Bila Berwajah Baru Dengan Style Kaca Mata Viral!

Tak Sangka “Power” Dah Naik Rupanya Tapi Nak Style Kaca Mata Viral | Serius patutlah bila pakai spek (kaca mata) lama kekadang cepat mata merah dan pening sikit. Rupanya ”power” mata rabun dah naik. Power bukan lah kuasa ye, power yang Mamayanie maksudkan adalah tahap atau nilai kerabunan (ada ke yek ayat kerabunan haha ). Nasib baik datang buat pemeriksaan, apa lagi terus lah tukar spek.

Korang mesti pelik kan tengah bulan masih lagi sempat Mamayanie pergi buat spek, fuh semua nya bajet tu. Kebetulan Mamayanie dapat tahu ada satu kedai spek yang viral dekat Kuala Lumpur, dan alang-alang dah turun Kuala Lumpur terus lah singgah. Asalnya nak tengok-tengok dulu, tapi sebab harga spek dekat situ semua nya murah terus lah sambar. Lagi untung sangat Mamayanie ambil lens atau kanta jenis alpha Blue 420 tau. Alah yang anti silau, cahaya komputer, handphone, cahaya lampu kereta malam tu.

Kedai Kaca Mata Viral Eye Pro Vision

Kedai Style Kaca Mata Viral Eye Pro Vision

Korang mesti dah kenal kan dengan Kedai Kaca Mata Viral Eye Pro Vision, Mamayanie tak perlu nak bagitahu dah cuma Mamayanie nak korang tahu kenapa ramai orang pilih Eye Pro Vision. Ianya biasa terkenal dengan Style Kaca Mata Viral Eye Pro Vision.

Kelebihan Kedai Style Kaca Mata Viral Eye Pro Vision bukan sahaja harga yang memang sangat-sangat murah dan produk dia berkualiti tau, yang penting layanan dari staff Kedai Kaca Mata Viral Eye Pro Vision memang sangat tiptop terbaik. Layanan dan perkhidmatan staff dekat situ walaupun kedai sibuk mana tetap professional. Malah staff mereka mahir dalam bidang kanta ini. Terima kasih William sanggup layan kerenah Mamayanie pastu banyak lak tanya kan hihi..

See also  [Hotel Review] E-Red Hotel Bajet Tapi Lengkap
Kedai Kaca Mata Viral Eye Pro Vision
Bersama William

Mamayanie lama tak tukar spek sebab dulu Mamayanie beli spek harga paling murah boleh dapat adalah RM500 ++ tau untuk kanta yang berkualiti. Mata Mamayanie ada silau, jadi kalau pakai jenis kanta biasa memang tak selesa. Nak memandu waktu malam lagilah tak berapa nampak sebab cahaya dari lampu kenderaan lain.

Servis Baik Dan Professional

Apa yang mengejutkan Mamayanie bila mereka tawarkan untuk ambil kanta yang jenis alpha Blue 420 dengan hanya tambah RM60 jew. Mamayanie siap tanya apa keistimewaan kanta tu, William siap terangkan dengan penuh terperinci dan siap buat demo tau kenapa kanta itu lebih bagus. Maaflah ye William, Mamayanie memang banyak tanya sikit kalau tak paham hihi Tapi diorang tetap layan kerenah Mamayanie. hihi

Kedai Kaca Mata Viral Eye Pro Vision

Berkualiti Dan Pelbagai Koleksi Style Kaca Mata Viral

Style bingkai spek pun diorang siap pilihkan tau, diorang tahu kalau kita yang bertudung ini mesti nak spek yang bila pakai muka kita masih nampak acah-acah kurus kan. Haha. Tapi betul, Mamayanie siap buat servey dekat facebook mana pilihan bingkai spek yang sesuai dengan wajah Mamayanie. Dan hampir 90% kata pilihan sama dengan pilihan dari staff Kedai Kaca Mata Viral Eye Pro Vision tau.

Sanggup Mamayanie datang jauh-jauh buat spek kan dan yang pastinya Mamayanie dah buat servey diorang boleh siapkan spek dalam tempoh 1jam tau. Waktu Mamayanie nya tak sampai pun 1jam dah siap. Sempat sambar shopping 1 seluar jew (alah tak puas pusing shopping haha) dah diorang bagitahu spek dah siap.

Bagi Mamayanie kalau korang datang dari jauh pun nak buat spek dekat sini pun tiada masalah. Kalau power mata korang setakat 300 kebawah tiada masalah untuk siap dalam masa 1jam.

See also  Shopping Keperluan Raya Murah Secara Online

Insya-Allah akan datang Mamayanie nak buat sunglases pulak. Sebelum itu korang layan dulu video yang Mamayanie dah siapkan dan jangan lupa subscribe channel YouTube Mamayanie ye. hihi

Untuk maklumat lanjut Eye Pro Vision

Alamat: G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11.00 pagi- 9.00 malam

Facebook: EyeProVisionViral

yanieyusuf.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*