
Pengasas JamuMall Khairul Nizam Tiada Alasan Untuk Berjaya | Mamayanie tertarik dengan satu video yang memaparkan usaha seorang yang bergelar kurang upaya tapi telah berjaya membina kerjayanya. Tapi kita yang cukup sifat adakah kita telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya dalam hidup ??

Tersentuh Hati Luahan Dari Pengasas JamuMall Khairul Nizam
Mamayanie tersentuh hati luahan dari Pengasas JamuMall Khairul Nizam yang dikongsikan. Yup Mamayanie pernah rasa ”down” sangat dengan apa yang terjadi dalam kehidupan Mamayanie. Kelam rasanya kehidupan tapi Allah SWT memberikan satu rahmat, kekuatan dan pemangkin semangat untuk Mamayanie terus berjuang dalam kehidupan demi membesarkan anak Mamayanie, Babyfh. Alhamdulillah, video ini juga memberi satu semangat untuk Mamayanie dalam meneruskan kehidupan berdua bersama Babyfh.
Ingat jika kita rasa susah pasti ada lagi susah, jika kita rasa berat ujian yang diterima, pasti ada lagi berat ujian yang orang lain terima. Tiada yang mustahil dan tiada yang tidak mampu untuk kita meneruskan kehidupan dalam menghadapi cabaran dan dugaan, kerana Mamayanie yakin Allah SWT tahu yang terbaik buat hamba-NYA dan kemampuan kita dalam menghadapi dugaan kehidupan.

Video Luahan Hati Pengasas JamuMall, Khairul Nizam
Luahan di facebook beliau sangat terkesan….
” Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku betsyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat Jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com, aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung keluarga dan bersedekah setiap hari.
Bukan nak riak … tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sana nak jadi macam aku , nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan keluarga mereka macam aku .. tapi adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku …
Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika aku rasa sangat terkesan bila ade ketika bilea aku haus , lapar , penat , takada orang disisi .. Tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah SWT beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat ..
Tiada Alasan
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain …

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran !!
Ramai cuba memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun. Ini semua atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit pada mak dan ayah, family pun tak mampu … Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka …
Pengasas JamuMall Khairul Nizam Mula Bangkit Untuk Berjaya
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-sia kan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan , senyuman ramai orang-orang disekeliling aku ..



Kini aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.
Dan semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan??. Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kita je mampu ubah diri kita!! ”
Moga kita sama-sama dapat jadikan ianya semangat dan terus berusaha dalam apa jua yang kita hadapi. Sangat tersentuh hati luahan dari Pengasas JamuMall Khairul Nizam yang boleh korang jadikan pembakar semangat untuk teruskan kehidupan, Insya-Allah.
Korang Boleh follow Khairul Nizam
Facebook : khairulnizamofficial
Page Facebook : Jamumallcom
Instagram: @hyekhairul/
Leave a Reply