Assalamualaikum w.b.t

Majlis Pembukaan Cawangan Baru Marrybrown | Tahniah Marrybrown yang merupakan syarikat rangkaian makanan segera halal pertama Malaysia kerana telah membuka lagi satu cawangannya di Caltex Sungai Choh Rawang. Kalau korang nak tahu Mamayanie sewaktu kecil memang suka pergi Marrybrown, waktu tu di cawangan Shahab Perdana Alor Setar. Dan trademark untuk Marrybrown ini adalah buaian dalam restoran. Sebab itu Mamayanie suka pergi Marrybrown hihi

Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang

Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang

Pembukaan Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang merupakan pembukaan cawangan atau outlet pertama Marrybrown di Rawang Selangor. Ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Dato’ Joshua Liew dengan kerjasama syarikat minyak Caltex Malaysia.

Menurut Dato’ Joshua, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Caltex Malaysia untuk membuka outlet pertama Marrybrown di Rawang. Selain itu, kami berharap dapat memberikan pengalaman menarik kepada pelanggan untuk mengisi minyak kenderaan di sini sambil menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan di Marrybrown,” katanya.

Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang
Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang

Majlis pembukaan cawangan terbaru Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang ini disambut dengan penuh meriah disertakan persembahan menarik dari staff Marrybrown dan tarian naga.

Menu Menarik Dan Suasana Santai

Bagi korang yang tinggal berdekatan ini lah masanya korang untuk rasai sendiri keenakkan makanan segera dari Marrybrown. Ianya menawarkan makanan seperti Ayam goreng ( ayam dia sedap tau), burger, ada juga nasi lemak dan antara menu terbarunya adalah Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat, Bubur Pedas dan Durian Bite. Durian Bite itu agak menarik kan, fuh Mamayanie kena datang lagi ini untuk rasa pula Durian Bite.

Marrybrown Caltex Sungai Choh Rawang

Selain makanan yang sedap dan lokasi pembukaan yang strategik sambil korang isi minyak boleh singgah beli makanan secara takeaway, korang juga boleh lepak santai disini tau. Yang pasti buaian yang menajdi trademark Marrybrown masih ada tau hihi Terdapat jua Marryland, satu sudut untuk permainan kanak-kanak. Sambil makayah makan anak-anak boleh pergi main tapi pastikan korang pantau ok.

Hadiah Buat Pelanggan

Sempena pembukaan cawangan Marrybrown di Caltex Sungai Choh Rawang, mereka nak bagi hadiah buat 100 orang terawal (dengan mana-mana pembelian Marrybrown menu dan terhad kepada satu tebusan) iaitu:

  • 15 Ogos 2019 (Khamis) Free*Nasi Marrybrown
  • 16 Ogos 2019 (Jumaat) Free* Chicken Burger
  • 17 Ogos 2019 (Sabtu) Free*One-Piece MB Crispy Chicken

Waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 10.00 pagi -sehingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut:

Facebook : MarrybrownMalaysia

Instagram : Marrybrownmy

Youtube : MarrybrownTV

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *