Assalamulaikum w.b.t

Sahabat Baik Ibu, Teman Hebat Anak | Yang lepas Mamayanie ada kongsikan mengenai Surya S Great Grain menu sahur paling ringkas tapi mengenyangkan dan kali ini Mamayanie nak kongsikan dengan korang satu resepi yang akan jadikan ianya sahabat baik ibu dan teman hebat anak korang hihi. Resepi yang cukup berkhasiat bukan sahaja untuk anak-anak tetapi orang dewasa pun boleh makan tau.

Apa Itu Surya S Great Grain

Surya S Great Grain diformulasi daripada kombinasi 18 jenis bijirin dengan 5 bahan semulajadi yang istimewa (makanan sunnah) sebagai minuman pelbagai bijirin segera untuk semua menikmatinya. Ianya mudah disediakan dan sesuai dihidangkan ketika suam serta dinikmti bersama keluarga dan kawan-kawan. Ianya juga bagus untuk hidangan ketika sarapan pagi mahupun untuk menu bersahur korang tau.

Resepi Penkek Surya S Great Grain

Bahan yang terkandung dalam Surya S Great Grain dan Kebaikan Kepada Badan Kita

  • Healthier Skin- Habbatus Sauda, Buah Zaitun & Buah Delima
  • Respiratory – Madu
  • Better Digestion – Buah Ara (Tin)
  • Jantung – Beras Merah, Kacang Merah.
  • Hati – Kacang Hijau, Kacang.
  • Paru-paru – Benih Coix, Biji Bunga Teratai, Biji Rami.
  • Perut – Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Sekoi.
  • Buah Pingang – Bijan Hitam, Kacang Walnut, Kacang Aprikot, Kacang Hitam, Benih Chia, Beras Pulut.

Kelebihan 18 Jenis Bijirin dan 5 Bahan Istimewa

  • Sumber serabut diet
  • Membantu pengurusan berat badan yang sihat
  • Membantu mengawal keseimbangan glukosa darah
  • Menggalakkan kesihatan sistem pencernaan
  • Sumber antioksidan
  • Membantu meningkatkan imuniti
  • Membantu melindungi kesihatan jantung
  • Membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Resepi Penkek Surya S Great Grain

Korang dah baca kan perkongsian ringkas Mamayanie mengenai kelebihan yang ada pada bahan yang terkandung dalam Surya S Great Grain ini. Jadi korang tidak perlu risau untuk anak-anak mendapatkan kelebihan yang terkandung dalam bijirin dan bahan sunnah tersebut.

Kalau korang nak bagi anak-anak makan satu per satu bijirin dan makanan sunnah macam itu je, Mamayanie rasa memang tak luak lah. Sebab orang dewasa pun belum tentu akan habiskan makan makanan tambahan macam tu. Jadi dengan cara olah semula hidangan ini, korang boleh menarik minat anak-anak makan makanan yang sihat.

Resepi Penkek Surya S Great Grain

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 Pek Surya S Great Grain
  • Tepung gandum
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Gula
  • 1 Biji Telur
  • 1-2 Cawan Susu Penuh Cream / Low Fat
Resepi Penkek Surya S Great Grain

Cara-cara Penyediaan:

  • Masukkan 1 pek Surya S Great Grain kedalam bekas yang berisi tepung gamdun
  • Masukkan sedikit garam, gula (gula sedikit sahaja atau tak perlu pun tak pe, sebab dah cukup rasa manis nya)
  • Masukkan pula 1 biji telur
  • Gaulkan dan masukkan susu cream sedikit demi sedikit (sambil digaul sehingga sebati)
  • Jika ingin cair sedikit masukkan air suam sedikit ke dalam adunan
  • Sedia untuk dibakar atas pan dengan api sederhana.
  • Siap !
Resepi Penkek Surya S Great Grain
Resepi Penkek Surya S Great Grain

Penkek ini korang boleh makan macam itu sahaja atau korang boleh makan dengan coklat atau madu. Terpulang pada citarasa korang dan anak-anak tau. Macam Mamayanie sedap ler kalau makan dengan coklat haha

Untuk maklumat lanjut:

Surya S Great Grain

Facebook: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/surya.malaysia/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *