Cantik Di Pagi Raya Bersama MBH Medispa

Assalamualaikum w.b.t

Nak Cantik Di Pagi Raya ? | Lagi 3 hari, insya-Allah seluruh Umat Islam bakal menyambut Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan kemaafan dan keindahan. Pasti ada yang dah buat persiapan Raya kan walaupun belum masuk Ramadhan hihi. Sama juga macam Mamayanie, ada beberapa persiapan dah Mamayanie siapkan khususnya untuk Babyfh. Untuk Mamayanie pun tak ketinggalan tau, baru minggu lepas Mamayanie buat facial di MBH Medispa.

MBH Medispa Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

MBH Medispa Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Bulan lepas Mamayanie ada kongsikan dengan korang kan pasal MBH Medispa buat promosi kaw kaw murah untuk Raya tahun ini. Mamayanie memang tak lepas kan peluang lah untuk bersama kempen MBH Medispa iaitu ‘Raya Semua Baru‘. Sanggup ini Mamayanie ambil cuti hari Selasa yang lepas, senang buat waktu hari kerja sebab nak hantar Babyfh ke taska. Tapi sebenarnya Mamayanie tak nak berebut slot facial dengan orang lain haha Kira macam hari reward untuk diri sendiri lah gitu.

Korang kalau nak buat facial atau sebarang rawatan di MBH Medispa perlu buat tempahan dulu tau, bukan apa setiap waktu dan slot pasti ada je pelanggan yang dah buat tempahan. Tambahan pula pihak MBH Medispa lancarkan kempen ‘Raya Semua Baru’ ni yang menawarkan pelbagai pakej rawatan yang murah dan berbaloi sangat untuk semua. Tempatnya pun cantik dan tenang jew bila masuk.

Penampilan diri dan wajah kena jugak jaga kan, bukan kata untuk mamasingle je, malah korang semua tak kira lelaki atau wanita, apa jua status korang juga perlu jaga penampilan diri khususnya wajah. Bukan suruh buat rawatan muka ‘botox’ bagai, cukup sekadar nampak bersih kulit wajah.

See also  Raya Semua Baru Dengan MBH Medispa

Crystal Clear Treatment MBH Medispa

Banyak sangat Mamayanie membebal kat atas tu kan. Ok sebanarnya nak kongsikan dengan korang pengalaman Mamayanie buat rawatan muka di MBH Medispa. Mamayanie buat temujanji dalam jam 3.00 petang di MBH Medispa Ampang. Kenapa pilih Ampang? Sebab ianya mudah untuk Mamayanie cari parking dan area situ Mamayanie agak familiar jalannya.

Sampai sahaja, disambut oleh staf Medispa Ampang dengan penuh senyuman dan diorang dapat agak Mamayanie yang buat temujanji tu. Kiranya diorang dah ready tunggu Mamayanie tau. Masuk sahaja Mamayanie terus ke kaunter untuk isikan butiran dalam borang dan selesai Mamayanie terus dibawa ke bilik consultant. Disini kulit wajah Mamayanie di check terlebih dahulu untuk melihat keadaan kulit wajah samada jenis berminyak ke, atau ada jeragat, jerawat dan sebagainya lebih terperinci menggunakan alat yang disediakan.

MBH Medispa Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Yang best dekat MBH Medispa ni diorang akan check dulu tau jenis dan kenalpasti masalah kulit kita. Tu sebab Mamayanie pilih MBH medispa, walaupun jauh tapi puas hati. Tak sangka rupanya kulit Mamayanie jenis berminyak dan ada lah jeragat sket yang belah kiri ni sampai kedalam. Nampak macam clear je muka ni haha. Jadi staf MBH Medispa Ampang syorkan untuk buat rawatan muka Crystal Clear dulu.

MBH Medispa Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Apa itu rawatan Crystal Clear? Ianya merupakan rawatan untuk membersihkan muka dan membuang kotoran daki secara menyeluruh dengan menggunakan gel crystal. Sesuai untuk kulit wajah yang normal, yang tidak mengalami masalah jerawat yang kritikal, radang kulit, kulit luka, kulit terbakar dan kulit sensetif.

Kelebihan rawatan Crystal Clear adalah:

  • Khusus untuk membuang daki/kotoran pada kulit
  • Meyingkirkan kulit mati dengan penggunaan mikrodermabrasi
  • Membantu pemutihan kulit
  • Kulit halus, lembut dan kelihatan segar selepas rawatan
  • Tiada downtime selepas rawatan

Rawatan pertama yang dilakukan adalah membersihkan solekan menggunakan makeup removal dan mencuci dengan menggunakan MBH Facial Cleanser. Kulit wajah korang akan rasa selesa sangat dan segar. Tu belum lagi rawatan seterusnya tau, ini pun korang dapat rasa segar kulit.

Kemudian proses mikrodermbrasi menggunakan alat yang khas untuk menyingkirkan sel kulit mati. Selesai itu, barulah proses cyrstal dijalankan. Ianya menggunakan cyrstal mask yang berbentuk gel disapu kan seluruh kulit wajah dan dibiarkan selama 3minit sebelum proses membersihkan kotoran dan menanggalkan daki yang ada pada kulit wajah.

MBH Medispa Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Kalau korang perasan gambar diatas bahagian dahi dalam proses menanggalkan daki, Gel Crystal asalnya berwarna gold jernih akan bertukar warna hitam kerana ianya telah menarik daki atau kekotoran yang terdapat pada kulit wajah. Untuk tengok videonya korang boleh lihat dekat instagram yanieyusuf.

Selepas proses mengeluarkan daki atau kekotoran, akan disapu MBH Soothing lotion dan MBH UV Sunscreen SPF50+. Ianya penting bagi membantu lagi melembutkan dan melindungi kulit wajah dari sinaran matahari selepas korang selesai membuat rawatan.

MBH Medispa Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Gambar diatas adalah wajah selepas Mamayanie selesai membuat rawatan Cyrstal Clear. Wajah tanpa bedak yang menutup wajah kulit, lebih bersih dan korang akan rasa kesegaran pada kulit wajah tau.

Apa pun serius Mamayanie puas hati dan kulit lebih bersih dan segar. Terima kasih MBH Medispa membantu mencantikkan kulit wajah dan buat treatment terbaik untuk Mamayanie ye. Sebelum raya Mamayanie datang lagi. Insya-Allah. Korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai rawatan di MBH Medispa dengan menawarkan koleksi raya terbaru, pakej raya 2019 dan MBH loyalty Program untuk semua pelanggan MBH Medispa.

Untuk maklumat lanjut:

Website : www.mbhmedispa.com

MBH Medispa:

MBH Medispa Ampang: @mbh_medispa.ampang/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

See also  Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*