Assalamualaikum w.b.t

Ulangtahun Ke-2 Buat Mamayanie Dengan si Dia | Ramai lah yang hari anniversary hujung tahun kan. Yelah musim cuti sekolah yang ramai buat majlis perkahwinan..hihi Mamayanie pun baru lepas sambuta ulangtahun ke 2 buat Mamayanie dengan si dia tau. Dialah yang menjadi penganti cinta hati Mamayanie dan dia juga merupakan hero ketiga yang telah hadir dalam hidup Mamayanie. Siapa? Happy anniversary sayang!

Happy Anniversary ke2 Tahun

Siapa lagi kalau bukan Babyfh, seorang anak lelaki yang hadir dalam hidup Mamayanie. Kekasih hati ketiga yang telah hadir menjadi sebahagian dari kehidupan Mamayanie. Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan anak mama hadir dalam rahim mama pada 11.11.2017 (hari yang Mamayanie test pregnant test). Syukur bila cek dah hampir 1 bulan Babyfh berada dalam rahim kecil mama.

Happy Anniversary ke2 Tahun

Sambung coretan dari facebook status kesini pulak hihi. Fuh time ni tak tau lagi mengandung..hahaha.. Gambar ini waktu Mamayanie ada bengkel pengukuhan pasukan pejabat punya dekat Gambang Resort. Punya lah syok dapat main sakan giler game yang diorang sediakan dekat Gambang.. Memang happening giler. Lasak habis, syok dapat enjoy dengan kawan-kawan waktu tu. Tambahan kawan-kawan waktu bujang dulu, kepala diorang memang tingtong sikit hihi Terasa rindu sangat zaman bujang.

Hadirnya Dia Menjadi Penguat Diri

Sebelum itu pelik gak sebab period atau haid tak datang, ohh ingat lambat kot. Yelah Mamayanie kan ada masalah period sebelum ini. Tu yang tak kisah sangat, balik dari tu tak sampai seminggu baru gigih nak buat pregnant test.

Itu pun ada tragedi jugak, boleh pulak lepas test pagi tu pergi makan durian banyak sangat dengan kawan-kawan. Jujur time tu tak mengharap pun, tak kisah apa jadi pun. hahaha Walaupun test pagi tu positif, line 2 wei.. Tak pernah sebelum ini tengok line 2..hahaha

Happy Anniversary ke2 Tahun
Happy Anniversary ke2 Tahun

Sebab nak sangat makan durian, dah janji dengan kawan nak cari durian dalam dusun. Yelah kita bukan ada dusun, so excited bila kawan kata nak cari durian dekat dusun. Tapi dusun tu tak dapat masuk, beli je durian tepi jalan. Tak bagitau sesiapa pun, sebab perasaan itu hilang ‘mengharap’. hihi 1st yang Mamayanie bagi tahu adalah dekat kawan-kawan lepas makan durian.

Diorang terkejut beruk lah sebab Mamayanie boleh bedal banyak giler durian haha.. Hampir kena marah lah denagn diorang, lepas tu bawa pergi beli pregnant test lain. Siap nak suruh test dekat toilet pam minyak hahahaha.. Pastu Mamayanie kata tak pelah test dekat rumah je senang.

Alhamdulillah dapat kawan yang banyak sangat bagi sokongan dan terasa dijaga waktu Mamayanie mengandung. Pengalaman yang Mamayanie sendiri tak boleh nak lupa. Diorang sangat excited bila Mamayanie disahkan mengandung.. Happy sangat Allah SWT kurniakan kawan yang baik dengan Mamayanie. Bila terjadi dugaan seperti ini, baru tahu kawan yang mana berada disisi kita bila kita susah dalam menghadapi dugaan. Alhamdulillah, Allah SWT tunjukkan kawan sebenar.

Hampir 2 tahun dah Babyfh berada disamping Mamayanie bermula dari dalam rahim kecil mama, sehingga sekarang berada disisi Mamayanie. Semoga akan berkekalan hingga akhir hayat Mamayanie. Mama sentiasa doakan semoga Babyfh anak mama dilindungi dan terjaga iman dan takwa nya kepada Allah SWT. aamin…

Syukur Ya Allah, tak terkata betapa indahnya kehadiran Babyfh dalam hidup Mamayanie. Happy Anniversary ke2 Tahun Babyfh dan Mamayanie.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *