Assalamualaikum w.b.t
Hidangan Sehangat Kasih Ibu | Bila sahur je Mamayanie akan teringat menu paling mudah Mak Mamayanie sediakan iaitu telur dadar dengan kicap. Siapa yang menu sahur dia sama? Hihi Walaupun menu paling ringkas tapi bila Mak yang buat nikmat dan rasa kenyang dia lain macam. Hihi
Bila Mamayanie duduk sendiri, nak masak pagi-pagi untuk sahur rasa cam tak berbaloi sangat sebab Mamayanie seorang je yang makan kan. Tambahan Babyfh je macam tau jew mama dia nak bangun dia turut nak bangun. Kalau dia dah bangun, susah sikit Mamayanie nak buat kerja kat dapur. Karang bukan dapat telur dadar biasa tapi yang telur dadar hangit pulak.
Tapi Mamayanie jumpa satu produk yang boleh mengenyangkan seharian sepanjang kita berpuasa seharian di siang hari. Makanan berkhasiat yang ringkas disediakan tapi penuh dengan rasa yang hebat, Surya S Great Grain.
Surya S Great Grain
Tak puas rasanya kalau Mamayanie tak kongsikan dengan korang apa itu Surya S Great Grain. Mamayanie sebenarnya pun tak pernah tahu tentang produk ni tapi baru-baru ini ramai kawan Mamayanie yang kongsikan diorang amalkan Surya S Great Grain untuk menu sahur. Apa lagi bila baca tentang Surya S Great Grain serius menarik sebab ianya mengandungi 18 jenis bijirin dengan 5 bahan semulajadi yang istimewa sebagai minuman bijirin segera untuk dinikmati. Yang penting ianya kaya dengan rasa yang hebat dan tinggi protein.
Surya S Great Grain mengandungi bahan semulajadi yang istimewa (makanan Sunnah) terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin & Madu dan 18 jenis Bijirin seperti beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut.
Menu Diet Ketika Bulan Puasa
Surya S Great Grain juga sangat sesuai untuk korang yang ingin kurangkan berat badan secara sihat. Ia mampu memberikan korang rasa yang kenyang dengan kuantiti yang sederhana dalam pemakanan. Kalau korang kenal Mamayanie dari dulu korang akan perasan perubahan dari segi bentuk badan kan. Alhamdulillah Mamayanie telah turun berat badan dari 84 kg dulu sebelum mengandung dan sekarang lepas bersalin dan amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat, berat badan Mamayanie sekarang dah 65 kg.
Bila kita dah turun hampir 20 kg ini, sayang kalau kita tak jaga. Jadi Mamayanie masih lagi cuba untuk kekalkan gaya hidup sihat dan kalau boleh nak turunkan berat badan lagi mengikut BMI yang sesuai. Dalam bulan puasa, jujurlah Mamayanie bagitahu korang memang susah nak turunkan berat badan sebab apa bila berbuka rambang mata nak makan tak hinggat dunia dah. Bila perut dah kenyang, tak sempat hadam sudah nak tidur pulak.
Jadinya Mamayanie kawal pemakanan dengan cara sahur ambil segelas Surya S Great Grain campur satu sudu susu kambing dan 2 gelas air kosong. Kalau tak campur dengan susu pun boleh sebab rasanya memang dah enak, berkrim dan cukup untuk memberi tenaga buat korang sepanjang siang hari. Kenyang dari awal subuh dan bila berbuka korang tak adalah rasa nak makan terlampau banyak sebab kelaparan sangat. Petang Mamayanie masih lagi bertenaga untuk bersenam dalam 1-1.30 jam. Ini cara Mamayanie korang juga boleh olah cara pemakanan korang supaya tidak berlebihan sehingga menyebabkan sistem penghadaman korang terganggu.
Jadi apa tunggu lagi, masih ada seminggu berpuasa ini untuk korang cuba Surya S Great Grain. Dan ianya juga boleh korang amalkan sewaktu sarapan pagi selepas puasa nanti. Mana nak dapatkan? Mudah sangat Surya S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee.
Untuk maklumat lanjut:
Surya S Great Grain
Facebook: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/surya.malaysia/
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply