
Assalamualaikum w.b.t
Khusus Buat Kulit Sihat | Kebanyakkan wanita yang mengandung pasti akan mengalami alahan, tak kira jenis alahan antaranya alahan pada kulit sama seperti Mamayanie sewaktu mengandungkan Babyfh. Pada mulanya alahan pada kulit tangan lepas itu naik pulak jerawat halus yang banyak dekat muka. Walaupun semua orang tahu itu alahan mengandung tapi malu tu tetap ada. Jenuh Mamayanie cari jalan untuk merawat terutamanya bagi kulit muka. Bekas jerawat jangan kata, habis satu muka ni. Tapi Mamayanie diperkenalkan satu produk khas untuk jadikan kulit sihat khususnya iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser Pembersih Ideal Pilihanku
Hingga kini Mamayanie menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser pembersih ideal pilihanku. Kalau korang nak tahu hampir 99% wanita bersetuju Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit. Ianya diperkenalkan oleh adik Mamayanie, pada asalnya dia perkenalkan kepada adik sorang lagi kerana masalah jerawat yang agak ketara. Kemudian Mamayanie pun cuba untuk kulit muka dan tangan Mamayanie, alhamdulillah makin hari makin baik. Mungkin orang kata sebab alahan kan tapi satu pendapat Mamayanie walaupun alahan mengandung kita perlu merawat supaya ianya tidak semakin teruk selepas bersalin nanti.
Sebelum guna Mamayanie dah cuba buat semakan dahulu antara bahan dan testimoni pelanggan yang mengamalkannya. Memang Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan produk nombor 1 yang sangat bagus untuk kulit khususnya.
Sejak 1947, Cetaphil Gentle Skin Cleanser masih mengekalkan rumusan yang telah diuji dan ianya terbukti berkesan serta digemari pengguna di seluruh dunia. Ia jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia yang sangat lembut pada kulit. Ia dirumus untuk memberikan pengalaman pembersihan yang ideal untuk semua kerana pembersih muka ni boleh membersih dan menyingkirkan kotoran tanpa merosakkan kulit, agar kulit lebih sihat dan selesa sepanjang hari. Ianya juga boleh digunakan semasa ‘double cleansing’ atau digunakkan sebagai pembersihan makeup.
Apa maksud pembersihan berganda (‘double cleansing’) ?
Pembersihan berganda bermula dengan tindakan menanggalkan bendasing berminyak yang degil seperti sebum/bahan berminyak berlebihan, mekap dan krim perlindungan matahari dengan “pembersih pertama’. Selepas kulit dicuci dengan pencucian pertama, ‘pembersih kedua’ seharusnya menyingkirkan kekotoran yang tertinggal daripada pembersih pertama tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi. Untuk hasil yang terbaik, pembersih kedua seharusnya mempunyai rumusan yang lembut yang tidak menjadikan kulit berasa tegang dan terlampau kering. Kesan sekiranya kulit terlampau kering akan boleh menjejaskan pelindung kulit.

Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Bayi
Cetaphil Gentle Skin Cleanser pembersih ideal pilihanku bukan sahaja untuk penjagaan kulit wajah malah Mamayanie juga menggunakannya buat pembersihan badan tau. Kiranya 2 dalam 1 terus, untuk kulit wajah dan badan sekali. Formulanya yang bebas sabun dan wangian telah merangkul pelbagai anugerah dari kalangan industri kecantikan dan pakar penjagaan kesihatan. Formulasinya berkesan untuk semua jenis kulit, termasuk bayi dan mereka yang berkulit sensitif agar kulit sihat dan cantik.
Bila Mamayanie pergi bercuti memang bawa Cetaphil Gentle Skin Cleanser je, mudah kan. Sebabnya Babyfh pun boleh menggunakannya. Ianya tidak berbuih tau, malah korang tidak perlu gunakan dengan banyak. Mungkin ada yang kata tak puas sebab tak ada buih kan, tapi korang silap buih tu sebenarnya boleh menyebabkan kulit kering lagi. Pembersih yang berbuih banyak biasanya mengandungi kandungan sabun dan pH yang tinggi. Ini boleh mengikis pelindung kulit semula jadi korang. Kandungan pHnya yang tinggi turut menyebabkan kulit kering dan mengelupas.

Kenapa Mamayanie sangat selesa dan memilih menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser Itu kerana:
- Jenama penjagaan kulit dermatologi no. 1 di Malaysia
- Bebas sabun dan wangian
- Sesuai untuk wajah dan badan
- Berkesan tanpa menyebabkan rengsaan kulit Formulasi seimbang-pH
- Boleh digunakan dengan air atau tanpa air
Percubaan Cetaphil Gentle Cleanser Berkesan!
Pandangan Mamayanie untuk menggunakan sesuatu produk jangan terus beli yang besar atau yang berkuantiti banyak. Beli dulu yang kecil, tengok hasilnya terhadap kulit korang tapi jangan lah korang pakai sehari dah nak tengok kesannya. hihi Macam keluarga Mamayanie, kami antara pengguna Cetaphil Gentle Cleanser, dan beli yang saiz 125ml dahulu. Sekarang baru ambil yang botol besar, tambahan pula Babyfh pun boleh guna memang kena ambil yang botol besar untuk kegunaan harian.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga memberikan pembersihan kulit secara 3 peringkat iaitu:
- BERSIH – Cetaphil Gentle Skin Cleanser menyingkirkan kotoran dan bahan minyak berlebihan daripada kulit tanpa mengikis lapisan pelindung semulajadi, maka memelihara kulit asal.
- TENANG – Dirumus untuk melembutkan kulit, setiap pencucian dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bagaikan terapi yang menenangkan dan kulit.
- SELESA – Selepas cucian, Cetaphil Gentle Skin Cleanser menjadikan kulit berasa selesa sepanjang hari.
Alhamdulillah kulit Mamayanie serasi dengan Cetaphil Gentle Cleanser, ianya rawat jerawat dan membersihkan kulit wajah dengan secara semulajadi. Dan paling penting ianya tidak mengelupaskan kulit wajah Mamayanie. Mana nak dapatkannya? Korang boleh dapatkan Cetaphil secara dalam talian atau terus ke farmasi seperti Watsons, Guardian, Caring.
Untuk maklumat lanjut:
Website: https://cetaphil.com.my
Shopee: https://shopee.com.my/cetaphil.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/cetaphil/
Till Next Entry ye!!!
satu jenama produk yang sangat baik dan selamat 🙂
Macam nak guna juga cetaphill ni.
Akak pun guna Cetaphil ni skarang. Suka kulit rasa lembut & tak kering.