Wajah Lebih Berseri Selepas Bersalin

Assalamualaikum w.b.t

Makin Awek Muda ?| Lepas bersalin selalu sangat orang akan sibuk pikir macam mana nak kuruskan badan, sama lah macam Mamayanie. Rancang macam-macam program untuk kurangkan berat badan. Tapi korang perlu seimbangkan juga dengan penjagaan kulit wajah untuk kelihatan makin awek muda tau. Nak jugak muka nampak berseri dan ala-ala awek muda lepas bersalin kan, nasib baik ada Vitamin C Serum Annona.

Ada rupa Mama anak seorang yang hot tak? haha Almaklumlah nak gaya macam Nora Danish dulu atau Rita Rudaini, walaupun dah jadi mama masih boleh hot kan. Mamayanie ada kongsikan dengan korang dalam entry sebelum ini tentang kelebihan Vitamin C Serum untuk kulit wajah. Serius Mamayanie nak syorkan dengan korang untuk cuba sendiri serum ini dengan khasiat 10x Vitamin C tau.

Vitamin C Serum Annona

Pengambilan Vitamin C Serum Tanpa Suntikan?

Vitamin C Serum Annona bukan sekadar serum biasa, ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan paling utama ianya mempunyai 10x ganda Vitamin C. Tanpa perlukan suntikan untuk kelihatan lebih berseri tau, tambahan lepas bersalin Mamayanie kulit wajah agak kusam dan sembab muka.

Sekarang Mamayanie dah tak perlu runsing bila tengok wajah di cermin kerana wajah lebih berseri dengan Vitamin C Serum Annona. Hampir nak masuk 2 minggu dah Mamayanie gunakan dan alhamdulillah sangat puas hati. Jeragat dan parut jerawat makin pudar, kulit pun makin berseri segar semula.

Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin C Serum Annona

Vitamin C Serum Annona

Dengan kekuatan 10x Vitamin C, ia mengandungi vitamin C, glutathione, Hyaluronic Asid, ekstrak akar Peony, pati buah Delima, ekstrak akar Skullcap, ekstrak sitrus berpotensi tinggi dan ekstrak daun Saxifraga.

See also  Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Ramadan

Serum ini membantu dalam memperbaiki struktur kulit dengan lebih cepat. Malah ianya juga membantu untuk tanggalkan sel kulit mati serta membantu kulit lebih sihat bermaya (sesuai untuk masalah jeragat, sun burn atau kulit kusam).

Vitamin C Serum Annona
Vitamin C Serum Annona

Ianya mempunyai 2 jenis packaging iaitu 5ml yang sesuai untuk pengguna baru dan dibawa travel, serta 15ml dengan harga yang berpatutan. Harga pasaran:

  • RM 39 (5ml)
  • RM 90 (15ml)

Cara-cara Penggunaan

Mamyanie akan gunakan serum ini 2 kali sehari tau. Setiap pagi selepas mandi dan malam pula sebelum tidur. Kalau korang gunakan pada waktu malam, bangun pagi esoknya akan rasa kulit lebih lembut dan tak kusam. Nak wajah lebih berseri dengan Vitamin C Serum Annona korang perlu gunakan secara konsisten.

  1. Cuci dulu muka dengan pencuci muka (Annona pun ada cleanser tau)
  2. Titis 1-2 titis Vitamin C Serum ke jari yang bersih.
  3. Sapu secara sekata di kawasan yang bermasalah.
  4. Selebihnya terus ratakan satu muka dan dap-dap kan.
Wajah Lebih Berseri Dengan Vitamin C Serum Annona

Tak lama dah bulan Ramadhan nak tiba, kalau kira-kira lebih kurang dua (2) bulan lagi. Kalau nak kurangkan berat badan perlu kan masa begitu juga dengan merawat kulit wajah tau. Jangan tunggu esok nak raya baru sibuk nak pakai serum bagai. hihi Mamayanie berpuas hati dengan hasil kulit wajah dengan penggunaan serum ini.

Untuk maklumat lanjut:

Website : https://vitamincseries.com

Instagram : https://instagram.com/vcs_annona

Facebook : https://www.facebook.com/VCSAnnona

HOTLINE : 010-8424243 

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com


2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*