Assalamualaikum w.b.t

2 Tahun Sudah Berlalu |Pejam celik sudah 2 tahun arwah tingalkan kami, terasa baru semalam arwah pergi. Terlalu rindu dekat arwah sehingga setiap kali mendoakan dan pandang Babyfh mesti teringat sangat dekat arwah. Tapi yang hidup pasti akan mati, begitu jua dengan hamba Allah SWT. Diberikan nyawa untuk menikmati hidup dunia dan mencari redha akhirat, tiba waktunya akan diambil semula nyawa untuk kembali kepada Pencipta.

Akhirnya Lahir Zuriat Ku

Tarikh 2 Mac akan menjadi tarikh yang tidak akan Mamayanie lupakan, tarikh dimana akhirnya mata Mamayanie melihat arwah dibumi ini. Teringat kata-kata arwah teringin sangat nak tengok zuriat dari darah daging Mamayanie. Katanya walaupun seorang dia teringin nak tengok, kalau arwah masih hidup. Mesti dia antara yang seronok kan, akhirnya doa dan kata-kata Abah termakbul, ”Abah, Ani dah ada zuriat, Babyfh peneman Ani”.

Terlalu Rindu Walaupun Setelah 2 Tahun Berlalu

Terlalu rindu walaupun setelah 2 tahun berlalu terasa masih baru kehilangan arwah. Terlalu banyak perkara yang nak dikongsikan bersama. Nukilan buat arwah Abah:

”Abah, banyak yang Ani nak cerita dengan Abah tau. Anak Ani sabtu ini genap 8 ulan dah Abah. Dia (Babyfh) dah pandai merangkak, memanjat dan dia sangat suka membebel. Dan sekarang dia dah ada gigi nak masuk 4 batang tau.

Walaupun dia suka membebel tapi dia jadikan hari-hari Ani penuh bermakna dan happy sangat. Dia sentiasa jadi bayang-bayang dalam hidup Ani, walaupun kekadang susah Ani nak buat kerja sebab dia tak nak main sorang. hihi.

Rindu Arwah Abah !

Kalau Abah ada mesti setiap hari Abah akan main dengan dia kan. Mesti Abah akan bawa dia jalan-jalan naik motor, dukung dia dan macam-macam lagi. Ani rindu sangat dekat Abah, terlalu rindu walaupun setelah 2 tahun berlalu. Ani harap dia tak tinggalkan Ani, dia hadir cukup sempurna untuk Ani.

Sekarang dia dah masuk taska, errm setiap pagi mesti dia menangis bila sampai taska. Tapi Cikgu-cikgu semua dapat handle dia dengan baik. Alhamdulillah. Ani setiap pagi mesti rakam video dia tau, sharekan dekat instagram Ani. Setiap waktu akan tengok semula video bebelan dia tau Abah.

Abah, Ani banyak susahkan Mak. Ani sendiri tak tahu nak buat macam mana. Sepatutnya Ani yang jaga Mak, tapi Mak lak yang kena jaga Ani dan cucu Abah. Ani mintak maaf Abah. ”

Ramai yang kata bila tengok Babyfh, seiras raut wajah Abah Mamayanie. Pengubat kerinduan Mamayanie pada arwah. Terlalu rindu walaupun setelah 2 tahun berlalu pemergian arwah Abah. AlFatihah !

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *