Rahsia KOOLIT Tersebar! Serasi Dengan Anak

Assalamualaikum w.b.t

KOOLIT Sesuai Untuk Kulit | Genab 2 tahun dah Babyfh tau, Ya Allah cepatnya rasa masa berlalu. Bila anak makin besar ini, lain lak jagaan nya. Yelah makin besar dia makin aktif. Sakan main nya, sampai berpeluh-peluh. Tapi Babyfh ini jenis kulit sensitif bila berpeluh, mula lah naik ruam dan gatal-gatal. Pemilihan sabun mandi pun Mayanie perlu teliti, nasib baik jumpa KOOLIT yang boleh Mamayanie dan Babyfh guna. Ha jimat jugak sebab satu sabun satu keluarga boleh guna.

Dengan keadaan cuaca yang kini sekejap panas terik, sekejap hujan memang jenis tak menentu. Jadi kulit pun akan terganggu, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitif dan halus. Diperkenalkan oleh kawan Mamayanie mengenai jenama produk mandian KOOLIT atasi masalah kulit seperti kulit yang sensitif, kering, ruam dan sebagainya. Paling yang menjadi utama untuk Mamayanie memilihnya kerana ianya sesuai untuk kanak-kanak, malah baby seawal 4bulan pun sesuai tau.

KOOLIT Atasi Masalah Kulit

KOOLIT Atasi Masalah Kulit

KOOLIT Untuk Kulit, adalah tredmark yang sesuai dengan fungsi ianya. KoolitTM adalah produk kulit yang membantu dalam menyelesaikan masalah kulit secara menggunakan bahan semula jadi. Ini adalah formulasi yang cepat menyerap, diperkaya dengan ekstrak akar Manis (licorice) yang telah terbukti secara ilmiah tinggi sifat antioksidan, anti-radang dan anti-mikroba. Ia menjadikan kulit korang lembut, sihat yang bersinar dengan sentuhan yang menenangkan!

Kelebihan KOOLIT:

  • Mengandungi Ekstrak Akar Manis ianya sejenis bahan anti-radang, ada 40 kali antioksidan dan boleh mencerahkan kulit secara semulajadi,
  • Menyerap ke dalam kulit dengan pantas
  • Perubahan dapat dilihat dalam tempoh 2-4minggu (bergantung kepada kulit masing-masing)
  • Mempunyai sijil kelulusan GMP
  • Selamat untuk digunakan semua peringkat umur termasuk bayi (seawal 4 bulan)
  • Harga berpatutan dan mampu milik
See also  Surya Apple Cider Vinegar (ACV) Meningkatkan Tenaga Dan Penghadaman

Produk KOOLIT mempunyai pelbagai jenis rangkaian produk, Mamayanie disyorkan untuk mencuba set KOMBO yang ada 3 item iaitu Gentle Body Wash, Calming Cream dan Soothing Lotion. Mamayanie pilih belian kombo kerana 3 item ini kesemuanya sesuai untuk baby, jadi mana yang Mamayanie guna Babyfh juga boleh guna. Tau jelah dia kalau mama pakai apa je nak ikut, haih barang makeup Obsess pun dia nak join pakai. Jenuh mama bagitau yang dia lelaki tak boleh makeup haha Seronok tengok gelagat Babyfh, akal lebih orang kata haha Sebenarnya otak dia sedang berkembang belajar dari apa yang kita lakukan, itu yang nak jugak apa yang mama dia pakai.

KOOLIT Atasi Masalah Kulit

KOOLIT Gentle Body Wash

Gentle Body Wash dibuat khas untuk pembersihan seharian walaupun untuk kulit yang paling sensitif. Ia sangat lembut dan paling menariknya ia boleh digunakan dengan atau tanpa air mahupun tisu basah. Ianya sabun yang dihasilkan dari bahan-bahan semula jadi yang mengandungi ekstrak licorice membantu melegakan bengkak dan kulit gatal.

KOOLIT Atasi Masalah Kulit

Menarik tentang KOOLIT Gentle Body Wash:

  • Melembapkan kerana membersihkan.
  • Ia tidak menghilangkan kulit minyak semula jadi
  • Formula bebas bilas
  • Wangian diperakui selamat oleh International Fragrance Association (IFRA)
  • Mengandungi Vitamin E Asli dan Vitamin C
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak pedihkan mata (bukan secara terus)

Tengok Babyfh kalau dapat sabun ini, memang lah suka sangat dia main air dan sabun. Ianya tidak memedihkan mata tau, sebab itu Babyfh suka sangat.

KOOLIT Atasi Masalah Kulit
KOOLIT Atasi Masalah Kulit

KOOLIT Calming Cream

Calming Cream adalah reka bentuk emolien yang kuat untuk memberikan pelembapan pada kulit yang kering, sensitif dan gatal-gatal. Ini diperkaya dengan ekstrak licorice dan minyak zaitun untuk memberikan bantuan melegakan dengan cepat untuk kulit yang gatal dan kering disebabkan oleh faktor cuaca persekitaran.

See also  Surya S Great Grain Menu Sahur Paling Ringkas Tapi Mengenyangkan
KOOLIT Atasi Masalah Kulit

Menarik tentang KOOLIT Calming Cream:

  • Penyerapan pantas
  • Tidak berminyak
  • Antioksidan 40x lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E Semula jadi
  • Minyak zaitun memberikan kelembutan pada kulit
  • Kesan anti keradangan dan pencerahan kulit
  • Perubahan ketara dalam masa 4 minggu
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk baby
  • Kuantiti 100ml

Kalau korang nak tahu ianya juga sesuai digunakan untuk memperbaiki kulit tapak kaki yang merekah tau. Penggunaan yang konsisten dapat membantu kulit kaki dari merekah dan ianya juga melembutkan. Mamyanie akan guna sebelum tidur sapu pada tapak kaki untuk dapatkan kesan yang baik dari kulit kering dan merekah.

KOOLIT Soothing Lotion

Soothing Lotion adalah losyen serbaguna yang sesuai untuk penghidratan pantas seluruh badan, termasuk wajah. Ia diformulasikan dengan minyak biji jojoba dan ekstrak licorice yang membantu melegakan kulit yang bengkak dan gatal.

Menarik tentang KOOLIT Soothing Lotion:

  • Penyerapan pantas dalam 10 saat
  • Tidak berminyak
  • Antioksidan 40x lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E
  • Semula jadi Kesan anti keradangan dan pencerahan kulit
  • Perubahan ketara dalam masa 4 minggu
  • Sesuai untuk kulit normal hingga kering
  • Kuantiti 200ml

Ianya bukan sahaja lotion seluruh badan malah ianya juga boleh dijadikan sebagai deodorant tau dan pastikan tidak berbau dan tidak melekit. Ianya diperkayakan dengan vitamin E semulajadi.

Mana korang nak dapatkan? Senang sangat macam Mamayanie beli je secara online, sbeab musim PKP hari itu mana boleh keluarkan. Jadi beli jew secara online store, antaranya korang boleh ke Shopee , Lazada , atau Watsons. Kalau nak belian secara terus korang boleh ke Watson yang berdekatan korang.

Untuk maklumat lanjut:

KOOLIT MALAYSIA

Facebook : Koolit MY

Instagram : @koolitmy

Till Next Entry ye!!!

See also  Clarus Reyouth Produk Kecantikan Anti Penuaan

yanieyusuf.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*