Pameran Lepidoptera Insecta Perak UPSI

Assalamualaikum w.b.t

Antara Tarikan Terbaru Di Tanjung Malim | Bila orang datang Tanjung Malim, mesti akan tanya apa tarikan menarik disini. Kebiasaan Tanjung Malim dikenali dengan Pau lagend nya, iaitu PauYikMun. Katanya Pau ini telah berada dipasaran sejak dulu lagi, Mak Mamayanie pun cerita yang pau ini sejak dia anak dara dah ada. Dulu katanya kalau ke Kuala Lumpur bas akan berhenti di Tanjung Malim, sebab itu dia tahu. Tetapi sekarang banyak sangat isunya, untuk kepastian korang boleh baca INI. Tapi Mamayanie bukan nak cerita pasal tu haha.

Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim Kini Dibuka

Menjadi salah satu tarikan terbaru di Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu Muzium Zoologi yang mempamerkan Pameran Lepidoptera Insecta yang khususnya terdapat di negeri Perak. Ianya lebih memaparkan koleksi rama-rama dan kupu-kupu. Tahniah juga kepada kawan-kawan Mamayanie yang telah berjaya menyiapkan satu mini Muzium Zoologi yang menarik untuk diterokai khususnya buat anak-anak kecil.

Ehh Mamayanie datang pun teruja jugak, bukan kata anak-anak kecil je teruja. Yelah melihat keindahan dan warna -warni rama-rama dan Kupu-kupu dari ciptaan Tuhan. SubhanAllah, sangat cantik dan tak sangat terdapat banyak sangat spesimen dan spesies yang terdapat hanya di negeri Perak. Ini kalau dikira satu dunia berjuta-juta kot species yang ada.

Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim

Apa beza Rama-rama dan Kupu-kupu?

Bila Mamayanie datang muzium ini baru tahu ada beza rupanya antara Rama-rama dan Kupu-kupu. Kupu-kupu adalah sejnis serangga terbang daripda order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, iaitu telur, larva, pupa dan dewasa.

See also  Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna

Kebanyakan spesies merupakan diurnal (berjaga siang), kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu sejati (superfamili Papilionoidea), Skipper (Superfamili Hesperiodea) dan kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggal rama-rama. Fosil kupu-kupu yang terawal datang dari pertengahan zaman Eosen, iaitu 40-50 juta tahun dahulu.

Rama-rama atau dalam bahasa Inggeris nya Moth, merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada Lepidoptera juga sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik. Kebiasaan warna fizikal rama-rama lebih pudar dan kurang menarik berbanding dengan kupu-kupu ianya lebih terang dan berwarna-warni.

Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim
Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim
Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim
Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim

Banyak sangat yang Mamayanie dapat lihat jenis rama-rama yang ada. SubhanAllah sangat cantik warna dan corak yang telah dicipta oleh-NYA. Rama-rama antara hidupan yang mempunyai rupa bentuk yang sangat cantik dan indah.

Hidupan Lain Juga Ada

Di Muzium ini bukan sahaja ada pameran rama-rama, malah ada juga beberapa haiwan lain yang telah diawet oleh kawan Mamayanie sendiri tau. Korang yang pencipta haiwn jangan kecam pulak, haiwan yang diorang dapat ini yang telah mati terlebih dahulu atau dijumpai telah mati oleh orang lain. Kiranya daripada menjadi bangkai, dapat juga dilihat oleh cucu-cicit kita kelak rupa haiwan yang ada.

Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim
Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim

Mesti korang tertanya apa lagi aktiviti yang boleh dijalankan disini, selain melihat pameran dan mengenali jenis rama-rama dan haiwan. Disini juga korang boleh buat Big Key chain, Paper weight, & Fridge magnet sendiri tau. Korang akan diajar oleh pegawai yang bertugas disini cara membuat keychain dan beberapa aktiviti lain.

Apa pun Mamayanie bangga dengan kawan-kawan yang bertungkus -lumus melaksanakan Muzium Zoologi UPSI Tanjung Malim. Tahniah korang!

See also  Sabah

Untuk maklumat lanjut:

Facebook: Muzium Zoologi UPSI

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*