Assalammualaikum w.b.t
Pencuci Mulut Pilihan Ramai | Antara banyak kuih-muih di bazaar Ramadhan mana pilihan korang? Mrsyanie suka kuih pau pedas atau orang selalu panggil burger Malaysia dan lagi satu Mrsyanie suka kalau dapat berbuka dengan pencuci mulut agar-agar, lagi sedap kalau agar-agar tu sejuk. Fuh memang sedap masuk ke tekak tau.. Tapi bagi Mrsyanie makin hari makin kecewa kalau nak beli kuih-muih di bazaar kerana cantik rupa dari rasa. Kekadang itu teringin jugak nak rasa kuih yang pelbagai, tapi bila fikir balik sayang jew kalau tak habis makan kerana rasanya. Tapi ingat bukan semua ye, ada juga yang sedap.
Resepi Agar-agar Milo Pekat
Antara agar-agar pilihan Mrsyanie adalah Agar-agar Milo. Agar-agar adalah pencuci mulut paling mudah nak buat dan antara hidangan pencuci mulut yang tidak berat (light dessert). Agar-agar boleh dibuat dengan pelbagai jenis perisa seperti Milo, Sirap, Oren atau macam-macam boleh dipelbagaikan perisa. Tapi bagi Mrsyanie agar-agar paling Mrsyanie suka adalah agar-agar perisa milo. Bukan kata Mrsyanie je suka, anak-anak buah (anak menakan) pun suka kerana ianya adalah perisa yang menjadi tarikan buat semua. Bulan Ramadhan ini memang sesuai bila dimakan ketika berbuka puasa, tambahan lagi jika agar-agar ini baru keluar dari peti sejuk. Memang sedap tau. Jom kita kongsikan Resepi Agar-agar Milo Pekat paling mudah untuk dibuat.
Resepi Bahan-bahannya:
- 1 paket (10 gram) agar agar
- 1/2 tin Susu pekat
- 800 ml air
- 1/2 cawan gula
- 5 camca besar milo
- Secubit garam
Cara-caranya:
- Masukkan milo, susu pekat dan sedikit air kedalam mug (cawan). Bancuh milo denagn susu secara pekat.
- Masukkan pula agar-agar kering, air dan gula kedalam periuk. Kacau sehingga ianya mendidih.
- Masukkan sedikit sahaja garam.
- Kemudian masukkan pula milo yang telah dibancuh kedalam adunan agar-agar dan perlahankan api. Kacau sehingga sebati, jika kurang manis. Tambahkan gulu atau susu pekat mengikut kemanisan yang korang nak.
- Tutupkan api dan pindahkan adunan agar-agar milo kedalam bekas. Kemudian biarkan seketika sebelum dimasuk ke dalam peti sejuk
- Biarkan agar-agar dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian boleh dihidangkan.
Mudah dan cepat disediakan, nak lagi sedap korang boleh tambahkan nata de coco atau coklat chip untuk lebih menarik. Kalau korang nak lagi menarik,adunan agar-agar tadi dibahagikan kepada dua (2), dimana 1 boleh dimasukkan perisa milo dan 1 lagi adunan boleh dibuat perisa susu.
Kemudian boleh dilapisan selang seli kedalam bekas (loyang) dan korang akan dapat agar-agar belang Milo-Susu. Cubalah pasti menarik kan. Lagi satu ingat kalau nak rasa dibulan Ramadhan sedikit sahaja jangan sampai rasa telan semua hihi.. Opps jangan jadikan alasan tau kenapa tak sedap hihi.. Selamat mencuba.
nak buat jugak..nampak kak nina buat..pergh melelh..ni pulak kak yanie buat
Macam sedap je. Boleh try buat nnt ni
aritu buat agar-agar koko…termanis sikit
JanjiKita
pehh..
rindu plak nak makan agar-agar milo nih.
kena suuh bini buat gak ni esok.
Sedapnya… nak try masak la… terima kasih sbb berkongsi resepi