapkan ? | Mamayanie terbaca semula mengenai kes perebutan harta yang ditinggalkan oleh seorang artis tu, dimana katanya adik-beradik arwah berebut harta. Sedih sebenarnya dengar bila perebutan harta berlaku dikalangan ahli keluarga itu sendiri. Disinilah Mamayanie terfikir kepentingan pengurusan wasiat sangat penting dan bagaimana kalau tiba ajal Mamayanie sampai dahulu dikala Babyfh masih kecil ini? Pada siapa Mamayanie boleh harapkan untuk menguruskan harta kepada Babyfh? Allahuakbar, terjentik seketika fikiran untuk memikirnya.

Walaupun harta Mamayanie tak banyak pun, tapi cukuplah sekadar untuk memberi kesenangan tempat tinggal terutamanya kepada Babyfh kelak. Tapi pernah tak korang terfikir walaupun harta tak banyak tapi ianya melibatkan pengurusan harta juga seperti rumah, kereta, pencen atau KWSP, insurans dan lain-lain. Ajal-maut ditangan Allah SWT, kita tak tahu bila tiba masanya. Jadi korang tak terfikir ke bagaimana anak atau isteri korang nak uruskan nanti bila korang telah tiada?

BACA: Buah tangan untuk orang meninggal

Kepentingan Pengurusan Wasiat selepas Ketiadaan kita

Kepentingan Pengurusan Wasiat Selepas Ketiadaan Kita

Baca keratan akhibar ini pun rasa sedih sangat. Ianya melibatkan ahli keluarga yang bergaduh disebabkan harta peninggalan, dimana yang tidak diuruskan secara wasiat ketika masih hidup. Kenapa kita perlu pengurusan harta (wasiat) dan kepentingan pengurusan wasiat:

#1 Kepentingan Pengurusan Wasiat dalam Amal kebajikan atau sedekah jariah

Bekalan akhirat yang tidak sempat dilakukan semasa hidup kerana kekangan kewangan dan masa boleh dirancang untuk dilaksanakan selepas meninggal dunia. Ingat kita cari harta bukan sahaja untuk beri kesenangan kepada ahli keluarga kelak, tapi ambil lah sedikit untuk saham akhirat kelak.

See also  AL' ARD Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil Sesuai Untuk Bayi

#2 Mengelak pertelingkahan pembahagian harta pusaka

Pergaduhan atau perebutan dalam keluarga sehingga memutuskan ikatan silaturahim boleh dielak jika pemilik harta merancang pewarisan demi kelangsungan hidup waris-waris di masa hadapan. Segala kemungkinan boleh berlaku, terutama membabitkan pengagihan harta pusaka yang ditinggalkan yang boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan yang asalnya baik menjadi kurang baik.

#3 Kepentingan Pengurusan Wasiat Menjaga hak isteri & anak-anak

Terdapat banyak kes suami yang meninggal dunia mempunyai anak yang masih kecil tanpa ditinggalkan apa-apa pesanan berkaitan pembahagian harta dan penjagaan anak. Isteri menghadapi kepayahan kerana tidak mempunyai maklumat mencukupi berkaitan peninggalan suami iaitu harta, hutang dan liabiliti-liabiliti lain contohnya urusan perniagaan suami dan seumpamanya. Keadaan ini memaksa isteri turun naik ke beberapa agensi yang berkaitan untuk memohon perintah faraid dan Surat Kuasa untuk mentadbir Pusaka suami dan sementara menunggu Surat Kuasa, isteri mengalami kesulitan kerana ketiadaan wang menanggung perbelanjaan anak-anak.

Begitu juga terdapat banyak kes membabitkan pasangan suami isteri yang membeli rumah atas nama bersama dan apabila suami meninggal dunia, isteri sebagai pemilik bersama hanya memiliki 50 peratus bahagian ke atas rumah berkenaan, manakala baki 50 peratus lagi perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. Masalah yang boleh wujud adalah apabila keluarga suami turut menuntut hak 50 peratus bahagian suami ke atas rumah yang didiami isteri dan anak yang masih kecil sedangkan itulah satu-satunya harta yang mereka ada.

Apabila tiada kata sepakat, mahkamah akan memerintahkan rumah itu dijual dan hasil jualan dibahagikan mengikut peratus yang ditetapkan. Dalam keadaan ini, bagaimana nasib isteri dan anak terbabit apabila mereka terpaksa menjual bahagian diwarisi ke atas rumah itu.

#4 Pengurusan harta isteri kepada waris

Masa kini ramai isteri yang memiliki harta yang mana mereka juga harus membuat perancangan pewarisan demi kelangsungan hidup waris-waris. Ini apa yang Mamayanie fikirkan, jika ajal Mamayanie sampai dulu bagaimana harta yang atas nama Mamayanie perlu diuruskan kepada waris iaitu Babyfh khususnya. Ini membuka mata Mamayanie sendiri bagaimana pengurusan harta perlu dibuat sekarang untuk waris kelak. Dengan membuat wasiat, sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu waris yang bakal ditinggalkan dan pemilik harta juga boleh membuat amal jariah pada kadar tidak melebihi daripada 1/3 harta.

See also  Giveaway Garnier Cleansing Water by Naomie
Kepentingan Pengurusan Wasiat selepas Ketiadaan kita

Rancang Pewarisan Untuk Jariah dan Kelangsungan Masa Hadapan

Firman Allah SWT:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

Yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.” (Surah Al-Nisa’: 11)

Pewasiat Syaratnya

  • Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • Sempurna akal;
  • Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.

Syarat penerima wasiat (benefisiari)

  • Diketahui dengan jelas;
  • Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.

Syarat harta yang diwasiat

  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
Kepentingan Pengurusan Wasiat selepas Ketiadaan kita

SIAPA NAK URUSKAN HARTA?

Kepentingan pengurusan wasiat sangat penting kerana ada juga yang berpendapat bahawa wasiat boleh dibuat secara lisan sahaja tetapi sebenarnya iainya perlu didokumen secara rasmi. Banyak masalah yang berlaku di luar sana adalah kerana wasiat yang hanya disampaikan secara lisan sahaja dan tanpa dokumen khusus atau dokumen wasiat yang rasmi.

Salah seorang anak mendakwa, arwah bapa pernah memesan untuk beri sebidang tanah kepadanya selepas arwah bapa mati. Tetapi waris-waris lain tidak mengetahui malah tidak mengakui pesanan tersebut. Malahan waris-waris lain mengatakan bahawa beliau ‘memandai-mandai’ sahaja menyatakan arwah bapa ada membuat pesanan (wasiat) tersebut.

Bagaimana untuk mengatasi perkara ini? Sebenarnya, bagi kita yang masih hidup, wasiat yang ingin dibuat hendaklah DIDOKUMENKAN SECARA RASMI. Ada arahan pembahagiannya dan ada arahan kepada siapa penerimanya.

Tetapi, bagaimana jika wasiat itu telah dilafazkan secara lisan dan pewasiat telah meninggal dunia tanpa ada saksi lain mendengar wasiat tersebut?

Dalam hal ini, wasiat tersebut perlu disahkan di Mahkamah Syariah dengan memohon pengesahan wasiat selaras dengan peruntukan contohnya di bawah Seksyen 61(3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Jika mahkamah mengesahkan wasiat tersebut, maka wasiat tersebut adalah sah dan boleh dilaksanakan. Namun, jika mahkamah memutuskan wasiat tersebut tidak sah, maka harta pusaka si mati hendaklah dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak.

See also  Harta Untuk Anak Siapa Nak Urus | Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Pada masa yang sama, lantikan wasi bagi melaksanakan wasiat itu adalah tidak kurang pentingnya kerana mereka bertindak sebagai pemudah cara dan pendamai selain daripada melaksanakan jariah si mati. Malah membahagikan harta pusaka untuk meneruskan kesinambungan kehidupan, inilah dia kepentingan pengurusan wasiat. Salah satu agensi yang boleh dipercayai dan sah terlantik adalah Majlis Agama Islam Selangor atau singkatannya MAIS.

MAIS adalah agensi utama agama Islam dalam negeri Selangor berbidangkuasa untuk bertindak sebagai wasi kepada wasiat umat Islam. Selain itu, MAIS juga mempunyai perkhidmatan lain seperti hibah, pengamanahan dan harta pusaka. MAIS berperanan membantu dalam pengurusan wasiat selepas ketiadaan pemilik harta.

Untuk pengetahuan korang MAIS juga melalui Baitulmal mempunyai kapaisiti untuk menerima wang tidak patuh syariah, wang tidak dituntut, wang orang berhutang, fidyah, kaffarah, luqatah dan sedekah. Gunakan peluang ini untuk membuat wasiat di MAIS dan menyucikan harta anda di Baitulmal MAIS.

Pentingnya, membuat perancangan pewarisan kerana kaum wanita khususnya sering meletakkan tanggungjawab itu kepada lelaki dengan alasan mereka adalah ketua keluarga dan pembuat keputusan. Seharusnya isteri berperanan penting mengingatkan suami supaya membuat wasiat sebelum menghadapi kematian demi kelangsungan hidup anak-anak.

Perancangan pewarisan melalui wasiat sangat penting kerana ia mampu membantu isteri umpamanya menggalas amanah dan memikul tanggungjawab memelihara waris-waris yang ditinggalkan. Semua pemilik harta dan waris tidak perlu bimbang menggunakan perkhidmatan MAIS kerana kami mempunyai 8 cawangan yang beroperasi di semua pejabat agama Islam daerah dalam negeri Selangor.

Korang juga boleh buat permohona wasiat melalui permohonan online kepada Majlis Agama Islam Selangir (MAIS). Ianya memudahkan lagi bagi yang berada diluar Selangor dalam permohanan wasiat.

Untuk maklumat lanjut Kepentingan Pengurusan Wasiat

Mengenai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS): Website: https://www.mais.gov.my/

yanieyusuf.com

1 Comment

  1. yang muda-muda sekrang banyak kesedaran dah tentang semua ni,tapi mak ayah tua2 kat kg masih pemikiran lama,ada tu biar je harta mcm tu bila dah meninggal tak di uruskan sebaik nya jadi perbalahan huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*