
Aidil Adha Disambut Dalam Kesederhanaan | Harap Mamayanie tak terlewat mengucapkan Salam AidilAdha kepada seluruh Umat Islam. Raya kali ini penuh dengan pengorbanan yang hanya dirasai oleh orang yang melaluinya. Tahun ini sambut sangat lah sederhana dan bagi Mamayanie Raya AidilAdha penuh kelainan bagi tahun ini.
Bukan sahaja kita sambut dalam sederhana malah perlu ikuti SOP yang disediakan oleh kerajaan bagi menangani wabak yang masih belum dapat vaksin nya iaitu Covid-19. Bagi Mamayanie kali ini, kami anak beranak tak balik tidur di rumah Mak. Sebelum ini walaupun rumah Mak Mamayanie sangat dekat tapi tetap akan tidur rumah Mak. Tapi kali ini dan pertama kalinya Mamayanie dan Babyfh tak tidur rumah Mak. Nasib baik jugak jiran kami tak balik kampung, tak ada lah terasa sunyi kan hihi.
Cipta Raya Aidil Adha Penuh Kelainan Bagi Tahun 2020

Mamayanie bukan tak nak tapi kali ini Mamayanie nak belajar keberanian untuk tidur dirumah sendiri dan lebih berdikari. Apa pun awal pagi Raya Mamayanie tetap excited bangun gerak Babyfh untuk kami bersiap ke rumah Mak untuk beraya. Seronok jugak sekali sekala kita buat kelainan di Hari Raya. Ini satu pengorbanan buat Mamayanie dan Babyfh untuk menjaga pergerakkan dan mengurangkan risiko seperti disarankan oleh kerajaan. Tapi di pagi Raya , tetap meriah bila dapat berkumpul kami adik beradik.

Raya AidilAdha
Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Semoga ianya memberi kita seribu satu makna dalam erti pengorbanan.
Selamat Hari Raya AidilAdha Penuh Kelainan
Leave a Reply