Assalamualaikum w.b.t
Kecantikan Kulit Bersama Vitamin C | Cakap sahaja mengenai Vitamin C mesti orang akan kaitkan dengan kecantikan, terutamanya untuk kecantikan kulit. Ianya sangat sinonim dalam dunia kecantikan, tak kira lah Vitamin C dihasilkan untuk pengambilan dalam minuman mahupun dalam sesuatu produk untuk kegunaan luaran. Mamayanie nak bagitahu rahsia ni, Mamayanie sendiri pun mengamalkan produk berasaskan Vitamin C untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Setiap hari Mamayanie akan ambil lebih kurang 1 biji Vitamin C untuk diminum dan rutin harian Mamayanie sekarang menggunakan produk berasaskan Vitamin C, iaitu Skincare tempatan jenama Oryn Skincare.
Mamayanie nak review satu brand skincare terbaru yang berasaskan Vitamin C, iaitu Oryn Skincare. Yang sekarang Mamayanie pakai sebagai skincare harian. Paling menariknya ianya merupakan salah satu produk tempatan berkualiti tinggi. Produk yang Mamayanie dapat ialah:-
- ORYN Hydrabright Cleanser
- ORYN Hydrabright 5-in-1 Moisturizer
- ORYN Clear Gel (for acne)
Review ORYN Skincare produk berasaskan Vitamin C
ORYN HYDRABRIGHT CLEANSER
Terhasil dari formula untuk bantu membersihkan, hidrasi dan mencerahkan kulit wajah. Low Foam Formulation di sini juga bermakna Cleanser ini menghasilkan kurang buih ketika digunakan untuk mengurangkan kekeringan pada kulit.
BAHAN-BAHAN DAN MANFAAT
- Vitamin C – membantu mengurangkan jerawat pada kulit wajah serta mencerahkan tona kulit
- Sodium Hyaluronate + Panthenol – membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengembalikan kekenyalan kulit dan mengelakkan kulit wajah dari kekeringan.
- Niacinamide – membantu mengecilkan liang pori, mengurangkan masalah jerawat dan bantu menyelesaikan masalah kulit rosak.
- Saccharide Isomerate – membantu untuk beri kelembapan yang berpanjangan pada kulit
- Natural Phyto – membantu mengurangkan breakout pada kulit wajah dan kerengsaan pada kulit sensitif.
Apa yang korang boleh jangkakan pada kulit korang setelah memakai ORYN HYRDRABRIGHT CLEANSER , paling yang Mamayanie suka kulit wajah akan kurang berminyak, akan rasa lebih segar dan kurang kering.
ORYN HYDRABRIGHT 5 DALAM SATU MOISTURIZER
Produk pelembap kulit ini mampu untuk beri kelembapan yang berpanjangan pada kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan bantu mencerahkan kulit wajah. Mamayanie suka pakai moisturizer untuk mengekalkan kelembapan kulit secara berterusan sepanjang hari.
Apakah 5 Manfaat Utama di dalam ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER?
- Moisturizer – melembapkan kulit
- Serum – mencerahkan kulit
- Primer – sebagai foundation sebelum menggunakan make-up
- Anti Wrinkle – mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan di kulit
- Night Cream – membantu menyuburkan kulit
BAHAN-BAHAN DAN MANFAAT
- Vitamin C – mencerahkan kulit dan membantu kulit jerawat
- Sodium Hyaluronate + Panthenol – mengekalkan kelembapan kulit
- Niacinamide – mengecilkan liang pori dan mengurangkan masalah jerawat
- Saccharide Isomerate – membantu melembapkan kulit sehingga 12 jam
- Natural Phyto – mengandungi Tumbuhan Comfrey dan Aloe Vera untuk bantu memperbaharu kulit dan mengurangkan rengsa pada kulit sensitif
- Hexapeptide – membantu mengurangkan tanda penuaan, berfungsi hampir sama dengan Botox tetapi lebih selamat.
Apa yang korang boleh rasai setelah memakai ORYN HYRDRABRIGHT MOISTURIZER, kulit wajah akan korang akan jadi lebih lembap, lebih lama dan bantu untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit.
ORYN CLEAR GEL (FOR ACNE)
Paling Mamayanie suka adalah clear gel atau Mamayanie lebih suka panggil serum. Lama rasanya tak pakai serum, yelah serum ini kita perlu cari yang betul-betul dengan kesesuaian kulit. Kenapa Mamayanie pilih ORYN Clear Gel ini kerana pertama dia berasaskan Vitamin C dan ianya juga meyerap dengan cepat dan selesa sangat pakai tau. Produk serum ini diformulasikan khas untuk bantu menghilangkan jerawat dan cela pada kulit wajah.
BAHAN-BAHAN DAN MANFAAT
- Vitamin C – membantu mengurangkan cela, mengawal penghasilan sebum dan mencerahkan titik gelap pada wajah.
- Silanediol Salicylate – membantu mengatasi masalah jerawat
- Ekstrak Aloe Vera – mengekalkan kulit berseri dan segar
- Niacinamide
- Allantoin
Apa yang Mamayanie kongsikan ini adalah beberapa info mengenai produk dan kelebihan yang Mamayanie dapat selepas penggunaannya. Mamayanie nak bagitahu korang cara penggunaan produk skincare ini.
Selepas mencuci muka dengan bersih ORYN HYDRABRIGHT CLEANSER, keringkan wajah dan titiskan titisan kecil ORYN CLEAR GEL ke atas jari, sebelum meletakkan titisan itu di atas jerawat atau kawasan cela. Gunakan 2-3 kali sehari bagi ORYN Clear Gel. Untuk ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER pula korang apply selepas penggunaan ORYN Clear Gel.
Dan untuk masa terhad ini, korang boleh dapatkan Trial Kit percuma dari ORYN Skincare yang mengandungi ketiga-tiga produk di atas. Bagaimana caranya? Korang boleh terus layari website atau facebook ORYN Skincare seperti maklumat dibawah.
Untuk maklumat lanjut:
Laman Web: www.orynskincare.com
Facebook: ORYN Skincare
Instagram/Twitter: @orynskincare
Till Next Entry ye!!!
Wah produk dari vit c.. Mestila elok sangat ni.. Macam best pulka
Baru dengar pasal produk ni . Tapi macam menarik pula.