Raya Semua Baru Dengan MBH Medispa

Assalamulaikum w.b.t

Ramadhan Bakal Tiba | Sekejap jew Mamayanie rasa waktu dan hari bersilih ganti, sekarang dah masuk bulan April. Tak lama lagi seluruh Umat Islam bakal melalui bulan yang sangat indah iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Adakah sampai kita bernafas untuk melalui Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, semoga kita semua dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang sihat. Bila Ramadhan bakal tiba, pasti usahawan pakaian, makanan dan macam-macam lagi akan buat segala perancangan jualan murah dan promosi. Begitu juga MBH Medispa yang telah lancarkan Koleksi dan Promosi Raya untuk pelanggan setia meraka.

Raya Semua Baru 2019

Promosi Raya Semua Baru 2019 Bersama MBH Group

Tahun ini satu pengalaman baru yang bakal Mamayanie lalui dan akan menjadi titik permulaan jalani Ramadhan dan Syawal sebagai seorang Ibu Tunggal. Perasaan sedih tu tetap ada kerana hampir 7 tahun Mamayanie beraya dengan pasangan hidup. Tapi tahun ini pasangan Mamayanie untuk raya berganti lebih indah iaitu dengan kehadiran Babyfh. Macam berganti pulak kan, tapi itulah yang terbaik telah Allah SWT tetapkan dan pastinya Mamayanie sangat ‘excited‘ tau nak beraya dengan Babyfh. Yeahh!! Sesuai sangat tema MBH Medispa iaitu ”Raya semua baru 2019” tau untuk Mamayanie.

Dengan tema ”Raya Semua Baru”, MBH Group telah lancarkan kempen istimewa sempena menjelangnya Raya tahun 2019 ini. Satu kelainan dalam promosi tahun ini tau kerana ianya menggabungkan keempat-empat anak syarikat iaitu MBH Medispa, MBH Hair care, MBH Body Theory dan Dermaklair dalam satu promosi pakej penjagaan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

See also  SUPERBYTES Petua Membantu Tingkatkan Susu Badan Ibu

Cakap pasal raya je, pasti sibuk masing-masing nak cantik, nak kurus, nak vogue dipagi raya kan. Jadi bukan baju dan perhiasan diri je perlu baru dan cantik, malah kecantikkan diri juga perlu dititik beratkan. Tak perlu korang risau kerana untuk wajah yang cantik bersih berseri dan badan yang langsing, MBH Group akan membantu korang.

Raya Dengan Hanya RM 199 Sahaja?

Raya Semua Baru 2019

Pakej promosi yang sangat murah dan berbaloi yang merangkumi rawatan dan produk untuk kulit wajah, rambut dan juga pelansingan badan yang disediakan. Untuk kempen raya tahun ini MBH Group julung kalinya menawarkan koleksi raya terbaru, pakej raya 2019 dan MBH loyalty Program.

Apa hanya RM199? Yup betul tu korang hanya RM199 pakej untuk rawatan rambut, rawatan wajah dan rawatan badan tau. Malah produk dari Dermaklair juga membuat promo istimewa hanya RM199 set yang terpilih.
Dengan pelancaran koleksi dan pakej raya hanya RM199, akan memberi satu peluang buat pelanggan tampil cantik dipagi raya nanti.

https://www.facebook.com/mbhmedispa1/videos/411836806311224/?v=411836806311224

Kempen ‘Raya Semua Baru’ ini akan telah berlangsung bermula 1 April sehingga 31 Mei 2019. ”Sambutan yang ditunjukkan para pelanggan amat menggalakkan”, kata Puan Yaya Mohammad selaku Pengarah Urusan Moha Group Sdn. Bhd.

Rawatan Wajah

Ini part paling Mamayanie teruja sebab koleksi rawatan terbaru yang mereka sediakan sangat menarik dan harga yang murah berbaloi tau. Koleksi raya rawatan kulit wajah terbaru dari MBH Medispa iaitu :

  • Salmon DNA Booster Treatment,
  • Pinkish Cheek KPOP,
  • Crystal Clear Treatment, dan
  • Vitamin C Whetining Infusion.

Rawatan Badan dan Rawatan Rambut Istimewa

Bagi koleksi raya bukan sahaja untuk rawatan wajah, malah rawatan untuk pelansingan badan dan rambut juga dijalankan khas untuk korang supaya dipagi raya kelihatan semuanya baru.

  • Rawatan Staright Loss Shell – ditawarkan dengan harga yang sangat murah bagi mencantikkan bentuk badan.
  • Hair Growth Booster Laser – untuk rawatan rambut
See also  Amar Baharin Dengan Kurta Anta AmjifaExclusive‬

Produk Terbaru Dari Dermaklair

Dermaklair juga turut melancarkan set raya 2019 iaitu

  • Set Sensitive Skincare
  • Whitening Tablet
  • UV tinted PRO
  • Let It Melt
  • Burn It Fast 
Raya Semua Baru 2019

 UV tinted PRO
Cell Activator Facial Mask
Set kurus detox badan Let It Melt  & Burn It Fast

Set kurus detox badan LemonXtra,Let It Melt  & Burn It Fast
Raya Semua Baru 2019

Mamayanie teruja sangat nak mencuba rawatan Pinkish Cheek KPOP tu tau, ianya memerahkan pipi seperti teknik sulam bedak tau. Kata nak raya semua baru 2019, jadi korang akan nampak pipi merah pink secara semulajadi tanpa perlu tempek blusher tebal dekat pipi. Sewaktu perlancaran hari itu, teruja betul Mamayanie sebab bila diumumkan harga yang ditawarkan sangat lah berbaloi. Nak cantik kan waktu raya? ha kena lah datang cepat-cepat MBH Medispa yang berhampiran korang. hihih

Terdapat 18 cawangan MBH Group diseluruh Malaysia, antaranya di

  • Selangor- Bangi, Kota Damansara, Shah Alam,
  • Kuala Lumpur- Ampang, Wangsa Maju, Cheras,
  • Perak- Ipoh,
  • Pahang- Kuantan, Temerloh , Pulau Pinang,
  • Kedah – Sungai Petani,
  • Johor- Johor Bahru, Segamat, Tebrau Johor, Batu Pahat, Kluang,
  • Negeri Sembilan,
  • Melaka.

MBH Loyalty Program

Bagi menghargai pelanggan setia, pihak MBH Group juga telah melancarkan satu program Loyalty yang merangkumi aktiviti-aktivi menarik sepanjang keahlian. Selain itu, pelanggan setia juga akan menerima ‘loyalty point’, diskaun, rawatan percuma dan kad keahlian bertujuan untuk menghargai dan mengembiraankan pelanggan setia MBH.

Bila korang daftar sebagai ahli sahaj korang akan menerima set travel, dan pelbagai voucher menarik untuk setiap keahlian. Memang sangat menarik dan ianya salah satu usaha pihak MBH merapatkan lagi ukhuwah antara pelanggan setia.

Tak sabar pulak Mamayanie nak jalani rawatan di MBH Group tak lama lagi. Dah lama Mamayanie nak buat rawatan di MBH Medispa, lagipun mereka berpengalaman dalam bidang kecantikkan ini hampir 10 tahun tau. Malah diusahakan oleh bumiputera. Jangan lepaskan peluang kempen ‘Raya Semua Baru 2019’ tau, promosi yang sangat berbaloi untuk korang menjaga kecantikkan dari hujung rambut sehingga kaki.

See also  Sinopsis Telefilem Travelling Beruang

Untuk maklumat lanjut:

Website : www.mbhmedispa.com

MBH Medispa: FB @MBH Medispa | IG
@mbh_medispa

MBH Haircare: FB @MBH Haircare Malaysia | IG
@mbh.haircare_malaysia

MBH Body Theory: FB MBH Body Theory |IG
@mbhbodythroryhq

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*